Catatan Popular

Jumaat, 14 Mei 2010

PERGINYA SEORANG YANG MENGAKU IMAM MAHADI

Setelah lama menyebarkan ajaran Muhamadiah dan kononnya beliau keturunan bani Tamin yang menyelamatkan umat manusia.
Maka pada 13 Mei 2010 Allah telah menjemput Ustaz Ashaari Muhammad kemabali kesisinya dan menjawab segala apa yang dilakukan didunia ini kalau kita ada membaca buku karangan peguam beliausaudara Zabidi Mohamed tersungkur dipintu syurga banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Ustaz Ashaari Muhammad tetapi sehingga sekarang masih ramai yang menyanjung tinggi beliau,walau apa pun sebagai seorang manusia kita tidak layak menghukum dan biarkan Allah yang melaksanakan hukuman tersebut dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa beliau.
Amin

Selasa, 27 April 2010

JALAN YANG LURUS

"Syaitan boleh mengaku sebagai Tuhan tetapi syaitan tidak boleh mengaku sebagai Muhammad. Ini bukan bermakna Muhammad itu lebih tinggi daripada Allah. Allah itu ghaib, maka sesiapa sahaja boleh mengaku ia mempunyai ilmu yang tinggi. Tetapi ukuran ketinggian dalam ilmu tasawuf ialah sejauh mana ia boleh menguasai hawa nafsunya, sejauh mana akhlak dan ibadahnya, sejauh mana ia mengamalkan syariatnya, sejauh mana ia wara’ dalam makan minum dan sumber rezekinya. Inilah perkara nyata yang tidak boleh ditiru syaitan. "

KERANA MU ALLAH

bukan kerana kamu tuan..
bukan kerana guru mu tuan..
bukan kerana sajak mu tuan..
tapi kerana Mu Tuhan..

syair tuan mengingat Tuhan..
aku alpha dibalik keduniaan..
dengan alpha jiwa ketuhanan..
tapi alpha bukan kefanakkan..

tuan memberi suatu satu..
aku melihat banyaknya satu..
aku menghitung satunya banyak..
Tuhan Yang Satu menjadikan yang banyak..

aku alpha sealpha aku..
sekarang bukan masa yang lalu..
aku alpha sealpha ruhaniku..
sekarang..
bukan menunggu..

Ahad, 18 April 2010

JAWAB DULU TIGA SOALAN

Seorang kaya diserang hendap secara tiba-tiba,sebatang anak panah tertikam didadanya didalam kesakitan yang amat sangat itu dia bertanya kepada orang yang datang untuk membantunya "jangan lakukan apa-apa sehingga kamu memberi jawabpan kepada tiga soalan ku ini".
"Apa dia tuan?"
"Pertama siapakah yang begitu berani menyerangku"tanyanya sambil menahan kesakitan.
Orang disekeliling mengeleng tanda tidak tahu.
Orang kaya itu tidak peduli dia mengajukan soalan kedua"Apakah orang yang memanahku ini orang kaya atau miskin"?
Orang disekeliling bertambah hairan,mereka ingin segera membawa orang kaya itu untuk mendapat rawatan tetapi hal sebaliknya berlaku.
"Dan ketiga,apakah orang yang memanahku ini orang sini atau orang luar"tanya orang kaya itu tersekat-sekat,belum sempat orang disekeliling memberi respon orang kaya itu mati.

Pengajaran cerita ini:
Ramai diantara kita lebih fokus kepada soal-soal pingiran berbanding soal asas dan teras dalam menangani suatu masalah,lihat sahaja betapa persoalan aqidah diperkecilkan dalam usaha menyelesaikan masalah hidup yang begitu kronik dalam masyarakat moden masa kini.

Khamis, 15 April 2010

JANGAN AMBIL AL QURAN HANYA BILA TERDESAK


Menariknya apabila terdesak orang melayu kerap menggunakan AlQuran sebagai bukti mereka berada dipihak yang benar lalu bersumpah dengan menjunjung Al Quran.
Maklumlah apabila Al Quran dijulang orang yang bersumpah itu boleh dipercayai sebagai bercakap benar,apatah lagi dalam sumpah itu dia rela dimakan sumpah sekiranya berbohong.
Selalunya orang yang mengambil Al Quran sebagai sumpah adalah orang yang tiada lagi hujah untuk membela dirinya,dia benar-benar terdesak seolah-olah berkata "hanya Allah menjadi saksi ku".
Ironinya kekadang cara dia mengatur sistem hidupnya pun tidak pula mencerminkan yang dia menjunjung Al Quran,hanya apa bila ditimpa masalah dia gabra lalu menjunjung Al Quran.
Namun hal yang semacam itu tidak berlaku dalam hidup para salafussoleh,ini cerita seorang budak pengembala kambing pada zaman Sayidina Umar boleh dijadikan perbandingan,budak itu dipujuk oleh Umar supaya dia menjual seekor kambing atas alasan tuannya tidak mengetahui bilangan kambingnya itu,dengan tegas budak itu berkata "kalau begitu dimana Allah ?"maksudnya disini dia takut melakukan penyelewengan kerana budak itu terasa Allah yang sentiasa melihat perbuatannya.
Bebeza sungguh dengan umat islam masa kini bila bersumpah demi Al Quran bak kata perpatah sudah terhantuk baru tergadah.
Inilah sikap sesetengah umat Islam terhadap Al Quran,naskhahnya hanya lebih dijadikan bahan untuk menyelesaikan satu masalah.
Jadi bagai mana hendak mengubah pandangan orang melayu terhadap Al Quraan,disini kita kita misti bermula daripada usha menanamkan keyakinan(iman),pandangan alam dan asas nilai,semua ini melibatkan proses pendidikan secara formal atau infomal.
Oleh hal yang demikian penyelesaian masalah melayu perlu ditangani menerusi kaedah dari dalam keluar bukan dari luar kedalam,dan inilah akar umbi prinsip ajaran islam dalam menyelesaikan apa jua masalah iman dan takwa.
Tidak keterlaluan dikatakan selama ini pendekatan penyelesaian masalah melayu seperti ekonomi sosial dan pendidikan kurang melihat secara tersirat tentang sesuatu permasalahan,fokus kita selalunya terbatas unyuk menangani masalah yang bersifat luaran,jarang kita mahu menyelam untuk mencari hakikat the real problem yang bersifat dalaman.
Akibatnya orang melayu menagih tongkat demi tongkat yang akhirnya malu untuk dinamakan tongkat lagi kerana banyak dan kerap kali digunakan.
Mudah mudahan selepas ini kita bergerak lebih kehadapan lagi apabila Al Quran dan Allah tidak lagi dijadikan bahan sumpah atau saksi ddalam kehidupan kita tetapi Al Quran mestidijadikan sebagai panduan dipermulaan,di tengah dihujung bahkan disepanjang perjalanan.

Selasa, 13 April 2010

PERBEZAAN ANTARA ADAT DAN IBADAT

Adat
Duduk rehat didalam masjid
Makan hanya sekadar makan
Berkahwin untuk menamatkan zaman bujang
Bertudung kerana ingin kelihatan cantik dan ala-ala artis
Bermake up supaya muka kelihatan cantik tiruan

Ibadat
Iktikaf didalam masjid
Makan supaya badan kuat untuk beribadat
Berkahwin kerana sunnah&menjauhi maksiat
Bertudung lantaran akur dengan perintah Allah
Berwudhuk sudah mampu mempamerkan cahaya&kecantikan asli pada wajah