Catatan Popular

Rabu, 10 Februari 2010

MOHD SAIFUL DIANCAM BUNUH

Macam macam hal orang kita ni,sudahlah berani membunuh ibubapa adik beradik dan sekarang sanggup mengugut untuk membunuh kerana seseorang ,aku nak tanyalah kepada orang yang mengugut Mohd Saiful itu, jika terjadi sesuatu perkara yang tidak baik terhadap Mohd Saiful maka dialah akan dipersalahkan walaupun bukan beliau yang melakukan.
Aku bukannya ingin menunjuk pandai, walaupun kita ini terlampau fanatik terhadap seseorang janganlah sampai merosakkan diri sendiri.
Kita ini mempunyai otak yang bagus berbanding dari otak haiwan dan janganlah kita salah gunakan otak kita itu,alangkah ruginya kita jika menggunakan otak kita pada jalan yang salah kerana ia akan membinasakan diri kita sendiri.
Negara kita ada undang-undang walaupun ada sesetenggah kita tidak mempercayai sistem kehakiman diMalaysia ini namun kita masih mempunyai sistem kehakiman YANG MAHA ADIL maka tak perlulah kita mengikut kata hati.
Didalam Negara yang pesat membangun masih ada lagi manusia yang masih tidak mahu menggunakan akal yang amat sempurna pemberian dari ALLAH

Tiada ulasan: