Catatan Popular

Ahad, 31 Januari 2010

WASIAT TERAKHIR

SABDA RASULULLAH S.A.W YANG BERMAKSUD



Wahai manusia sila dengar apa yang aku perkatakan ini,aku tidak tahu apakah akan dapat lagi aku bersama kamu lagi selepas ini,ditempat ini ,selepas tahun ini selamanya.

Sesungguhnya darah ,kamu harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara (diharamkan untuk sesiapapun daripada mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ini,bulan ini dan bandar ini (Mekah dan sekitarnya).

Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya,ingatlah segala amalan zaman jahiliah telah berada dibawah tapak kaki ku (telah dihapuskan).

Tuntutan hutang darah pada zaman jahiliah (sebelum Islam ) telah diampunkan,tuntutan darah pertama telah aku batalkan ialah darah Ibn Rabi'ah bin Al-Harith yang disusukan oleh Bani Saad telah dibunuh oleh Huzail

Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhan.

Wahai manusia Takutlah Allah s.w.t. dalam urusan berkaitan dengan wanita sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah dari Allah s.w.t. dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah,wajib keatas mereka keatas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri dari melakukan perbuatan buruk,jika mereka melakukannya maka kamu berhak untuk menghukum merekatetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan jika isteri-isteri kamu setia dan jujur wajib bagi kamu menjaga makan dan pakai mereka dengan baik.


Semua orang Muslim adalah besaudara oleh itu tidak halal bagi seorang Muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran dari tuannya.

Janganlah kamu menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain,aku telah tinggalkan kepada kamu panduan jika kamu berpegang kepadanya dan ajarannya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya itulah kitab Allah dan sunah Nabi Nya
Wahai manusia sesungguhnya tidak ada Nabi selepas aku dan tiada lagi umat selepas kamu maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah s.w.t. Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu,berpuasa pada bulan Ramadan dan mengeluarkan zakat harta mu dengan penuh kerelaan,kerjakanlah haji kerumah suci Tuhan mu (kaabah) dan dengan itu kamu bakal menghuni syurga Tuhan mu.
Tuhan kamu adalah Esa datuk kamu pula satu kamu semua berasal daripada Adam dan Adam berasal dari tanah orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang paling bertakwa kepada Allah s.w.t. tiada kelebihan bagi bangsa Arab atau bangsa lain kecuali dengan takwa.
Allah s.w.t. telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga simati oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada ahli waris penerima pusaka,sesungguhnya laknat Allah keatas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan kepada anaknya yang sebenar juga akan menerima laknat para malaikat dan seluruh manusia.
Kemudian kamu semua bakal ditanya tentang diriku maka apakah yang bakal kamu perkatakan ?kami menjawab "kami bersaksi bahawasanya tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalah mu".
Lantas Banginda s.a.w.mengangkat tangannya kelangit seraya menurunkannya kepada arah orang ramai lalu berkata sebanyak tiga kali (yang bermaksud) YA ALLAH SAKSIKANLAH

Tiada ulasan: