Catatan Popular

Isnin, 21 Jun 2010

BIDOR AKU TETAP DISINI

Sudah hampir separuh umurku disini,pejam celik umur ku sudah mencecah 42 tahun...sudah tua rupanya aku ini.
Walaupun aku pernah merantau selama enam tahun diShah Alam tetapi hati aku tetap diBidor dan kini aku disini menjadi penunggu setia di tanah kelahiran ku ini.
Bidor setapak demi setapak aku melihat kemajuan bertali arus memasuki kedalam bumi mu ini walaupun sudah ramai yang telah keluar untuk merantau mencari rezeki namun itu tidak mengahalang untuk kamu dari terus maju,walaupun sudah hilang sedikit demi sedikit kerja sama diantara satu sama lain namun kemerihannya tetap ada terutama apa bila ada majlis perkahwinan atau kenduri kendara.
Disini buminya mungkin diberkati oleh Allah kerana ramai yang dapat mencari rezeki disini dan ini yang membezakan antara kita dan Israel,disini penduduknya sama sama berkongsi rezeki dibumi Allah,sebagai contoh diKg aku diKg Petalin Baru mungkin telah ramai orang luar yang menetap disini Bangladesh,Nepal,Indonesia dan berbagai bagai lagi bangsa yang lain tetapi mereka tetap menghormati cara hidup kita.
Disini ramai penduduknya yang telah berjaya dalam hidup ada yang menjadi perniaga.cikguberkerja dengan orang dan bermacam -macam lagi perkerjaan yang boleh menjamin masa depan yang lebih sempurna dan aku akan terus disini untuk meneruskan kehidupan yang diwariskan oleh datuk dan ibu bapa aku dan jika tidak ada orang-orang muda seperti aku ini untuk mewarisi tanah tumpah yang tercinta ini siapa kah yang akan menghantar setiap jenazah ketanah perkuburan dan aku tidak mahu tanah ini terlepas ketangan orang asing.
Mungkin ada diantara kita yang mempunyai rasa tidak puas hati diantara satu sama lain oleh kerana satu-satu sebab yang kita rasa apa lah yang hendak direbutkan sangat sehingga kita bermasam muka diantara satu sama lain sehingga ada yang rasa jauh hati dan merajuk tidak mahu lagi pulang kesini,dan aku rasa orang-orang seperti ini tertipu dengan perasaan sendiri dan ini adalah satu sifat yang keji kerana dia menyangka sikapnya itu betul.Untuk mengubati sikap Merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan.
Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa.,Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak.

Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang menyakiti hati kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita.
Oleh itu sebagai seorang manusia kita tidak akan dapat lari dari menerima setiap perubahan yang mendatang ...seperti aku ini aku akan terus disini melihat setiap perubahan dan ujian yang datang kepada aku dan aku berdoa semoga aku akan berubah seiring dengan kemajuan di Bidor.
BIDOR AKU AKAN TETAP BERSAMA MU DAN AKU AKAN BERSEMADI DIBUMI MU INI

Tiada ulasan: