Catatan Popular

Selasa, 9 Februari 2010

MENEGAKKAN KEBENARAN& BERANI KERANA BENAR

Setelah beberapa lama memerintah Pulau Pinang kini Parti Rakyat yang dibangga-banggakan oleh sebilangan rakyat Malaysia kini mengalami masalah dalaman.
DAP telah menunjukan siapa mereka yang sebenarnya,oleh kerana ingin berkuasa kita orang-orang melayu menutup mata setiap gelagat dan perbuatan mereka (DAP) sehinggalah ada seorang yang bangun dan berdiri menetang setiap apa yang DAP lakukan beliau adalah Ahli Parlimen Kulim En Zulkifili Nordin dari Parti Keadilan rakyat.
Shabas dan tahniah aku ucapkan kepada beliau kerana bangun dan bersuara dan berkata Parti Rakyat tak memerlukan DAP.
Kenyataan beliau yang lantang dan berani didalam soal jawab tv3 hari isnin pukul 10.malam membuatkan kita terbuka mata bahawa kita sebenarnya sedang berkawan dengan seekor harimau yang sedang lapar,yang sebenarnya dari dahulu kita dipermain mainkan tetapi kita sebagai seorang melayu memang kita mempunyai sifat yang suka bertolak ansur dan mengikut sahaja siapa yang berkuasa dan ini lah kita.
Menurut beliau perbezaan perbezaan ideologi mula dikesan ia dikesan selepas keputusan pilihanraya yang ke12 pada 2008,bagi rakyat yang mahukan perubahan amat gembira dengn kemenagan Parti rayat pada pilihan raya 2008 tetapi kegembiraan itu hanya sementara kerana apa yang dilaung- laungkn oleh ketiga-tiga Parti rakyat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang adil, saksama dan demokratik dan bersatu padu tingal kenangan kerana bukan rakyat yang tidak bersatu padu tetapi ahli politiknya yang berpecah belah.
Setelah melihat senario yang amat membimbangkan ini eloklah matan menteri besar Perak Datuk Seri Nizar harus mencontohi prinsip yang dipegang oleh En.Zulkifli Nordin jangan mengikut sahaja telunjuk DAP,Datuk harus bersikap tegas dalam apa juga hal jangan hanya ingin berkuasa DATUK HANYA MENGIKUT SAHAJA APA KEHENDAK DAP.
Ingat bahawa bahawa kita merancang Allah pun merancang dan rancangan Allah yang lebih betul(kata kata ini aku ambil dari seorang sahabat),kenapa PERAK jatuh ketangan Barisan Nasional semula ini adalah disebabkan jika ada salah satu parti yang mereka rasa mereka lah yang terbaik dan parti lain tidak boleh bergerak tampa usaha mereka.
Kata-kata Zulkifli Nordin bahawa Parti rakyat tidak memerlukan lansung DAP dan PR perlu bertegas dalam menerus pimpinan agenda dan keadaan menjadi lebih kritikal apabila PKR mula bersuara mengenai kempimpinan DAP.
Bukan semua wakil-wakil rakyat didalam DAP yang tidak bagus ada juga yang mnempunyai cara kepimpinan yang bagus,oleh sebab ada segelintir yang cuba menjadi seperti helang maka DAP kini bakal menerima tentangan yang hebat dari kawan-kawannya sendiri.
Shabas En.Zulkifli Nordin semoga perjuangan anda diberkati Allah,kalau beliau yang menjadi Menteri Besar Perak mahu panas punggung Adun DAP.

1 ulasan:

ju berkata...

Kalau ko tak faham dng politik jng berkata semudah itu,ko tak kenal siapa zulkifli nordin tu,dia hanya digunakan saje unk memecahbelahkan parti.

Dia sudah lame buat perangai yg macam2,den ade agendanya yg tersendiri.

Itu le sebab jng nengok tv dan surat kabo,kamu kan selalu buka intenet,jadi ronda2 le baca blog org lain,jng guna akal untuk menulis.

Menulis tak boleh syok sendiri,tapi kita mesti ade bukti dan fakta,gunakan akal...pegi le tengok blog2 org dan bace dulu jg pakai sedap tulis aje...mujo blog ko org tak tau...

Bukan nak berebut kuasa tapi kita hidup didunia ni ada undang2 tapi kini undang2 boleh diubah utk kepentingan sendiri,namun kita akan tunggu undang2 yg tak dpt diubah dan akan kekal selamanya.

Kami org2 PAS memang dah lame pun tau keputusannya,semua tu tak jadi hal...biasa le didunia ni semua boleh dibeli...

Ingatan untuk ko hati2 dan jangan lebih sudu dari kuah ya...