Catatan Popular

Sabtu, 2 Januari 2010

ISU PENGUNAAN PERKATAAN ALLAH OLEH PENGANUT KERISTIAN

Sekarang ini timbul satu isu yang amat sensitif bagi umat islam apa bila makamah membenarkan penganut kristian menggunakan perkataan Allah dalam satu buku terbitan mereka,kita diMalaysia mememang amat peka apa bila satu satu hal yang membabitkan dengan agama tak kiralah apa agama sekalipun.
Bagi saya perkataan Allah adalah satu nama untuk menunjukan kita ini bertuhan dan perkataan Allah hanya untuk orang orang islam mengenali dan membesarkan Tuhan yang satu,dan bagi orang orang kristian apa motif mereka untuk mengunakan perkataan Allah itu sungguh mencurigakan.
Tetapi jika kita mempertikaikan mereka menggunakan perkataan Allah mereka boleh juga mempertkaikan kenapa kita mempercayai Nabi Isa kerana banginda Nabi mereka,memang berat isu ini apa bila difikirkan.
Walau apa pun tujuan mereka menggunakan perkataan Allah itu kita sebagai umat Islam harus berhati hati supaya tidak terpesong akidah kerana sudah ramai umat Islam yang menjauhkan diri dari Islam jangan kerana hanya kerana nama kita berjung bermati matian sedangkan Islam dan Iman kita entah kemana.
Lihat sahaja sekarang cara hidup kita lebih teruk dari mereka kita semakin hanyut menjauhkan diri dari Islam sedang kan Islam itu cara hidup.
Kita disini sebuk dengan hanya sepotong ayat sedangkan saudara-saudara kita yang seagama sedang disembelih dan dihina,perkara itulah yang kita perlu ambil beratkan,dan bagi saya agama Islam itulah yang perlu dijaga sepenuh penuhnya jangan apa bila ada satu satu isu sensetif mengenai agama barulah kita terjerit jerit sedangkan kehidupan kita semakin hampir dengan cara hidup mereka.
Sebenarnaya Allah itu amat luas maknanya dan bagi mereka yang belajar ilmu mengenal diri sahaja yang tahu segala rahsia siapa Allah itu jangan lah kita hanya terjerit jerit dijalanan sedangkan kita tidak mengenal sapa Allah itu, Al Quraan ditinggalkan,hadis nabi disisihkan adakah kita juga layak menggunakan perkataan Allah itu?..fikir fikirkan lah.
Sedarlah dan insaf lah bahawa kita ini sedang dinjak dan dipijak jika kita masih tidak sedar maka kita akan terus di hina dan di perkotak katik kan jangan kerana nama sahaja baru kita hendak memperjuangkan Islam sampai bila pun kita tak akan menang.

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS Al-Baqarah: 255)“Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurusi (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur” (QS. 2:255).
Mari kita melihat sejarah semasa zaman Nabi Nabi sebelum Nabi Muhamaad apa nama yang diberi kepada Allah bagi kita sekarang.

Tiada ulasan: