Catatan Popular

Jumaat, 4 September 2009

AKU DAN MALAM


Jam dikomputer aku menunjukan angka 12.57 pagi cuaca agak panas malam ini susah aku melelapkan mata mak aku sudah lama lena dibuai mimpi,kucing aku pun tidur disisinya hai mengapa susah rasanya aku tidur malam ini adakah Allah menyuruh aku beribadat kepadaNya begitu ruginya aku kerana Allah memberi aku peluang untuk mendekati diriNya tapi aku masih lagi malas.
Kehidupan ini amat singkat malam ini esok atau lusa aku akan kembali kepadaNya,rasa takut juga apa bila memikirkan cukupkah bekalan dan amalan untuk aku untuk mengadap kepada Nya kelak.
Kata orang tidur yang sedikit pada malam hari dan beribadat kepadanya pada malam hari akan memberi ketenangan kepada kita.
Kita diMalaysia ini amat bertuah kerana tiada siapa-siapa yang menganggu kita untuk beribadat kita mempunyai banyak masjid masjid yang besar-besar dan mempunyai nama yang cukup gah dimata dunia tetapi kosong tampa orang,begitulah dunia diakhir zaman.
Kadang kala aku terfikir juga cukupkah amalan kepada mereka yang memakai jubah yang labuh serban yang tebal sembahyang tak tinggal tetapi mempunyai perasaan riak bangga diri konon nnya mereka sahaja yang betul seolah olah telah nampak dimata mereka syurga yang mereka diami diakhirat kelak.
1.20pagi kata orang diwaktu waktu begini amat sesuai untuk menunaikan solat tahjud...yang sebenarnya banyak keistimewaan didalam sembahyang tahjud ini,hanya kita sendiri yang dapat merasakanya...Selamat malam dan selamat beribadat kepada semua sahabat sahabat yang melawat blog aku ini,sesungguh nya malam itu amat indah jika kita mengisikan nya dengan amalan.

Tiada ulasan: