Catatan Popular

Khamis, 11 Februari 2010

AJARAN SESAT

Dunia sudah semakin hampir kepada penghujungnya,ini kerana sudah banyak dajal kecil yang muncul didunia ini,didalam metro hari ini tersiar satu berita tertangkapnya seorang lelaki yang kononnya boleh melihat Nabi Adam dan mendakwa 20 bilion pembantu telah diberi oleh Allah dan Nabi Muhammad telah memberi 550 trilion pembantu dan beliau hanya mampu ,menerima 20 trilion sahaja,pembantu...kira hebat lah lelaki tersebut kerana mempunyai pembantu yang banyak.
Kenapa ajaran sesat semakin banyak sekarang dan kenapa orang yang mengikuti ajaran tersebut boleh terpengaruh dengan segala bentuk ajaran yang terang terang salah.
Apa sebenarnya yang kita cari didunia ini ,mungkin mereka-mereka yang terpengaruh dengan ajaran tersebut ingin mencari ilmu mengenal Allah tetapi telah berjumpa dengan guru yang menyesatkan.
Kita ini ibarat layang -layang dan iman ibarat talinya Allah ibarat sipemegang dan angin kencang adalah godaan dunia jika tali layang-layang putus maka melayang layang kesana kemari ditiup angin kencang maka robek lah layang-lanyang danhacur berkecai.
Itulah ibarat kita dengan Allah jika terputus iman dengan Allah maka kita akan diperkuda oleh syaitan maka dineraka lah tempat orang-orang yang sesat bersemadi.
Apa bila kita dikuasai oleh syaitan maka kita akan menjadi hamba syaitan dan kita sepatutnya kita menjadi hamba Allah.

Tiada ulasan: