Catatan Popular

Khamis, 15 April 2010

JANGAN AMBIL AL QURAN HANYA BILA TERDESAK


Menariknya apabila terdesak orang melayu kerap menggunakan AlQuran sebagai bukti mereka berada dipihak yang benar lalu bersumpah dengan menjunjung Al Quran.
Maklumlah apabila Al Quran dijulang orang yang bersumpah itu boleh dipercayai sebagai bercakap benar,apatah lagi dalam sumpah itu dia rela dimakan sumpah sekiranya berbohong.
Selalunya orang yang mengambil Al Quran sebagai sumpah adalah orang yang tiada lagi hujah untuk membela dirinya,dia benar-benar terdesak seolah-olah berkata "hanya Allah menjadi saksi ku".
Ironinya kekadang cara dia mengatur sistem hidupnya pun tidak pula mencerminkan yang dia menjunjung Al Quran,hanya apa bila ditimpa masalah dia gabra lalu menjunjung Al Quran.
Namun hal yang semacam itu tidak berlaku dalam hidup para salafussoleh,ini cerita seorang budak pengembala kambing pada zaman Sayidina Umar boleh dijadikan perbandingan,budak itu dipujuk oleh Umar supaya dia menjual seekor kambing atas alasan tuannya tidak mengetahui bilangan kambingnya itu,dengan tegas budak itu berkata "kalau begitu dimana Allah ?"maksudnya disini dia takut melakukan penyelewengan kerana budak itu terasa Allah yang sentiasa melihat perbuatannya.
Bebeza sungguh dengan umat islam masa kini bila bersumpah demi Al Quran bak kata perpatah sudah terhantuk baru tergadah.
Inilah sikap sesetengah umat Islam terhadap Al Quran,naskhahnya hanya lebih dijadikan bahan untuk menyelesaikan satu masalah.
Jadi bagai mana hendak mengubah pandangan orang melayu terhadap Al Quraan,disini kita kita misti bermula daripada usha menanamkan keyakinan(iman),pandangan alam dan asas nilai,semua ini melibatkan proses pendidikan secara formal atau infomal.
Oleh hal yang demikian penyelesaian masalah melayu perlu ditangani menerusi kaedah dari dalam keluar bukan dari luar kedalam,dan inilah akar umbi prinsip ajaran islam dalam menyelesaikan apa jua masalah iman dan takwa.
Tidak keterlaluan dikatakan selama ini pendekatan penyelesaian masalah melayu seperti ekonomi sosial dan pendidikan kurang melihat secara tersirat tentang sesuatu permasalahan,fokus kita selalunya terbatas unyuk menangani masalah yang bersifat luaran,jarang kita mahu menyelam untuk mencari hakikat the real problem yang bersifat dalaman.
Akibatnya orang melayu menagih tongkat demi tongkat yang akhirnya malu untuk dinamakan tongkat lagi kerana banyak dan kerap kali digunakan.
Mudah mudahan selepas ini kita bergerak lebih kehadapan lagi apabila Al Quran dan Allah tidak lagi dijadikan bahan sumpah atau saksi ddalam kehidupan kita tetapi Al Quran mestidijadikan sebagai panduan dipermulaan,di tengah dihujung bahkan disepanjang perjalanan.

Tiada ulasan: