Catatan Popular

Selasa, 14 April 2009

RASA TAK PUAS HATI KAUM INDIA

Pemiliahan ahli majlis tertinggi telah berakhir mukin secara zahirnya semua orang berpuas hati namun apa yang pasti telah ada cakap cakap belakang yang mengatakan bahawa pemilihan ahli majlis tertinggi telah mengenepikan satu parti politik yang telah bergabung dan berjuang bersama sama.
Bilangan mereka didalam majlis tertinggi amat sedikit kenapa harus begitu bukankah kita sekarang ini ingin mengambil satu langkah untuk adil dan saksama didalam semua kaum.
Apa yang pasti apabila mahu mengundi maka berteriak teriak lah kita supaya kita bersatu didalam kehidupan berbilang kaum tapi apabila telah berjaya kaum ini seolah olah diketepikan apakah kita masih adil dan releven.
Lihat lah satu parti pembangkang sekarang yang telah membina satu parti yang didalamnya semua kaum menyertainya.
Kita harus sedar bahawa kita ini hidup didalam satu negara yang berbilang bangsa dan agama dan jangan hanya apa bila kita memrlukan mereka barulah kita mencari mereka dan apabila kita telah mencapai apa yang dihajati kita megenepikan mereka.
Jangan salahkan mereka apa bila mereka mula menentang kita kerana kita yang tidak melihat dengan mata hati.

Tiada ulasan: