Catatan Popular

Jumaat, 4 September 2009

AKU DAN MAKAMAH DUNIA


Belum terlambat rasa nya aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang sudi membaca dan melawat didalam blog aku ini...........

Dua bulan yang lepas aku telah disaman kerana membawa motor tampa cukai jalan dan pada hari ini

aku telah pergi kemakamah Tapah untuk membayar saman,ramai juga pada hari ini yang datang untuk membayar saman.

Bila difikirkan amat senang sekali apa bila berurusan dengan makamah buat salah yang kurang berat kita cuma dikenakan denda, jika ringan kita cuma diberi amaran dan jika teramat berat dipenjara ataupun hukuman mati,begitulah kehidupan kita didunia tetapi masih ramai yang berani melakukan kesalahan walaupun tahu apa akibatnya jika melakukan setiap kesalahan.

Itu hukuman didunia, kita masih berani melanggarnya bagai mana pula dengan hukuman Allah yang lebih berat hukumannya,marilah kita fikirkan sendiri dan muhasabah diri semoga Allah melipat gandakan pahala kita pada bulan Ramadzan yang mulia ini,janganlah kita sangka jika kita melakukan kebaikan dan sentiasa beramal kita akan ditempatkan didalam syurga kerana yang menilai setiap amalan kita adalah Allah,jika kita masih ada perasaan riak dan ujub didalam setiap amalan kita maka Allah tidak akan menerima amalan dan kebaikan kita itu.

Tiada ulasan: