Catatan Popular

Sabtu, 26 Jun 2010

TOKE BESAR DAN TOKE KECIL

Disini aku ingin berkongsi dengan kawan kawan satu cerita orang kita apa bila telah kaya maka besarlah kepala mereka,ini lah berlaku kepada aku apa bila membuat satu kesilapan yang kecil mengakibatkan seorang yang terasa dirinya bagus terus terduduk apa bila aku melepaskan kemarahan.
Bukannya ku ingin bersikap sombong dan bongkak tetapi aku cuma ingin mengingatkan kepada beliau bahawa hanya Allah sahaja yang layak memakai sikap sombong dang bongkak itu.
Beliau yang aku maksudkan ini adalah seorang toke kedai makan dihighway utara selatan berhampiran dengan tapah,beliau ini memang mempunyai sikap tidak puas hati kepada perkerjanya atau anak-anaknya.
Sikap beliau yang sering rasa tidak puas hati menyebabkan beliau sering bertukar perkerja disamping itu juga beliau sering membesarkan perkara yang remeh temeh yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara yang cukup mudah tetapi oleh kerana sikap egonya setebal 1001 inci maka terjadilah perkara yang seperti terjadi kepada aku dan mungkin beliau belum kenal dengan lebih dekat siapa aku maka beliau cuba menggunakan dasar tekanan yang sering dilakukan kepada perkerja-perkerjanya tetapi beliau silap kerana cuba menekan aku diatas satu kesalahan yang amat kecil dan boleh diselesaikan dengan mudah.
Begitulah sikap sombong dang bongkak seorang toke highway ,masakan nya taklah sesedap mana tetapi oleh kerana mereka rasa diri mereka terasa hebat maka iblis pun memainkan peranan untu menipu diri mereka sendiri.
Oleh kerana merasa tidak puas hati dengan mereka maka aku tidak mahu lagi menghantar santan kepada mereka dan bukannya aku menolak rezeki tetapi cara mereka itu seolah olah ingin memberitahu bahawa beliau tidak mahu mengambil santan lagi dengan aku,aku sedar diatas peristiwa tersebut dan menganggap apa yang berlaku ada hikmahnya dan mungkin Allah ingin menyuruh aku menyedarkan beliau dari dibuai mimpi kesombongan.
Amat berbeza sekali dengan mereka yang berniaga ditepi-tepi jalan lama kedai kedai mereka tidaklah sehebat didalam highway tetapi mereka tidaklah sengkuh toke toke didalam highway,mereklebih bertolak asur dan bersederhana itulah perbezaan diantara toke besar dan toke kecil.

Tiada ulasan: