Catatan Popular

Jumaat, 12 Februari 2010

KAPAL SELAM OH KAPAL SELAM

Tak habis lagi kes enjin jet yang hilang timbul pula isu kapal selam yang tidak boleh menyelam,apa hal pula kapal selam tersbut tidak boleh menyelam adakah kita telah membeli kapal selam lama yang harganya boleh membuatkan seluruh rakyat Malaysia tiada yang miskin.
Kapal selam pertama Malaysia yang canggih yang dilengkapi oleh sehingga 18 torpedo boleh melancarkan anti kapal selam merupakan kapal selam termoden dan tercanggih didunia buat masa ini,dan bisalah benda baharu tiada yang sempurna tetapi jangan lah baru beli sudah ada kerosakan kita bukan membeli barang lama atau pun bahasa kasarnya besi buruk,tidakkah kita memeriksa terlebih dahulu sebelum dibawa pulang.
Isu injin jet,rahsia pertahanan negara dijual dinegara luar dan isu kapal selam yang tidak boleh tenggelam,isu isu ini yang tak sepatutnya berlaku disebuah negara yang makin maju dan inginkan pertahanan yang moden.
Didalam kekalutan politik negara yang sudah semakin huru-hara isu-isu sebegini sering sahaja menjadi modal untuk menghentam sesama sendiri dan rakyat yang menjadi mangsa setiap pergaduhan ahli politik,sekarang timbul pula isu perarakan Maulidur Rasul dibatalkan inilah isu isu yang akan terus ditekan kepada rakyat dan boleh menimbulkan kemarahan rakyat,adakh ini menguntungkan ahli politik atau rakyat?.
Didalam zaman Dr Mahatir yang dikataka kuku besi rakyat masih boleh melakukan apa sahaja jika tidak menyalahi undang-undang,apabila beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri maka timbul pula perkara-perkara yang mengharu birukan Negara dan kini ada yang sudah ada yang cuba bermain dengan api.
Apa apa pun dingatkan kepada semua ahli politik jangan sekali-kali memperbodoh-bodohkan rakyat dan menaikan kemarahan rakyat kerana kuasa ahli politik terletak ditangan rakyat,dan jangan sekali-kali menggunakan kuasa dan wang untuk kepentingan diri.

1 ulasan:

Ayid berkata...

Salam saahabat. Ana dah ikut blog ini dan dah link kat blog ana. Mohon link kan blog ana kat sini. sukran