Catatan Popular

Ahad, 18 April 2010

JAWAB DULU TIGA SOALAN

Seorang kaya diserang hendap secara tiba-tiba,sebatang anak panah tertikam didadanya didalam kesakitan yang amat sangat itu dia bertanya kepada orang yang datang untuk membantunya "jangan lakukan apa-apa sehingga kamu memberi jawabpan kepada tiga soalan ku ini".
"Apa dia tuan?"
"Pertama siapakah yang begitu berani menyerangku"tanyanya sambil menahan kesakitan.
Orang disekeliling mengeleng tanda tidak tahu.
Orang kaya itu tidak peduli dia mengajukan soalan kedua"Apakah orang yang memanahku ini orang kaya atau miskin"?
Orang disekeliling bertambah hairan,mereka ingin segera membawa orang kaya itu untuk mendapat rawatan tetapi hal sebaliknya berlaku.
"Dan ketiga,apakah orang yang memanahku ini orang sini atau orang luar"tanya orang kaya itu tersekat-sekat,belum sempat orang disekeliling memberi respon orang kaya itu mati.

Pengajaran cerita ini:
Ramai diantara kita lebih fokus kepada soal-soal pingiran berbanding soal asas dan teras dalam menangani suatu masalah,lihat sahaja betapa persoalan aqidah diperkecilkan dalam usaha menyelesaikan masalah hidup yang begitu kronik dalam masyarakat moden masa kini.

Tiada ulasan: