Catatan Popular

Jumaat, 13 November 2009

SEMBAHYANG JUMAAT

Kali ini aku ingin bercerita mengenai gelagat sesetengah orang kita,apa bila berada didalam masjid dan apa bila khotib sedang membaca kutbah.
Kadang-kadang aku hairan dengan sikap segelintir dari kita yang mengaku sebagai seorang Islam yang tulin tetapi tidak dapat menghayati dan memahami ajaran Islam itu sendiri,dan lebih memalukan apabila mualaf mualaf lebih mengenali Islam daripada orang yang sejak daripada lahirnya seorang Islam.
Perkara utama yang aku ingin tulis disini adalah satu perkara yang amat memalukan apa bila ada dari kita makan apa bila khotib sedang membaca khutbah,adakah satu kemistian apa bila hari jumaat kita membawa pisang ,pulut ke masjid memang lah bagus apabila niat untuk bersedekah tetapi tidak kah niat untuk bersedekah itu menjadi satu dosa pula?.
Aku sering tertanya tanya sah kah sembahyang jumaat seseorang apabila tidak mendengar khutbah jumaat bukan kah itu termasuk dalam satu rukun,alangkah ruginya apa bila mereka hadir pada hari jumaat tetapi tidak membawa apa-apa makna disisi Allah.
Kita amat marah apa bila orang orang kafir menghina agama kita tetapi kita sendiri yang membuat mereka menghina agama kita sendiri.
Kita tamatkan kesah sembahyang jumaat dan membuka pula satu lagi kesah mengenai remaja remaja Islam yang semakin lama semakin jauh dari agama dan seolah-olah mereka ini sama sahaja seperti remaja -remaja yang bukan Islam,adakah mereka-mereka ini menyesal menjadi seorang Islam.
Walau apa pun sebagai seorang Islam aku berdoa semoga Islam akan kembali dihormati dan diangkat sebagai satu agama yang paling agung seperti pada masa zaman nabi dan para sahabat.
Amin

Tiada ulasan: