Catatan Popular

Jumaat, 25 Jun 2010

SURAU DAN JAWATAN

Apa sudah jadi ni jawatan direbut kerja tak mahu buat,begini lah nasib surau dikampung aku pada dua tiga bulan yang lepas mesyuarat Agung bangang terpaksa dibatalkan akibat dari sikap sesetengah dari saudara-saudara bangang aku yang tergila-gilakan jawatan.
Apabila mesyuarat Agung yang kedua diadakan Pengerusi lama memberi laluan kepada saudara aku yang tegila-gilakan sangat jawatan pengerusi surau dan telah melantik lapan belas orang ahli jawatan kuasa yang baru.
Maka selesailah sudah perbalahan dan perebutan kuasa disurau Al Ikhlasiah maka aku yang tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut akibat tertidur telah datang makan jamuan yang disediakan pada petang hari tersebut.
Pada hari ini 25.06.2010 kesah baru telah muncul,aku telah diminta mengutip derma untuk satu majlis yang akan diadakan disurau tersebut dan yang menghairankan aku apakah tujuan lapan belas ahli jawatan kuasa surau yang telah dilantik apakah dan mengapakah mereka dilantik jika tidak mahu melakukan kerja untuk surau bukannya aku mahu berkira dengan amal kebajikan yang selalu aku lakukan tetapi sedikit rasa kecewa dengan sikap sesetengah dari kita yang sering lepas tangan apa bila sesuatu tanggung jawab yang telah diberikan kepada kita.
Adakah kita tahu apa itu tanggung jawab sebagai AJK surau.
Pertama, mengikhlaskan niat kerana Allah SWT. Apabila menjadi AJK betulkan niat, dan kehadiran ke surau sama ada untuk solat berjamaah atau mengimarahkan aktivitinya diniatkan kerana Allah, bukan datang kerana AJK.
Orang yang datang dengan sebab dia AJK saja, nanti kalau dia tidak lagi AJK, dia tidak akan datang lagi. AJK atau tidak, surau tetap kita datang dan kunjungi.
Kedua, menambahkan ilmu. Sama ada ilmu yang berkait tentang ibadah khusus seperti solat, al-Quran, ataupun yang berkait tentang pentadbiran. Ini termasuklah ilmu menjadi setiausaha, bendahari dan sebagainya yang mesti dipelajari dari semasa ke semasa.
Apabila AJK biasa boleh membaca al-Quran dengan baik, mengetahui peraturan solat, maka ia boleh menjadi imam tanpa menanti-nanti kehadiran ustaz yang diketahui banyak program dan jemputan di sana sini.
Ketiga, memberi contoh yang baik. AJK surau adalah daie iaitu pendakwah, dan mereka mesti lebih baik daripada jamaah yang lain dan mereka yang tidak hadir ke surau. Adab adab pergaulan dengan masyarakat mesti dijaga dengan baik supaya tidak menimbulkan fitnah.
Contoh paling dekat ialah, AJK surau adalah orang yang kerap dipanggil kenduri. Jadi mereka yang hadir kena mengetahui adab ketika berkunjung ke rumah orang, sama soal menjaga mata, makan, percakapan dan sebagainya.
Keempat, semua AJK hendaklah bersatu hati dalam melaksanakan program. Berlapang dada dengan cadangan dan teguran kawan-kawan, dan membantu syukbah atau biro lain apabila aktiviti diadakan.
Bersatu hati juga dengan maksud sedia mengambil berat tentang masalah sesama AJK dan jamaah, bukan menyusahkannya lagi. Ziarahi dan berbincang dengan cara yang terbaik, bukannya bertengkar dan bermasam muka apabila tidak sependapat.
Berlainan pendapat adalah warna warni dalam kehidupan, tetapi apabila keputusan diambil secara muafakat hendaklah diterima secara redha walaupun tidak menyebelahi kita.
Kelima, kreativiti AJK untuk merancakkan aktiviti surau. Matlamat kita ialah agar umat Islam di sekeliling surau hadir mengimarahkan surau. Jadi kreativiti perlu untuk menarik perhatian mereka sama ada kanak-kanak, remaja lelaki dan perempuan, para belia beliawanis dan orang dewasa.
Selain itu kreativiti pihak yang memegang kewangan seperti bendahari dan syukbah ekonomi untuk menjadi tabung surau – yang tiada kutipan tabung solat jumaat, bagaimana hendak merancakkan tabung agar aktiviti mudah berlangsung.
Ingat lah semua Ajk surau Al Ikhlasiah yang tercinta bahawa akan dipersoalkan kelak segala tanggung jawab yang telah diberikan.

Tiada ulasan: