Catatan Popular

Khamis, 14 Januari 2010

CERITA SATU RIBU MASALAH

Bermulanya masalah masalah yang timbul dalam kg aku apa bila parti pembangkang menang di negeri Perak,maka bermulalah perebutan kuasa untuk menjadi ketua diantara siLabu Sayong dengan SiLabu Air.

Maka berkempen lah mereka untuk merebut jawatan yang penting tersebut,siLabu Air berkempen dengan bersungguh sungguh banyak menefestonya diedar diseluruh ceruk kampung,dan apa bila semasa mengundi untuk memilih ketua maka keputusannya berpihak kepada siLabu Air,maka gembira lah sLlabu Air dengan keputusan tersebut.
Selepas kemenangan siLabu air maka telah berlakunya perang dingin dan suam kuku diantara siLabu Air dengan siLabu Sayong.

Walau pun kalah didalam pemilihan ketua siLabu Sayong tidak lah cepat melatah kerana sebagai seorang Imam dia harus menjaga peribadinya supaya tidak dicop sebagai gila kuasa dia menjalankan kerjanya seperti biasa.
SiLabu Air pula menjalankan kan tugasnya sebagai seorang ketua dengan penuh dedikasi dan berhikmah,hari-hari datang kesurau menjadi Imam,sembahyang terawih tak pernah miss,gotong royong dan bermacam macam lagi perkara yang bagus bagus dijalankanya didalam kg dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat.

Tetapi Allah yang menentukan setiap sesuatu entah macam mana Negeri Perak jatuh semula kedalam tangan kerajaan maka peralihan kuasa berlaku maka kecewa lah siLabu Air maka bermulah bermacam macam alasan apa bila dia mula jarang kesurau,dan disini telah terlihat keperibadian beliau didalam setiap perkara yang dilakukan selama ini.
Walaupun setelah peralihan kuasa perang dingin diantara SiLabu Sayong dan siLabu Air tetap berlaku ada sahaja rasa tidak puas hati dikalangan mereka dan sehinggalah apa bila mesyuarat agong bangang berlansung maka berlakulah perselisihan faham yang amat bangang didalam satu mesyuarat hanya untuk melantik ketua yang baru.

Kenapa beliau bertindak demikian, adakah dia ingin memalukan pengerusi surau yakni siLabu Sayong adakah beliau ingin menunjuk bahawa dirinya lebih pandai dihadapan masyarakat kg tidakah dia tahu bahawa ada dikalangan yang hadir kemesyuarat tersebebut adalah mereka-mereka yang terpelajar,tetapi motif yang sebenar beliau adalah untuk menjadi pengerusi surau dan jika beliau mendiamkan diri kemungkinan beliau telah menjadi pengerusi sekarang kerana penyokong penyokong beliau lebih ramai.

INGATLAH.....bahawa untuk menjadi seorang ketua yang amanah haruslah mencontohi Rasulullah s.a.w yang dapat menyatukan masyarakat dan bukan memecah belahkan,PENYATUAN dan perpaduan adalah tunjang kekuatan sesebuah negara, bak pepatah ‘Bersatu teguh bercerai roboh,

Orang yang paling layak untuk menjadi ketua adalah orang yang tidak mencalonkan dirinya, dalam erti kata lain, yang tidak berkehendakkan jawatan tersebut. Kerana dia tahu amanah dan tanggungjawab seorang ketua, bukan untuk dibangga-bangga dan mendapat nama. Seorang ketua itu dilantik, bukan melantik dirinya sendiri. Dia dipilih, bukan merasakan bahawa dirinya ‘akan dipilih’.

Sebaik-baik pemimpin kalian adalah yang kalian mencintai mereka dan mereka mencintai kalian, kalian MENDOAKAN mereka dan mereka MENDOAKAN kalian. Dan seburuk-buruk pemimpin kalian adalah yang kalian membenci mereka dan mereka membenci kalian, kalian melaknat mereka dan mereka melaknat kalian.” (HR. Muslim no. 1855 dan Ahmad no. 24027)


AMANAH perlu ditanam. PENGARUH perlu dicipta. Kerana setiap dari kita adalah khalifah yang akan membawa kemakmuran kepada bumi ini dengan menyebarkan ajaran-ajaranNya. Jika tanpa dua kekuatan ini, Islam tidak akan tersebar. Dikhuatiri akan makin menjauh pula. Pimpinlah dengan adil. Setiap dari kita adalah pemimpin, dan kita pasti akan ditanya tentang kepimpinan kita. Setidak-tidaknya kepimpinan kita pada diri sendiri dan umat manusia!
Arahlah dengan bijaksana.
Sayanglah dengan seikhlasnya.
Kembangkanlah semajunya.
Bawalah kejayaan di dunia dan di sana.
“Ya Allah siapapun memimpin umatku dengan mempersulit, maka persulitlah dia. Dan siapa yang memimpin dengan kasih sayang/kelembutan, maka sayangilah dia.” (HR. Muslim no. 1828)

Tiada ulasan: