Catatan Popular

Jumaat, 23 Julai 2010

PERGI TAK KEMBALI



Keheningan senja Khamis 22.07.2010 telah dikejutkan dengan kembalinya seorang manusia kesisi Allah yang Maha Agung.


Pergi didalam keadaan yang cukup tenang,tiada siapa menduga dan meneka bila ajal akan tiba sesungguhnya kita harus bersiap sedia.


Walaupun aku sering bertengakar dan bebalah dengan Allahyarham tetapi memang diakui beliau merupakan seorang pakcik yang baik.


"Bagaimana kamu mengingkari (Allah) sedang kamu tadinya mati, kemudian dihidupkan (oleh-Nya), kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya


Jenazah beliau telah dikebumikan pada pukul 10.00pagi Jummat,sungguh senang perjalanannya menghadap ilahi semoga rohnya dicucuri rahmat, kuburnya dilapangkan dan kan menerima doa dari anak-anaknya Amin.


Kenangan aku bersamanya diwaktu aku kecil memang menyeronokkan aku sering dibawa menaiki basikal beliau diwaktu petang ronda-ronda sekeliling kampung ,sering belumba dengan beliau dan bermacam macam lagi kenangan yang mengimbas didalam memori aku.


Tetapi kini beliau telah pergi mengadap Ilahi pergi yang kita jua akan turut menyusul beliau,entah bila masa itu akan muncul aku pun tidak pasti kerana yang menetapkan dan menentukan masa kita untuk bertemu dengan Nya hanya Allah yang menetapkan.


Al Fatihah buat Pak Anjang aku ( Shaari B Mat Jais ) yang teleh meninggal dunia pada 22.07.2010 bersamaan 11 Shaaban 1431...........
KEMATIAN ADALAH SUATU YANG PASTI





Tiada ulasan: