Catatan Popular

Selasa, 2 Mac 2010

HATI YANG TAK TENANG

Aku mendapat komen lagi dari kakak BULAN HIJAU yang masih tidak puas hati dengan perancangan kerajaan terhadap perkampungan Melayu yang ingin dibangunkan oleh kerajaan untuk mencapai setinggan sifar dengan memberi geran dan segala kemudahan yang penting.
walau apa pun anggapan kakak bulan hijau terhadap kerajaan itu adalah perkara biasa bagi orang yang membangkang dan aku tak salahkan kakak BULAN HIJAU ini untuk memberi komen kerana sebagai seorang manusia hati kita memang sentiasa tidak akan merasa tenang setiap apa yang berlaku tidak disukainya,dan cadangannya untuk memanggil Karam Sing Walia adalah satu cadangan yang baik sekurang-kurang membuka mata para pemimpin yang buta supaya celik kembali dan memandang apa yang terjadi pada rakyat dan jangan ashik melompat dan mencengkam sahaja kerana rakyat dah jemu dan muak dengan permainan politik sebegini.
Apa-apa pun untuk pengetahuan kakak BULAN HIJAU bahawa batang paip telah pun masuk diperkampungan itu tetapi airnya saya tak pasti pulak he he.

Tiada ulasan: