Catatan Popular

Sabtu, 23 Januari 2010

PERBINCANGAN AHLI KARIAH SURAU AL AKHLASIAH

Malam 23 haribulan,perbincangan aktiviti surau dijalankan,Pengerusi surau sedang menyampaikan kata kata aluan kepada jemaah yang hadir,dan aku ingatkan dengan cara Tuan Pengerusi menyampaikan ucapan segala kekecohan dalam mesyuarat bangang sudah selesai dan tiada siapa lagi yang akan menimbulkan lagi cerita cerita yang menghangatkan suasana yang aman damai.

Tak kusangka ada satu suara sumbang yang membuat aku menjadi kurang ajar,tak kusangka suara sumbang itu membangkitkan kembali mengenai mesyuarat bangang dan bengap yang telah dibatalkan,aku yang sudah lama menyimpan segala kata kata yang kurang ajar telah meluahkan segala apa yang telah tersimpan didalam hati aku.

Pelik betul aku apalah yang hendak direbutkan sangat surau yang sudah kurang jemaah nya,banyak sangatkah pendapatan surau sampai ada lagi rasa tak puas hati,sudah lah jemaahnya semakin lama semakin kurang ada yang jarang jarang datang sembahyang ada hati ingin memegang jawatan dalam surau dan ada pula yang memepertikaikan hanya AJK surau sahaja yang boleh membincang mengenai segala aktiviti surau sedangkan AJK yang hadir dua tiga orang sahaja.
Memang malam 23hb adalah malam yang menjadikan aku sedar bahawa semakin kita meningkat dewasa semakin banyak tanggung jawab yang harus dipikul kepada Agama kepada masyarakat dan kepada negara tak perlulah kita memegang satu satu jawatan kerana Allah lah yang menilai setiap apa yang kita perbuat.



Tetapi yang menghairankan aku ada para jemaah yang amat suka sembang belakang-belakang tidak hadir pada malam tersebut,sedangkan merekalah yang pada satu masa beriya riya untuk melantik jawatan kuasa baru,dan ada yang macam lalang ditiup angin,entah lah macam macam lagi macam manalah hendak mengimarahkan surau sedangkan orang yang didalam surau sendiri hendak merobohkan surau tersebut.

Kalau hendak dikenangkan telah ramai orang yang memberi sedekah jariah berupa wang ringgit dan tenaga ada yang sanggup mencuci dinding surau ,membersihkan halaman surau tampa meminta apa apa imbuhan berupa wang atau pun jawatan kerana pada fikiran mereka mereka adalah hamba Allah dan sudah menjadi kewajibpan bagi mereka membersih rumah Allah takan hendak suruh Allah yang cuci fikir fikirkan lah.


“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) Dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah Engkau menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Segala Ibadat dan bawaanmu kepadaNya”“Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah Segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik Yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang Yang tidak melakukan syirik) tentang apa Yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).”Surah Az Zumar ayat 2 & 3


Suatu kata yang hanya diri mengetahui, menagap perlu ditanya atau dipersoalkan? Selain itu, keikhlasan yang dari hati akan tampak melalui tampilan wajah mahupun perbuatan.Sebagai contoh keikhlasan yang dapat dipersembahkan seperti seseorang yang memberi sesuatu atau membantu dalam sesuatu hal, orang yang membantu itu tidak akan menyebut apa yang telah diberi atau dibantunya. Apabalia bersedeqah atau menderma, tidak menyebut-nyebut akan apa yang dah diberinya.Namun realiti kini, letaknya keikhlasan sudah jauh dari kehendak yang digariskan dalam Al Quran. Kerana dalam tika memberi, mereka tanpa sedar mengungkapkan “saya ikhlas tolong awak” apakah hal ini wajar diluahkan.
Sewajarnya tidak,biarlah dirinya yang ikhlas dan Maha Pencipta sahaja yang tahu.Sebagaimana orang yang mederma atau bersedeqah yang ana bawakan ceritanya tadi, sebolehnya tangan kanan yang memberi, tangan yang satu lagi tidak mengetahui. Ini tidak, apabila nak mederma beratus, beribu atau lebih dari itu, dengan megahnya mewar-warkan satu negara. Untuk apa semua itu?Memang pelik kalau diperhati dan difikiri, dah menderma, mempamerkan pula ke serata.
Jadi, tangan kanan memberi tangan kiri pun mengetahui..di aman kita letakkan keikhlasan yang Allah sarankan dalam ayat 2 dan 3 Surah Az Zumar ini?Antara lain, kalau sesuatu yang dilaksanakan dengan ikhlas, insya`allah segalanya akan dipermudahkan. Selain itu, apabila ikhlas dalam melaksanakan sesuatu, dengan izin ALLAH segala yang dilaksanakan akan mendapat keberkatan dan keredhaanNYA ddi samping mendapat balasan pahala.Beserta niat utama kerana ALLAH, tentu kita akan membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh semampunya.
Pernah tak kalau nak berbuat yang tidak baik, diniatkan kerana ALLAH dan ikhlas?... jawapannya ada pada diri anda! Jawapan bagi aku, TIDAK.Apabila nak buat kejahatan, seseorang takkan niatkan kerana ALLAH. kerana perkara dah jahat dan ALLAH tak redha, maka outomatik hati ini tidak akan terungkap kerana ALLAH. percaya atau tidak, tanya kembali diri anda.
Selain niat kerana ALLAH, ikhlas, ALLAH menyarankan hambanya sentiasa beribadat dalam keadaan yang bersih dan sempurna. Maksudnya di sini, sesuatu kerja yang diniatkan kerana ALLAH dan ikhlas maka akan dikira ibadah. Ibadah juga terbahagi kepada dua iaitu ibadah umum dan ibadah khusus.
Berkisah tentang ibadah umum dan ibadah khusus ini, ana teringat sewaktu ustazah yang mengajar Pendidikan Islam saat di awal sekolah menengah ( tingkatan 1). Ustazah mengatakan “ibadah khusus adalah ibadah yang diperintahkan dan wajib setiap yang beragama Islam melaksanakannya” keterangan ringkasnya ialah Fardhu Ain. Segala yang ALLAH suruh laksanakan itu adalah ibadah khusus.Kata ustazah, “ibadah umum itu adalah sesuatu yang kita kerjakan yang baik, kerana ALLAH dan ikhlas” tak kira apa kerja yang kita lakukan, segalanya ibadah.
Tapi bukan yang tak baik ya. Yang baik sahaja.“Moga ALLAH mengampuni, dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa-dosa orang yang telah mengajar kebaikan padaku, dosa jiran-jiranku, dosa sahabat-sahabatku, dosa saudara-saudara seAqidahku, dosa muslimin dan muslimat yang di dunia mahupun akhirat, redhailah setiap perjalanan kehidupanku, kehidupan pejuang-pejuang AgamaMU ya ALLAH. Rahmati dan berkatilah kami. Tetapkanlah iman dan Aqidah kami. Aminn Ya Rabbal `alamin.”Betapa kita banyak berbuat dosa tanpa sedar...Sahabat, teman, rakan dan taulanSedarkanlah aku saat aku alpaSentakkanlah aku tika aku khilafJagakanlah aku waktu aku lenaPimpinlah aku ke arah yang ALLAH redhaBersamalah kita berjuangMenegakkan yang Ma`rufMenghapus yang mungkarMoga aku, kita kan seiringanDalam membela kebenaranWalau taruhannya nyawaIngatlah janji-janji ALLAHItulah sebenar-benar janji yang akan dikota.
















































































































Tiada ulasan: