Catatan Popular

Ahad, 17 Januari 2010

MENGIMARAHKAN SURAU

Teringat kata kata seorang imam disurau yang diberi nama surau Al Iklasiah,kata kata nya memang bernas dan boleh dipakai nasihatnya,tetapi jika orang yang memang sentiasa berada didalam surau itu sendiri tidak mahu mengimarahkan dahulu surau tersebut tiada guna nya.
Selepas sahaja bersembahyang mereka duduk bersembang bercerita hal politik dan isu semasa,dan ini akan memperlihatkan satu contoh yang tidak baik untuk jenerasi muda.
surau harus melakukan anjakan paradigma dan minda serta membuka ruang perbincangan untuk menjadikan surau sebagai sebahagian daripada pusat latihan dan tarbiah remaja serta belia.
Mereka harus memahami keperluan untuk mewujudkan ruang yang lebih terbuka khususnya dalam menyediakan pengisian untuk anak-anak muda disurau,maka sudah pasti keterbukaan ini memerlukan lebih ramai lagi ahli jawatankuasa surau di lantik dari kalangan pemuda dan remaja bagi memudahkan penyaluran idea dan maklumat.
pengisian ilmu yang sesuai dengan belia dan remaja, dicadangkan dilaksanakan pengisian mingguan secara ringkas tetapi berterusan di Ini selaras dengan melalui slot Latihan Dalam Kumpulan, tayangan multimedia mahupun ceramah interaktif.

Itulah yang lebih penting dari kita merebut jawatan yang akan memecah belahkan masyarakat,jangan melakukan sesuatu perkara kerana ingin menunjuk nunjuk,kerana Allah amat mengetahui apa yang kamu perbuat.

1 ulasan:

ju berkata...

Dah orang mude tak nak pegi surau,camne nak lantik deme,kamu kene buat koje sikit,pi le cari orang mude ajak datang surau,ni kamu pun jarang pi surau cam ne nak imarahkan surau.