Catatan Popular

Selasa, 9 Februari 2010

TIDAK FAHAM POLITIK ATAU TIDAK DAPAT MENERIMA KENYATAAN

Apa yang aku ingin tulis disini bukannya ingin memanaskan lagi keadaan tetapi ingin menjawab komen dari seorang kakak yang benderanya berbulan hijau,mungkin kerana kakak ni seorang yang penting didalam parti bulan hijaunya maka dia melihat aku sebagai budak hingusan dalam arena politik sekarang.
Dalam politik yang makin kalut ini ada segelintir dari mereka yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa PARTI RAKYAT yang sebenarnya bukan membela nasib rakyat tetapi hanya ingin meluahkan rasa tidak puas hati dikalangan mereka dan oleh sebab itu ada sebahagian ahli parti mula rasa tercabar apabila prinsip mereka yang dilaung-laungkan selama hari ini dipertikaikan oleh orang lain.
Didalam Parti Rakyat mungkin ada segelintir diantara mereka yang betul-betul ingin memperjuangkan nasib rakyat ada yang hanya ingin berkuasa.
Dalam politik memang ada segelintir yang serupa macam kakak bulan hijau yang aku sebutkan tadi tidak berfikiran terbuka terlampau jumud dengan perinsip politiknya dan hanya membiarkan kepincangan didalam parti politik yang disertainya dan membiarkan dirinya diketuk oleh sekutu-sekutu yang hanya ingin menjadikan parti yang disertainya hanya sebagi sebagai batu loncatan oleh sekutunya,mana taknya dahulu ada seorang Adun yang pada satu masa dahulu amat menetang mengenai negara Islam diMalaysia tetapi apa bila bergabung mereka sebuk mencari ayat-ayat Al Quraan untuk dijadikan bahan politiknya.
Faham atau tidaknya aku didalam politik diMalaysia ini adalah terletak pada orang yang macam kakak bulan hijau tesebut,yang sentiasa rasa berpuas hati apa yang pucuk pimpinan parti yang disertainya memberi arahan dan menutup mata setiap apa yang berlaku,dan terus mencari setiap kesalahan pihak lawan.
Untuk kakak bulan hijau nasihat saya supaya kakak bukak mata dan minda selamat berjaya dalam perjuangan.
ALLAH HU AKHBAR

Tiada ulasan: