Catatan Popular

Selasa, 12 Januari 2010

MESYUARAT AGONG SURAU YANG PALING BANGANG SEKALI DALAM SEJARAH

Pada malam 11.Januari 2010 bersamaan dengan 25 Muharam 1431 telah berlaku satu mesyuarat agung surau yang paling bangang sekali dalam sejarah hidup aku,betapa bodoh dan bangang nya apa bila seorang yang terpelajar dan mempunyai kedudukan yang kuat dan penting ditempat kerjanya bertanya soalan yang paling tak masuk akal,satu mesyuarat surau yang hadir hanya orang oarang tua yang sudah pencen cuba diubah menjadi satu mesyuarat didalam satu organasasi atau syarikat yang besar,oleh kerana isu yang remeh itu mesyuarat terpaksa dibatalkan.
Apa yang menghairankan pertanyaan dan soalan yang diajukan oleh beliau hanyalah sekadar surat jemputan yang tidak mengikut perlembagaan mesyuarat,alangkah bodohnya beliau kerana pertanyaan beliau semasa mesyurat telah bermula kenapa beliau tidak membantah semasa mesyuarat belum dijalankan,pelik pelik apakah agenda sebenar beliau tak sangka pula aku seorang yang dikatakan memperjuangkan Islam ada mempunyai sifat yang sungguh busuk baunya.
Apakah yang ingin beliau betulkan dalam masyarakat di kg aku,tidak dapat aku pastikan ada kah beliau tidak berpuas hati dengan pengerusi surau dan ingin memperbaiki sistem surau ,tak tahu lah,setahu aku setiap sumbangan untuk melakukan setiap aktiviti surau dikutip apa bila aktiviti ingin dijalankan.
Tak sangka pula aku didalam parti yang memperjuangkan Islam ada juga segelintir tidak tahu apa itu Islam,bagi aku sikap beliau amat memualkan kerana beliau ingin membawa cara koprat dalam masyarakat yang ingin bersikap lebih terbuka dan sempoi dan tidak mahu memberatkan kepala dengan hal remeh temeh.
Perlu dingatkan kepada beliau jika ingin mahu menjadi pemimpin beliau harus belajar menjadi pemimpin yang benar-benar boleh memimpin,tidak memecah belahkan masyarakat
Kita bercakaran kerana perbezaan ideologi politik dalam isu yang remeh temeh dan isu-isu sampingan yang tiada kena mengena dengan isu dasar dan persoalan pokok, mati hidupnya kita sebagai bangsa dan umat yang mempunyai satu agama umat Islam seharusnya janganlah dipecahbelahkan lagi dengan isu-isu ini, sedangkan mereka telah cukup mempunyai masalah dalam isu kesepaduannya, bukan hanya di dalam masyarakat negara kita, malah umat Islam seluruh dunia sedang menghadapi krisis kepimpinan, ekonomi, politik, sosial dan isu-isu globalisasi yang amat mencabar dan akan menghakiskan nilai-nilai moral kerohaniannya
.Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:
Dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik - Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu). [al-Rum 30:31-32]

Ini lah orang orang tua yang datang kemesyuarat bangang pada malam tersebut,orang orang tua yang selalu datang kesurau,memanglah surau tersebut ada tiga buah penghawa dingin tapi penghawa dingin itu sumbangan dari UMNO dan beberapa orang dari penduduk kampung,apa lah sangat yang hendak direbutkan dengan jawatan/

LEPAS NI ADA YANG MERAJUK TAK MAHU DATANG KESURAU KERANA TIDAK ADA JAWATAN PELIK BETUL LA........

Gaya seorang pengurusi yang menang sebelum bertanding,orang tuduh dia menyalah guna kuasa surau, ye ker ustaz .....




















1 ulasan:

ju berkata...

Kalau nak nulis pun jangan le melampau beno ko,mana ade kene tuduh makan duit surau...aku dah suruh tunggu sampe abih ko lari turun apesal.

Sebelum posting tu kene le semak balik tulisan ,banyak yg salah eja lim...