Catatan Popular

Rabu, 1 Julai 2009

DAP KEDAH MAHU KELUAR DARI PAKATAN???

Asalamualaikum.....kepada semua pembaca yang budiman selami dan fahami apa yang saya ingin tulis disini,walaupun apa yang saya tulis disini tidak lah sehebat tulisan tulisan seperti mereka mereka yang terhebat yang pernah ditahan dibawah ISA.
Setelah 2 tahun bersatu maka hari ini 2.09.2009 agin perpecahan telah memukul dengan lembut parti pakatan rakyat apa sudah jadi,diPerak ada Exco nya sanggup berlajar membaca Al Quraan untuk bersatu tetapi kenapa di Kedah masalah BABI membawa kepada perpecahan.
Kita ini hidup didalam masyarakat bebilang bangsa dan budaya bagi kaum Cina makanan utatama mereka daging Babi kerana bagi mereka kalau tidak makan daging babi mereka bukan orang Cina dan kita kena faham sebagai parti yang bergabung didalam berbilang bangsa Parti Pakatan haruslah peka dengan apa yang rakan rakan berlainan bangsa dan budaya inginkan.
Jangan kita lupa bahawa sebelum plihan raya kitalah orangnya yang berapi api melaungkan selogan perpaduan sehingga dapat memenangi sebahagian kerusi dan menguasai sebahagian dari Negeri kita juga melaungkan slogan kuasa rakyat sesetiap ceruk Negeri apa bila kita rasa tidak puas hati dengan setiap langkah dan perancangan yang kerajaan ingin lakukan.
Kita sebenarnay masih belum faham dan belum boleh bersatu jika niat kita untuk bersatu ada agenda yang tersirat disebaliknya.
Kita ibarat batu api apabiala kita menghasut MCA supaya keluar dari Barisan Nasional kerana konon nya Barisan Nasional sudah tidak releven lagi untuk dikatakan parti perpadun tetapi kini kita pula terkena tempiasnya,inilah dikata kan meludah kelangit terkena batang hidung sendiri.
Waalau apa pun sudah terbukti bahawa kita masih perlu berlajar apa itu perpaduan kita ini masih belum pandai lagi untuk melangkah jangan lah terus belari.....

Tiada ulasan: