Catatan Popular

Isnin, 12 Julai 2010

BOLA SOTONG DAN KAKI JUDI


Pagi tadi berakhirnya Piala Dunia 2010,maka dengan ini telah berakhirlah satu pesta bola yang amat dinanti-natikan oleh setiap orang diseluruh dunia.

Pada tahun ini Spanyol menjadi juara dan menjulang Piala dunia, Sebuah gol Andres Iniesta pada menit ke-116 menguburkan ambisi Belanda menjadi juara dunia untuk kali pertama, dan kekalahan tersebut membuat tem yang sempat terkenal dengan permainan total football ini semakin penasaran dengan Piala Dunia.

Difacebook pula ramai sahabat-sahabat aku mengutuk sesama sendiri,begitulah warna warni Piala Dunia dan yang amat pelik dan ajaibnya apa bila ramalan sekor sotong yang bernama Paul dapat meramal siapa yang menang pada setiap perlawanan,itulah kekuasaan Allah kerana setiap apa yang terjadi adalah dari kehendak Ia jua dan sebagai seorang manusia kita harus berfikir bahawa sotong tersebut adalah mahkluk Allah jua dan setiap ramalan sotong paul tersebut adalah dengan izin Allah jua dan jangan sekali kali terpengaruh dengan perkara tersebut.
Walau apa apa pun sotong itulah yang sebenar benarnya juara kerana ia telah mengecewakan kaki-kaki judi yang telah bertaruh didalam perlawanan piala dunia dan tahniah untuk sisotong peramal.

Tiada ulasan: