Catatan Popular

Rabu, 13 Januari 2010

MESYUARAT AGONG BANGANG SIRI DUA

Selamat datang kesiri dua mesyuarat Agung bangang ....., ingin saya ceritakan disini apa yang berlaku selepas mesyuarat bangang tersebut,
Saya adalah seorang yang suka bertanya,dan apa bila saya bertanya kepada beberapa orang yang mempunyai kedudukan yang kuat didalam surau dan masjid mereka berkata tidak perlulah kita mengikut protokol mesyuarat kerana ini adalah satu mesyuarat kampung dan tidak releven sangatlah kita terlampau mengikut tata cara sebenar mesyuarat kerana yang hadir hanya orang oarang yang memang datang kesurau.
Kadang kala kita ini terlampau ingin menonjolkan diri dan tampa kita sedari kita telah memalukan diri kita sendiri,apalah sangat dengan jawatan surau yang ingin direbutkan,tetapi apalah yang hendak dihairankan manusia ini memang tidak pernah rasa puas hati dengan apa yang berlaku disekeliling mereka.
Hendak dijadikan cerita,ada seorang pakcik yang amat menyokong dengan pertanyaan orang yang membuatkan mesyuarat Agung bangang dibatalkan,dan aku tanya dia balik kenapa soalan tersebut tidak diajukan sebelum mesyuarat tersebut dan aku mengingatkat pada pakcik itu bahawa pengerusi surau tersebut dan sipembatal mesyuarat adalah dari satu kapal yang sama dan pakcik tersebut adalah peyokong kuat kerajaan dan tidak mustahil pada satu masa nanti pakcik tersebut akan membenci sipembatal mesyuarat kerana membawa penceramah-penceramah yang tidak disukainya berceramah disurau.
Hubb al-Jah atau Hubb ar-riyasah (cinta kekuasaan-gila kuasa) adalah salah satu syahwat yang sering menimpa manusia. Bagi orang yang terkena penyakit ini, kekuasaan, jabatan dan segala yang mengiringinya berupa populariti dan keglamouran adalah merupakan tujuan hidupnya.Imam al-Ghazali menggariskan sepuluh sifat-sifat hati yang terkeji, sifat-sifat mazmumah. Antaranya ialah: Bakhil, Hasad Dengki, Riya'(menunjuk-nunjuk) , Takabbur-sombong, hubb al-Mal(gila harta) dan hubb al-Jah(gila/ cinta pangkat-kedudukan
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان وَلَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنَ الإِيمَانِ حَبَّةُ خَرْدَلٍBarangsiapa yang melihat di kalangan kamu kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangan-nya, jika tidak mampu dengan lidahnya, dan jika tidak mampu dengan hati-nya, itulah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi keimanan selepas itu, walaupun sebesar biji bayam.

Tiada ulasan: