Catatan Popular

Isnin, 25 April 2011

UJIAN KEHIDUPAN DIDUNIA


Salam sejahtera..... disini aku ingin menulis mengenai kehidupan kita yang bermacam ragam.............
Sebelum aku meneruskan penulisan ini aku ingin meminta maaf kepada teman-teman jika terasa dengan apa yang aku tuliskan disini dan apa yang aku tulis ini bukan tujuan untuk menyindir atau ingin menyakiti hati sesiapa tetapi sekadar ingin berkongsi pendapat dan luhan rasa aku sahaja.
Didalam kitaraan hidup kita ini ada yang mempunyai nasib yang baik ada yang kurang baik dan ada yang bernasib malang dan anda tergolong dalam nasib yang mana?,itu lah dinamakan kehidupan dan sesungguhnya Allah yang merancang dan menetapkan dan menentukan sesuatu perkara itu dan kita sebagai seorang manusia harus redho dengan setiap ujian yang datang kerana salah satu sebab manusia ditempatkan dibumi ini adalah untuk diuji.
Aku ambil contoh diri aku sendiri setelah berumur 43tahun aku masih belum berkahwin bukan disebabkan tidak mampu tetapi peracangan Allah untuk aku ada yang lain dan mungkin aku tidak nampak ataupun ada sebab-sebab yang hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Ada sesetengah yang mampu berkawin tetapi tidak dapat zuriat ,ada yang zuriatnya terlalau ramai ada yang membuang zuriatnya seperti anak kucing .
Didalam hidup ini kita akan terus diuji dan di uji,sebagai contoh seorang sahabat aku yang baru lepas kematian Isterinya selepas melahikan anak pertama mereka selepas tiga tahun berkawin
dan bertapa sedihnya sahabat aku ini dengan kematian isterinya,tapi apakan daya sebagai seorang manusia biasa beliau harus bersabar kerana dia tidak tahu perancangan Allah yang seterusnya dalam kehidupannya.
Disepanjang usia kita diatas muka bumi ini kita haruslah melakukan perkara-perkara yang boleh diingati oleh orang apabila kita mati kelak,jadikanlah Al Quraan dan hadis jadi pedoman dan bekalan untuk keselamatan didunia dan diakhirat dan Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan. Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan. Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya."
Ingatlah bahawa perjalanan kita bukan terhenti apa bila kita mati tapi perjalanan kita terhenti apa bila tempat kita telah ditetapkan diakhirat kelak.


Tiada ulasan: