Catatan Popular

Sabtu, 20 Jun 2009

PERPADUAN

Pada hari ini 20.06.2008 satu mesyuarat UMNO telah diadakan dikg aku,apa yang menariknya isu perpaduan diantara Umno dan Pas dibahaskan oleh wakil dari bahagian,beliau menyentuh beberapa isu mengenai apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan yang ingin dilaksanakan oleh peimpin Pas Tuan Haji Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pas yang sedar bahawa perpaduan harus ditegakan dikalangan orang-orang melayu walaupun berbeza pendapat dan parti.
Tetapi cadangan itu telah ditentang oleh Tuan Haji Nik Aziz kerana kata beliau bersatu dengan Umno adalah seperti memberi talian hayat kepada Umno kerana rakyat sudah tidak mempercayai umno lagi.
Apakah benar Umno benar-benar terdesak?....no komen...kerana apa perlunya kerajaan perpaduan jika masih ada niat tersirat yang belum pasti.
Perpaduan....mmm....sekarang ni pun kita pun sedang bersatu ye la kalau tidak kita tentu sudah jadi seperti Singapura, melayu telah diletak paling bawah sekali suara-suara melayu tidak kedengaran lagi maka duduk lah orang-orang melayu dSingapura kais pagi makan pagi.
Kenapa Nik Aziz tidak bersetuju berbincang mengenai kerajaan perpaduan dan tidak bersetuju berbincang dengan Umno tentu beliau ada sebab-sebab tersendiri...tapi yang peliknay kenapa beliau boleh bersatu hati dengan DAP tetapi apa nak hairan DAP itu pembangkang kalau DAP berada dalam kompenen Barisan Nasional maka DAP pun akan dikecam.
Inilah permainan politik jika tidak ada pembangkang maka kuranglah sedapnya berpolitik maka yes sir akan berlaku jika semuanya bersatu,kita tidak akan tahu mana yang betul atau salah.
Walau apa pun kita orang melayu kenalah sentiasa berwaspada kerana musuh dari luar sentiasa memerhati setiap langkah kita kesungguhan Pas dan Umno untuk melaksanakan kerajaan perpaduan haruslah difikir sedalam dalamnya.

Tiada ulasan: