Catatan Popular

Sabtu, 31 Julai 2010

PERKAWINAN HAMDAN ANAK ABANG HAKIM JABATAN HUTAN

































































Majlis perkahwainan Hamdan.....inilah kehidupan ada permulaan dan ada pengakhirannya....yang pergi tetap pergi yang baru akan muncul jenerasi demi jenerasi silih berganti,mengantikan yang telah pergi..........inilah kehidupan yang abadi adalah diakhirat sana
Semoga Berbahagia ke liang lahad............Amin
JAMUAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN INI DISEDIAKAN OLEH CIK OM CATRING BIDOR
JIKA BERMINAT UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN SILA HUBUNGI...........CIK OM 0165451640
--------------------------------------------------------------------------





Ahad, 25 Julai 2010

KELUHAN SANG KETUA KAMPUNG


Kali ini aku ingin bercerita pasal Ketua Kampung aku yang sudah bosan dengan jawatan panas yang dipegangnya,panas panas isu seseorang yang membut lapuran polis mengenai Ustaz yang memberi ceramah dan menyentuh isu APCO.

Beliau telah membuat tawaran sesiapa yang beminat untuk memegang jawatan panas tersebut,tersenyum aku dengan kenyataan beliau bukan senang yer nak jadi seorang ketua kampung terpaksa melayan segala masalah dan kerenah orang.

Tetapi yang aku peliknya mengapa beliau menerima jawatan tersebut kenapa beliau tidak menolaknya kenapa sudah timbul isu sebegini beliau sudah mahu mengalah,kata orang tua tua kalau nak berumah ditepi pantai jangan takut dilambung sunami.

Apa fungsi sebenarnya sebagai seorang ketua dan pada pendapat aku beliau perlu memahami dan belajar fungsi sebenarnya sebagai Ketua Kampung dan belajar bagai mana untuk menangani satu satu pemasalahan yang timbul dan bukannya lari dari masalah.

Apa apapun aku berharap beliau dapat bersabar kerana kita harus menangani masalah buakan lari dari masalah.

Sabtu, 24 Julai 2010

PERKEMBANGAN TERKINI MASJID JAMEK BIDOR


















Gambar-gambar yang terdapat disini adalah perkembangan terkini Masjid Jamek Bidor,dengar cerita Masjid ini akan siap sebelum Hari Raya.
Melihat keadaan masjid ini rasa-rasanya belum tentu kita boleh menggunakan nya pada hari raya kelak mungkin tidak cukup dana oleh itu mana-mana kawan -kawan yang ingin menderma silalah membuat sumbangan terutama sahabat-sahabat kita yang didalam FB yang sudah ramai menjadi jutawan.



Jumaat, 23 Julai 2010

PERGI TAK KEMBALI



Keheningan senja Khamis 22.07.2010 telah dikejutkan dengan kembalinya seorang manusia kesisi Allah yang Maha Agung.


Pergi didalam keadaan yang cukup tenang,tiada siapa menduga dan meneka bila ajal akan tiba sesungguhnya kita harus bersiap sedia.


Walaupun aku sering bertengakar dan bebalah dengan Allahyarham tetapi memang diakui beliau merupakan seorang pakcik yang baik.


"Bagaimana kamu mengingkari (Allah) sedang kamu tadinya mati, kemudian dihidupkan (oleh-Nya), kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya


Jenazah beliau telah dikebumikan pada pukul 10.00pagi Jummat,sungguh senang perjalanannya menghadap ilahi semoga rohnya dicucuri rahmat, kuburnya dilapangkan dan kan menerima doa dari anak-anaknya Amin.


Kenangan aku bersamanya diwaktu aku kecil memang menyeronokkan aku sering dibawa menaiki basikal beliau diwaktu petang ronda-ronda sekeliling kampung ,sering belumba dengan beliau dan bermacam macam lagi kenangan yang mengimbas didalam memori aku.


Tetapi kini beliau telah pergi mengadap Ilahi pergi yang kita jua akan turut menyusul beliau,entah bila masa itu akan muncul aku pun tidak pasti kerana yang menetapkan dan menentukan masa kita untuk bertemu dengan Nya hanya Allah yang menetapkan.


Al Fatihah buat Pak Anjang aku ( Shaari B Mat Jais ) yang teleh meninggal dunia pada 22.07.2010 bersamaan 11 Shaaban 1431...........
KEMATIAN ADALAH SUATU YANG PASTI





Khamis, 22 Julai 2010

KERAKUSAN AKIBAT WANG DAN KUASA

Kali ini aku ingin berkongsi cerita mengenai seorang manusia yang namanya semakin lama semakin hilang sinarnya,tetapi kerana ingin kan kuasa beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut sesuatu yang ada mendatangkan keuntungan kepada beliau.
Zaman ini zaman wang dan kuasa manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya sehingga rumah Allah pun turut menjadi mangsa dan yang teruknya Pengerusinya terpaksa menjawab dengan pihak berkuasa puncanya hanya perkataan APCO dibangkitkan didalam satu ceramah.
Repot polis dibuat hai entahlah ,pengerusi surau aku dulu orang PAS macam-macam tuan guru Pas yang beliau bawak masuk macam-macam perkara yang disebut tetapi tak dela sampai nak buat repot kerana perkara-perkara yang kecil boleh diselesaikan dengan cara baik.
Kita hidup didalam satu kampung yang diibaratkan tinggal didalam satu rumah yang besar dan jika ada satu-satu masalah yang timbul bawa lah berbincang jangan membuat satu satu tindakan yang menyebabkan kita bergaduh sesama sendiri.
Apa yang aku harapkan semoga Masjid Bidor cepat siap supaya perebutan kuasa disurau-surau tidak akan berlaku lagi.
Jangan sampai tiada yang datang kekenduri kendara,perkahwinan dan kematian akibat perbalahan yang berlaku hati manusia apabila terusik akan membawa akibat jangka panjang.

Khamis, 15 Julai 2010

MAJLIS CERAMAH ISRAK MIKRAJ SURAU AL IKHLASIAH KG PETALIN BARU (HULU)






Alhamdulillah pada 13.07.2020 Ahli kariah surau-surau yang berada berdekatan dengan Kg.Petalin Baru (Hulu) telah hadir untuk mendengar ceramah peristiwa Israk Mikraj di surau Al iklasiah.
Tetapi yang tidak menyeronokkan apa bila dua orang penting didalam majlis tersebut menghilangkan diri mungkin kerana malu ataupun ada masalah yang tidak dapat dielakan maka mereka berdua ini tidak dapat menghadirkan diri.
Apa yang peliknya kemana mereka berdua kerana program tersebut telahpun dirancang lebih awal,jawatan direbut kerja tak mahu buat.
Walau bagaipun mana pun tahniah kepada Ajk surau AL Ikhlsiah kerana berjaya menjayakan program tersebut.
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
PERISTIWA ISRAK MIKRAJ 27 REJAB

Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah
Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

































































Isnin, 12 Julai 2010

BOLA SOTONG DAN KAKI JUDI


Pagi tadi berakhirnya Piala Dunia 2010,maka dengan ini telah berakhirlah satu pesta bola yang amat dinanti-natikan oleh setiap orang diseluruh dunia.

Pada tahun ini Spanyol menjadi juara dan menjulang Piala dunia, Sebuah gol Andres Iniesta pada menit ke-116 menguburkan ambisi Belanda menjadi juara dunia untuk kali pertama, dan kekalahan tersebut membuat tem yang sempat terkenal dengan permainan total football ini semakin penasaran dengan Piala Dunia.

Difacebook pula ramai sahabat-sahabat aku mengutuk sesama sendiri,begitulah warna warni Piala Dunia dan yang amat pelik dan ajaibnya apa bila ramalan sekor sotong yang bernama Paul dapat meramal siapa yang menang pada setiap perlawanan,itulah kekuasaan Allah kerana setiap apa yang terjadi adalah dari kehendak Ia jua dan sebagai seorang manusia kita harus berfikir bahawa sotong tersebut adalah mahkluk Allah jua dan setiap ramalan sotong paul tersebut adalah dengan izin Allah jua dan jangan sekali kali terpengaruh dengan perkara tersebut.
Walau apa apa pun sotong itulah yang sebenar benarnya juara kerana ia telah mengecewakan kaki-kaki judi yang telah bertaruh didalam perlawanan piala dunia dan tahniah untuk sisotong peramal.

Sabtu, 10 Julai 2010

ALAHAI DUNIA ARTIS

Sebelum saya meneruskan segala apa yang saya ingin tulis dari sudut pandangan dan hati saya terlebih dahulu saya ingim meminta maaf kepada semua artis-artis di Malaysia dan Indonesia KERANA APA YANG SAYA TULIS DISINI AKAN MEMBUATKAN ADA YANG TERASA HATI.

Sekarang ini kita dikejutkan oleh beberapa cerita yang tidak elok menegenai artis artis yang terlampau.
Mula-mula kita bercerita kesah artis kita yang sudah berani melakonkan watak -watak yang mendedahkan aurat mereka dan ada yang boleh berkata Saya yang bersetuju untuk berbogel tetapi jangan terkejut andasemua tidak nampak “anu” saya kerana saya sudah “menyembunyikannya pelik betul bunyinya macam mana beliau boleh sembunyikan alat sulitnya itu?, ini lah akibatnya jika masih ada Islam Baka dalam diri kita,walaupun ianya sekadar lakonan tetapi dari segi hukum agama haram jika kita mendedahkan aurat kita kerana kita ada sifat malu dan jika pelakon itu jenis tak tahu malu tak tahu la pulak.
Ada satu kesah seorang pelakon yang jugak berbogel dalam filem mistik lagi la real kata orang puteh,inilah kesahnya pening kepala jika memikirkannya tak ditegur kita pula yang berdosa.
Dinegara jiran lain pula kesahnya kesah Ariel Peterpan dengan filem prononya yang membabitkan dua aris wanita Cut Tari dan Luna Maya.
Kenapa kita menjadi semakin berani mencabar hukum Allah s.w.t adakah kita tidak lagi mempercayai Allah adakah kita tidak memikirkan hari pembalasan.
Apa yang saya harap kan i tiada pelakon-pelakon wanita baik di Malaysia mahupun di Indonesia akan mengikut langkah-langkah drastik mereka.
Ingatklah bahawa setiap gerak dan diam kita akan dicatit.

Isnin, 5 Julai 2010

SURAU KU SAYANG

Apa yang aku ingin tulis disini bukan untuk memburukan sesiapa tetapi untuk menyedarkan setiap orang yamg terlampau merebutkan jawatan supaya buka mata dan minda kerana setiap jawatan yang direbutkan itu amat berat untuk dipikul.
Kadang-kdang kita tidak tahu apa yang kita mahu sebenarnya didalam sesuatu jawatan itu jika jawatan itu mendatangkan hasil yang amat lumayan patutlah direbutkan tetapi yang hendak direbutkan hanya jawatan sebuah surau dan apa bila jawatan diperolehi tidak mahu membuat kerja.
Sekarang memasak untuk sesuatu majlis disurau sudah ada yang ingin dimonopoli sudah kira kepala kalau satu kepala Rm5.00 kalau 100 kepala sudah Rm500 kalau kutipan derma orang ramai dapat kurang dari itu macam mana pula dan jika dilakukan secara gotong royong perbelanjaan untuk memasak tidak sampai lima ratus untuk makan 100 orang.
Jawatan dan wang sudah jadi permainan sekarang hingga sanggup melupakan semagat kejiranan untuk mengimarahkan surau.
Ingat bahawa kehidupan kita semakin pendek dan terhad.