Catatan Popular

Isnin, 5 Julai 2010

SURAU KU SAYANG

Apa yang aku ingin tulis disini bukan untuk memburukan sesiapa tetapi untuk menyedarkan setiap orang yamg terlampau merebutkan jawatan supaya buka mata dan minda kerana setiap jawatan yang direbutkan itu amat berat untuk dipikul.
Kadang-kdang kita tidak tahu apa yang kita mahu sebenarnya didalam sesuatu jawatan itu jika jawatan itu mendatangkan hasil yang amat lumayan patutlah direbutkan tetapi yang hendak direbutkan hanya jawatan sebuah surau dan apa bila jawatan diperolehi tidak mahu membuat kerja.
Sekarang memasak untuk sesuatu majlis disurau sudah ada yang ingin dimonopoli sudah kira kepala kalau satu kepala Rm5.00 kalau 100 kepala sudah Rm500 kalau kutipan derma orang ramai dapat kurang dari itu macam mana pula dan jika dilakukan secara gotong royong perbelanjaan untuk memasak tidak sampai lima ratus untuk makan 100 orang.
Jawatan dan wang sudah jadi permainan sekarang hingga sanggup melupakan semagat kejiranan untuk mengimarahkan surau.
Ingat bahawa kehidupan kita semakin pendek dan terhad.

Tiada ulasan: