Catatan Popular

Sabtu, 25 Februari 2012

CERAMAH KESEDARAN DAN INSAF PENCERAMAH USTAZ LONG BIN KECHIK.



kuliah subuh

CERAMAH KESEDARAN DAN INSAF PENCERAMAH USTAZ LONG BIN KECHIK.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Asalamualaikum sudah lama aku tidak menulis didalam blog, bukan disebabkan tiada masa untuk menulis tetapi malas untuk menulis,tetapi pada hari ini aku ingin menulis satu kesah yang amat menyedarkan aku sebagai seorang islam.

Apakah peranan kita sebagai seorang islam dan apakah tanggung jawab kita sebagai seorang islam?.

Adakah tanggung jawab kita sebagai seorang islam hanya sembayang lima waktu sehari,tunaikan zakat,mengucap dua kalimah syahadah,berpuasa pada bulan ramadan dan mengerjakan haji dimekah bagi mereka yang mampu,adakah sempurna islam kita setelah kita menunaikan rukun islam yang lima tersebut?

Kehidupan kita didunia ini ibarat seorang yang dikejar oleh seekor harimau begitu pantas dia belari sambil dia belari dia nampak sepohon pokok dan memanjat pokok tersebut untuk menyelamat dari harimau semasa orang itu bergayut didahan pokok dia ternampak dua ekor tikus seekor tikus putih dan seekor tikus hitam yang sedang mengigit dahan tempat dia bergayut dan diatas pokok tersebut ada sarang lebah dan apa bila dia melihat kebawah bukan sahaja ada harimau malah ada lubang dan didalam lubang tersebut ada ular,dan orang itu memandang keatas dan terkeluarlah setitik madu dari sarang lebah tersebut dan terkena mulut orang itu dan ia terasa cukup manis dan ia terlupa ada harimau dan lubang yang ada ular sedang menungguh dia dibawah dan dia juga terlupa ada tikus putih dan tikus hitam sedang mengigit dahan tempat dia bergayut dan kesah ini boleh ditafsirkan didalam kehidupan kita didunia ini,harimau tersebut diibaratkan sebagai malaikat maut,tikus putih dan hitam diibaratkan sebagi hari siang dan malam,dan kemanisan madu dari sarang lebah itu adalah kesedapan didunia ini dan lubang yang ada ular adalah lubang kubur,inilah hakikat kehidupan.

Berapa kalikah malaikat maut datang kepada kita dalam sehari?,malaikat maut datang kepada kita bukan pada masa kita hampir kepada sakaratul maut tetapi dia datang pada setiap detik dan hanya menunggu perintah dari Allah untuk menyabut nyawa kita maka oleh itu memperbanyakanlah amal semasa kita masih hidup.

ingatlah bahawa malam dan siang bukan menambahkan umur tetapimengurangkan umur,yang bertambah adalah bulan yang bertambah adalah hari dan yang bertambah adalah tahun dan umur ia akan menuju kepada ajal.

Apakah tugas kita sebagai seorang islam?,tugas dan peranan kita sebagai seorang islam bukan hanya beribadat kepada Allah tetapi kita juga harus mengajak manusia yang kafir supaya beriman kepada Allah.
Dahulu ada Rasul yang menyeru manusia beribadat kepada Allah tetapi sekarang Rasul sudah tiada dan sebagai seorang muslimin mengajak manusia beribadat kepada Allah.

Sebagai seorang manusia kita perlu beribadat kepada Allah sebagai bagai seorang islam disamping kita beribadat kita juga perlu mengajak manusia lain beribadat kepada Allah gabungan dari kedua dua ini barulah kita layak digelar seorang muslimin.

Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. kita harus menyambung kerja-kerja nabi dan bukan hanya berselawat dan berarak dimasa sambutan maulidurrasul sahaja
tetapi kita harus juga berdakwah supaya manusia kembali kejalan Allah.