Catatan Popular

Khamis, 22 Julai 2010

KERAKUSAN AKIBAT WANG DAN KUASA

Kali ini aku ingin berkongsi cerita mengenai seorang manusia yang namanya semakin lama semakin hilang sinarnya,tetapi kerana ingin kan kuasa beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut sesuatu yang ada mendatangkan keuntungan kepada beliau.
Zaman ini zaman wang dan kuasa manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya sehingga rumah Allah pun turut menjadi mangsa dan yang teruknya Pengerusinya terpaksa menjawab dengan pihak berkuasa puncanya hanya perkataan APCO dibangkitkan didalam satu ceramah.
Repot polis dibuat hai entahlah ,pengerusi surau aku dulu orang PAS macam-macam tuan guru Pas yang beliau bawak masuk macam-macam perkara yang disebut tetapi tak dela sampai nak buat repot kerana perkara-perkara yang kecil boleh diselesaikan dengan cara baik.
Kita hidup didalam satu kampung yang diibaratkan tinggal didalam satu rumah yang besar dan jika ada satu-satu masalah yang timbul bawa lah berbincang jangan membuat satu satu tindakan yang menyebabkan kita bergaduh sesama sendiri.
Apa yang aku harapkan semoga Masjid Bidor cepat siap supaya perebutan kuasa disurau-surau tidak akan berlaku lagi.
Jangan sampai tiada yang datang kekenduri kendara,perkahwinan dan kematian akibat perbalahan yang berlaku hati manusia apabila terusik akan membawa akibat jangka panjang.

Tiada ulasan: