Catatan Popular

Ahad, 25 Julai 2010

KELUHAN SANG KETUA KAMPUNG


Kali ini aku ingin bercerita pasal Ketua Kampung aku yang sudah bosan dengan jawatan panas yang dipegangnya,panas panas isu seseorang yang membut lapuran polis mengenai Ustaz yang memberi ceramah dan menyentuh isu APCO.

Beliau telah membuat tawaran sesiapa yang beminat untuk memegang jawatan panas tersebut,tersenyum aku dengan kenyataan beliau bukan senang yer nak jadi seorang ketua kampung terpaksa melayan segala masalah dan kerenah orang.

Tetapi yang aku peliknya mengapa beliau menerima jawatan tersebut kenapa beliau tidak menolaknya kenapa sudah timbul isu sebegini beliau sudah mahu mengalah,kata orang tua tua kalau nak berumah ditepi pantai jangan takut dilambung sunami.

Apa fungsi sebenarnya sebagai seorang ketua dan pada pendapat aku beliau perlu memahami dan belajar fungsi sebenarnya sebagai Ketua Kampung dan belajar bagai mana untuk menangani satu satu pemasalahan yang timbul dan bukannya lari dari masalah.

Apa apapun aku berharap beliau dapat bersabar kerana kita harus menangani masalah buakan lari dari masalah.

Tiada ulasan: