
Masa kecil dahulu aku sering tertanya tanya apa kelebihan sepuluh malam terakhir itu,ada yang mengatakan pada malam tersebut air akan menjadi keras ,pokok akan tunduk kebumi,tetapi setelah 40 tahun aku hidup di muka bumi ini belum pernah aku lihat perkara perkara tersebut,ya bukan mudah untuk berjumpa perkara-perkara yang aneh pada malam tersebut kerana itu semua rahsia Allah s.w.t.
Tetapi bukan perkara yang aneh yang dicari tapi Allah memerintah kita melipat ganda kan amalan dan pada malam tersebut Allah telah berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya kami telah menurunkan Al Quraan pada malam Lailatur Qadar dan tahukah kamu apakah malam Lailatur Qadar itu?malam Lailatur Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turunya para malikat dan malaikat Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengatur segala urusan.pada malam malam itu penuh dengan kesejahteraan sehinggalah terbit fajar.( Surah Al Qdar ayat 1-5).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan