Catatan Popular

Selasa, 2 Februari 2010

POLITIK NEGARA DAN POLITIK KAMPUNG

Kali ini aku ingin bercerita pasal politik,politik yang penuh dengan bermacam-bermacam cerita dan tipu muslihat.

Mula- mula kita bercerita mengenai politik negara,apa bila kita melihat didada-dada akhbar kerajaan kita akan melihat bagaimana kerajaan DAP Pulau Pinang merobohkan gerai gerai orang- orang melayu dan apabila aku bertanya kepada mereka-mereka yang menyokong parti pembangkang mereka yang berniaga tersebut tidak mempunyai lesen kononnyalah itu kata mereka.

Kemudian timbul pula isu kenyataaan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim melebelkan Ketua menteri Pulau Pinang sebagai diktator dan berfikiran komunis,fu yooo bahaya ni tapi apa nak hairan toke aku tempat aku kerja dulu pun seorang bangsa cina dan bangsa cina memang tegas dan aku pun selalu kata dia macam komunis tapi dia tak heran pun kerana dia yang bayo gaji dekat aku kalau aku tak puas hati aku boleh berhenti dan kadang kala aku kagum dengan sifat tegas bangsa cina tapi tak lah sampai kena pijak kepala.

Kemudian Datuk Seri Zarain Hashim kononnya bersama beberapa ahli PARLIMEN PKR MENYERTAI BARISAN NASIONAL,bagi aku biasalah apa bila seorang yang merasa kecewa akan selalu membuat tindakan yang tidak dapat dijangka seperti apa yang berlaku diPerak apa bila dua Adun PKR dan satu Adun DAP lompat parti nampaknya bertambahlah lagi katak dalam PKR.

Apa yang sebenarnya yang mereka tidak puas hati sehingga ada yang sanggup melompat kesana sini apabila ada satu satu masalah,tetapi yang sebenarnya kita masih tidak mahu sedar dengan sejarah silam apa nak buat jika orang dah benci apa apa pun boleh jadi.

Sebenarnya kita orang-orang melayu memang amat mudah ditipu baik dari segi apa pun sebagai contoh kita amat mudah ditipu dengan pelbagai skim cepat kaya,undi para atis yang akhirnya menguntungkan dua pihak satu pihak penganjur pertandingan dan kedua artis yang bertanding dan orang orang melayu amat mudah lupa dah bernanah baru nak tergadah gadah.

Sekarang mari kita bercerita mengenai politik Kampung pula,ceritanya tak lah sehebat cerita politik Negara kerana ia ibarat api dalam sekam yang sentiasa berasap baranya tiada ini lah terjadi diKampung aku tapi malas aku nak cerita kerana cerita pun tak guna kerana politik tetap politik yang benar hanya ALLAH S.W.A.T.

Tiada ulasan: