Kali ini aku ingin bercerita sebuah kesah disatu Kampung yang semakin hari semakin huru hara akibat perebutan kuasa walaupun jika dilihat dari luar penduduknya hidup dalam rukun damai dan saling berkerja sama namun hakikatnya adalah sebaliknya.
Bermufakatan tiada lagi dikampung ini yang ada hanyalah orang-orang yang mahukan kuasa tetapi tidak mahu membuat kerja dan mereka hanya kepentingan mereka sahaja di utamakan tampa memikirkan kepentingan orang lain.
Tetapi Kampung ini bernasib baik kerana soal-soal kenduri kendara kematian dan lain-lain yang bersangkut paut dengan gotong royong masih ada di hati kalangan penduduknya kalau tidak sudah tentu banyak yang mati berulat tampa dikebumikan.
Hari dan tahun silih berganti tetapi sikap dan cara pemikiran penduduk kampung ini masih tidak mahu berubah jika ditegur akan bermasam muka jika tidak ditegur bertambah teruk jadinya.
...............INILAH KG AKU>>>>>>>>>>>>>
Catatan Popular
-
Adat Duduk rehat didalam masjid Makan hanya sekadar makan Berkahwin untuk menamatkan zaman bujang Bertudung kerana ingin kelihatan cantik da...
-
kuliah subuh CERAMAH KESEDARAN DAN INSAF PENCERAMAH USTAZ LONG BIN KECHIK. -----------------------------------------------------------------...
-
Pada 14 dan 15 hb november 2009 aku menghadiri krusus intensif mentor kekayaan dan kejayaan,ramai juga menghadiri krusus tersebut ini terma...
-
Gambar-gambar yang terdapat disini adalah perkembangan terkini Masjid Jamek Bidor,dengar cerita Masjid ini akan siap sebelum Hari Raya. Meli...
-
setelah lama aku tinggalkan blogspot ini ..ibarat kata orang setelah dapat yang baru tinggal yang lama.....
-
GOTONG ROYONG MENEBANG POKOK RAMBUTAN YANG BERUSIA 20 TAHUN POKOK RAMBUTAN INI DITANAM OLEH ABANG AKU MASA GAJI NYA YANG PERTAMA TUMBANGNYA...
-
Aku mendapat komen lagi dari kakak BULAN HIJAU ,belau menyatakan bahawa ada sesetengah orang yang melakukan jenayah seperti kes kes bunuh a...
-
Teringat kata kata seorang imam disurau yang diberi nama surau Al Iklasiah,kata kata nya memang bernas dan boleh dipakai nasihatnya,tetapi j...
-
GUDANG TEN TEN TELAH DIBUKA DIBIDOR...RAMAI ORANG MEMBELI BELAH KEBANYAKAN BARANG YANG DI JUAL BARANGAN PLASTIK DAN BAJU SUPERMARKET BATANG...
Jumaat, 21 Januari 2011
Sabtu, 25 September 2010
POLITIK ISLAM
Semenjak tahun 1924 ummat Islam tidak lagi hidup di bawah naungan sistem Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegaranya. Bahkan di berbagai penjuru dunia Islam dideklarasikan berdirinya negara-negara dengan konsep nation-state (negara-kebangsaan). Mulailah kaum muslimin mengekor kepada negara-negara kafir yang mengkotak-kotakkan manusia berdasarkan keanekaragaman suku dan bangsa. Sebelumnya ketika Khilafah Islamiyyah masih tegak ummat Islam hanya memahami manusia berdasarkan pembagian yang Allah gambarkan di dalam Al-Qur’an, yaitu manusia beriman (Al-Mu’minun) dan manusia kafir (Al-Kafirun).
Ketika Khilafah masih tegak ummat Islam tidak mengenal adanya pemisahan antara urusan agama dengan berbagai urusan kehidupan sehari-hari, termasuk kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Tidak ada pemisahan antara kehidupan beragama dalam tataran kehidupan individual maupun sosial. Namun semenjak faham negara-aqidah dihapuskan lalu diganti dengan ideologi nasionalisme mulailah kaum muslimin mengalami pergeseran tolok ukur. Aqidah Islam yang sebelumnya dijadikan sebagai perekat utama masyarakat dilokalisir menjadi sebatas keyakinan individual muslim. Sedangkan masyarakat diarahkan untuk menjadikan etnisitas kebangsaan sebagai perekat kehidupan sosial. Seolah agama hanya berlaku dalam tataran pribadi, sedangkan dalam tataran sosial agama harus dikesampingkan. Kemudian muncullah ajaran primordial kebangsaan yang menggantikan agama sebagai identitas dan perekat sosial.
Dalam buku Petunjuk Jalan bab Tumbuhnya Masyarakat Islam dan Ciri Khasnya, Sayyid Qutb menulis: ”Sesungguhnya dakwah Islam yang dibawa Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam merupakan mata rantai terakhir dari rangkaian dakwah dan seruan ke jalan Islam yang telah berjalan lama di bawah pimpinan para Rasul dan utusan-utusan Allah yang mulia. Dakwah ini di sepanjang sejarah wujud manusia mempunyai sasaran dan tujuan yang satu. Yaitu, membimbing manusia untuk mengenal Ilah mereka yang Maha Esa dan Yang Maha Benar, agar mereka menyembah dan mengabdi hanya kepada Ilah Yang Maha Esa dan mengubur segala penuhanan terhadap sesama makhluk

Sabtu, 31 Julai 2010
PERKAWINAN HAMDAN ANAK ABANG HAKIM JABATAN HUTAN
Majlis perkahwainan Hamdan.....inilah kehidupan ada permulaan dan ada pengakhirannya....yang pergi tetap pergi yang baru akan muncul jenerasi demi jenerasi silih berganti,mengantikan yang telah pergi..........inilah kehidupan yang abadi adalah diakhirat sana
Semoga Berbahagia ke liang lahad............Amin
JAMUAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN INI DISEDIAKAN OLEH CIK OM CATRING BIDOR
JIKA BERMINAT UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN SILA HUBUNGI...........CIK OM 0165451640
--------------------------------------------------------------------------
Ahad, 25 Julai 2010
KELUHAN SANG KETUA KAMPUNG

Kali ini aku ingin bercerita pasal Ketua Kampung aku yang sudah bosan dengan jawatan panas yang dipegangnya,panas panas isu seseorang yang membut lapuran polis mengenai Ustaz yang memberi ceramah dan menyentuh isu APCO.
Beliau telah membuat tawaran sesiapa yang beminat untuk memegang jawatan panas tersebut,tersenyum aku dengan kenyataan beliau bukan senang yer nak jadi seorang ketua kampung terpaksa melayan segala masalah dan kerenah orang.
Tetapi yang aku peliknya mengapa beliau menerima jawatan tersebut kenapa beliau tidak menolaknya kenapa sudah timbul isu sebegini beliau sudah mahu mengalah,kata orang tua tua kalau nak berumah ditepi pantai jangan takut dilambung sunami.
Apa fungsi sebenarnya sebagai seorang ketua dan pada pendapat aku beliau perlu memahami dan belajar fungsi sebenarnya sebagai Ketua Kampung dan belajar bagai mana untuk menangani satu satu pemasalahan yang timbul dan bukannya lari dari masalah.
Apa apapun aku berharap beliau dapat bersabar kerana kita harus menangani masalah buakan lari dari masalah.
Sabtu, 24 Julai 2010
PERKEMBANGAN TERKINI MASJID JAMEK BIDOR
Gambar-gambar yang terdapat disini adalah perkembangan terkini Masjid Jamek Bidor,dengar cerita Masjid ini akan siap sebelum Hari Raya.
Melihat keadaan masjid ini rasa-rasanya belum tentu kita boleh menggunakan nya pada hari raya kelak mungkin tidak cukup dana oleh itu mana-mana kawan -kawan yang ingin menderma silalah membuat sumbangan terutama sahabat-sahabat kita yang didalam FB yang sudah ramai menjadi jutawan.
Jumaat, 23 Julai 2010
PERGI TAK KEMBALI

Keheningan senja Khamis 22.07.2010 telah dikejutkan dengan kembalinya seorang manusia kesisi Allah yang Maha Agung.
Pergi didalam keadaan yang cukup tenang,tiada siapa menduga dan meneka bila ajal akan tiba sesungguhnya kita harus bersiap sedia.
Walaupun aku sering bertengakar dan bebalah dengan Allahyarham tetapi memang diakui beliau merupakan seorang pakcik yang baik.
"Bagaimana kamu mengingkari (Allah) sedang kamu tadinya mati, kemudian dihidupkan (oleh-Nya), kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya
Jenazah beliau telah dikebumikan pada pukul 10.00pagi Jummat,sungguh senang perjalanannya menghadap ilahi semoga rohnya dicucuri rahmat, kuburnya dilapangkan dan kan menerima doa dari anak-anaknya Amin.
Kenangan aku bersamanya diwaktu aku kecil memang menyeronokkan aku sering dibawa menaiki basikal beliau diwaktu petang ronda-ronda sekeliling kampung ,sering belumba dengan beliau dan bermacam macam lagi kenangan yang mengimbas didalam memori aku.
Tetapi kini beliau telah pergi mengadap Ilahi pergi yang kita jua akan turut menyusul beliau,entah bila masa itu akan muncul aku pun tidak pasti kerana yang menetapkan dan menentukan masa kita untuk bertemu dengan Nya hanya Allah yang menetapkan.
Al Fatihah buat Pak Anjang aku ( Shaari B Mat Jais ) yang teleh meninggal dunia pada 22.07.2010 bersamaan 11 Shaaban 1431...........
KEMATIAN ADALAH SUATU YANG PASTI Khamis, 22 Julai 2010
KERAKUSAN AKIBAT WANG DAN KUASA
Kali ini aku ingin berkongsi cerita mengenai seorang manusia yang namanya semakin lama semakin hilang sinarnya,tetapi kerana ingin kan kuasa beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut sesuatu yang ada mendatangkan keuntungan kepada beliau.
Zaman ini zaman wang dan kuasa manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya sehingga rumah Allah pun turut menjadi mangsa dan yang teruknya Pengerusinya terpaksa menjawab dengan pihak berkuasa puncanya hanya perkataan APCO dibangkitkan didalam satu ceramah.
Repot polis dibuat hai entahlah ,pengerusi surau aku dulu orang PAS macam-macam tuan guru Pas yang beliau bawak masuk macam-macam perkara yang disebut tetapi tak dela sampai nak buat repot kerana perkara-perkara yang kecil boleh diselesaikan dengan cara baik.
Kita hidup didalam satu kampung yang diibaratkan tinggal didalam satu rumah yang besar dan jika ada satu-satu masalah yang timbul bawa lah berbincang jangan membuat satu satu tindakan yang menyebabkan kita bergaduh sesama sendiri.
Apa yang aku harapkan semoga Masjid Bidor cepat siap supaya perebutan kuasa disurau-surau tidak akan berlaku lagi.
Jangan sampai tiada yang datang kekenduri kendara,perkahwinan dan kematian akibat perbalahan yang berlaku hati manusia apabila terusik akan membawa akibat jangka panjang.

Langgan:
Catatan (Atom)