Catatan Popular

Khamis, 4 Februari 2010

KEMALANGAN

Satu kemalangan telah berlaku dipersimpangan jalan pada 4.02.2010 kira-kira jam 6 petang,kemalangan membabitkan diantara motor dan kereta,yang peliknya jalan Kampung yang kecil boleh menyebabkan motosikal patah pada bahagian hadapanya.
Pegawai Polis Trafik dari Tapah sedang membuat siasatan bagaimana boleh berlakunya kemalangan tersebut,penunggang motor adalah seorang pemuda India dan pemandu kereta sepasang suami isteri.





Kereta tersebut hanya pecah tayarnya sahaja mengikut dari cerita sang Isteri,suaminya hanya membawa pelahan sahaja kereta tersebut dan jika dia pun laju mungkin pemuda India tersebut akan mengalami kecederaan yang lebih teruk

Jalan ini sering digunakan sebagai jalan pintas jika jalan besar mengalami kesesakan,tetapi jika tidak berhati hati kemalangan sebegini akan terjadi,apa apa pun malang tidak berbau.

MACAM-MACAM HAL

Hari ini hari kedua perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim,dalam kenyataan Mohd Saiful hari ini beliau berhenti kerja kerana tidak mahu diliwat lagi???????....pelik ye kenapa sebelum kena liwat tak berhenti kerja kenapa sudah kena liwat baru nak berhenti kerja.

Rapuh benar iman Mohd Saiful ni tetapi bagus juga mungkin beliau tidak mahu mengulangi lagi perbuatan terkutuk itu dan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja entah lah macam macam hal.

Kita tinggal kan cerita Mohd Saiful,kali ini aku ingin bercerita mengenai seorang sahabat yang terjebak dengan dadah.

Kesahnya begini,sahabat aku yang terjebak datang kepasar untuk membeli keperluan harian,tiba-tiba beliau datang kepada aku dan mengadu bahawa orang tak habis habis bercerita tentang dirinya,betul juga agak agak la kalau nak nasiahat pun janganlah ditengah-tengah orang ramai cuba bayngkan kalau orang yang menasihati itu sendiri yang terjebak dengan dadah apa perasaan beliau apabila dinasihatkan sebegitu dihadapan orang ramai,hai macam macam hal.

Rabu, 3 Februari 2010

SATU PETANG DIPEKAN BIDOR








KAFE DOR tokenya orang kg poh,makanannya boleh tahan


Banyaknya limau,beginilah apa bila Tahun Baru Cina,walaupun begitu bangsa lain punturut membeli limau,ini lah Malaysia.









Beginilah keadaan pekan Bidor diwaktu petang,walaupun keadaan politiknya amat panas dan pertelingkahan pemimpin yang tidak ada sebarang pennghujung rakyatnya harus mencari sesuap nasi.





PROJEK MEGA 2010





Ini lah tempat projek anak saudara aku Anip,budaknya lepasan Uitm jurusan sains computer tetapi mengambil keputusan untuk membuka tempat cendawan dibelakang rumahnya.
Bagus jugak bukan senang untuk mencari kerja sekarang,bagi aku senang kerja sendiri dari berkerja dengan orang semoga projeknya akan terus maju dan berjaya.


KES DATUK SERI ANWAR IBRAHIM


Aku terbaca dalam Berita Harian on line dan membaca satu liputan kes Datuk Seri Anwar,he he geli aku membacanya,betul atau tidak perkara liwat itu berlaku hanya Allah sahaja yang tahu tetapi yang peliknya kenapa Mohd Saiful mengikut kehendak Datuk Seri Anwar tak tahu kah dia untuk melawan.

Kalau Tiger Woods skandal sexs nya terbongkar satu persatu apa bila rahsianya telah diketahui oleh isterinya tetapi dalam kes Datuk Seri Anwar kenapa Mohd Saiful sahaja yang tampil membuat laporan dan takkan Datuk seri Anwar dengan Mohd Saiful sahaja tentu ada yang lain dan jika betul Datuk Seri Anwar mempunyai selera seperti kaum Lut maka wajib lah jika ada orang-orang seperti Mohd Saiful tampil untuk menjadi saksi.

Kalau kita ikuti kes Datuk Sri Anwar Ibrahim ini maka akan timbul segala cerita-cerita lama dan tilam akan dingkut kehulu hilir dan sudahnya dua-dua mendapat malu.

Dalam kes Datuk Seri Anwar ini kita sebagai seorang Islam seharusnya perlu menginsafi dan mengrenungi sejenak bahawa kita sudah semakin jauh dari Islam dan jika Mohd Saiful mempunyai keimanan yang kuat dia boleh menolaknya dengan baik dan kenapa beliau mengikut kehendak Datuk Seri Anwar.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa keputusan makamah dan jika benar Datuk Seri Anwar melakukan perkara yang dikutuk oleh Allah itu maka kita wajib menolak seorang pemimpin yang mengamal kehidupan yang songsang jika tuduhan itu satu fitnah maka Mohd saiful harus bertaubat diatas tuduhan dan sumpah laknat yang dilakukannya dan sesungguhnya Allah yang MAHA BENAR DAN MAHA MENGETAHUI semoga Malaysia akan terus aman dan maju walaupun ianya ibarat api dalam sekam.


KAUM LUT

Kaum Nabi Lut adalah adalah kaum yang gemar melakukan kesumbangan yang dilakukan oleh seorang manusia sebelum mereka,mereka mendatangi lelaki dengan hawa nafsu dan bukannya perempuan dan melakukannya juga dimajlis majlis.

Kejahatan mereka ditambah dengan mendustakan utusan Allah berseta amaran-amaran yang didatangkan kepada mereka,mereka sebenarnya orang-orang yang durhaka berdosa dan fasiq.



Selasa, 2 Februari 2010

POLITIK NEGARA DAN POLITIK KAMPUNG

Kali ini aku ingin bercerita pasal politik,politik yang penuh dengan bermacam-bermacam cerita dan tipu muslihat.

Mula- mula kita bercerita mengenai politik negara,apa bila kita melihat didada-dada akhbar kerajaan kita akan melihat bagaimana kerajaan DAP Pulau Pinang merobohkan gerai gerai orang- orang melayu dan apabila aku bertanya kepada mereka-mereka yang menyokong parti pembangkang mereka yang berniaga tersebut tidak mempunyai lesen kononnyalah itu kata mereka.

Kemudian timbul pula isu kenyataaan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim melebelkan Ketua menteri Pulau Pinang sebagai diktator dan berfikiran komunis,fu yooo bahaya ni tapi apa nak hairan toke aku tempat aku kerja dulu pun seorang bangsa cina dan bangsa cina memang tegas dan aku pun selalu kata dia macam komunis tapi dia tak heran pun kerana dia yang bayo gaji dekat aku kalau aku tak puas hati aku boleh berhenti dan kadang kala aku kagum dengan sifat tegas bangsa cina tapi tak lah sampai kena pijak kepala.

Kemudian Datuk Seri Zarain Hashim kononnya bersama beberapa ahli PARLIMEN PKR MENYERTAI BARISAN NASIONAL,bagi aku biasalah apa bila seorang yang merasa kecewa akan selalu membuat tindakan yang tidak dapat dijangka seperti apa yang berlaku diPerak apa bila dua Adun PKR dan satu Adun DAP lompat parti nampaknya bertambahlah lagi katak dalam PKR.

Apa yang sebenarnya yang mereka tidak puas hati sehingga ada yang sanggup melompat kesana sini apabila ada satu satu masalah,tetapi yang sebenarnya kita masih tidak mahu sedar dengan sejarah silam apa nak buat jika orang dah benci apa apa pun boleh jadi.

Sebenarnya kita orang-orang melayu memang amat mudah ditipu baik dari segi apa pun sebagai contoh kita amat mudah ditipu dengan pelbagai skim cepat kaya,undi para atis yang akhirnya menguntungkan dua pihak satu pihak penganjur pertandingan dan kedua artis yang bertanding dan orang orang melayu amat mudah lupa dah bernanah baru nak tergadah gadah.

Sekarang mari kita bercerita mengenai politik Kampung pula,ceritanya tak lah sehebat cerita politik Negara kerana ia ibarat api dalam sekam yang sentiasa berasap baranya tiada ini lah terjadi diKampung aku tapi malas aku nak cerita kerana cerita pun tak guna kerana politik tetap politik yang benar hanya ALLAH S.W.A.T.

Ahad, 31 Januari 2010

WASIAT TERAKHIR

SABDA RASULULLAH S.A.W YANG BERMAKSUD



Wahai manusia sila dengar apa yang aku perkatakan ini,aku tidak tahu apakah akan dapat lagi aku bersama kamu lagi selepas ini,ditempat ini ,selepas tahun ini selamanya.

Sesungguhnya darah ,kamu harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara (diharamkan untuk sesiapapun daripada mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ini,bulan ini dan bandar ini (Mekah dan sekitarnya).

Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya,ingatlah segala amalan zaman jahiliah telah berada dibawah tapak kaki ku (telah dihapuskan).

Tuntutan hutang darah pada zaman jahiliah (sebelum Islam ) telah diampunkan,tuntutan darah pertama telah aku batalkan ialah darah Ibn Rabi'ah bin Al-Harith yang disusukan oleh Bani Saad telah dibunuh oleh Huzail

Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhan.

Wahai manusia Takutlah Allah s.w.t. dalam urusan berkaitan dengan wanita sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah dari Allah s.w.t. dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah,wajib keatas mereka keatas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri dari melakukan perbuatan buruk,jika mereka melakukannya maka kamu berhak untuk menghukum merekatetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan jika isteri-isteri kamu setia dan jujur wajib bagi kamu menjaga makan dan pakai mereka dengan baik.


Semua orang Muslim adalah besaudara oleh itu tidak halal bagi seorang Muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran dari tuannya.

Janganlah kamu menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain,aku telah tinggalkan kepada kamu panduan jika kamu berpegang kepadanya dan ajarannya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya itulah kitab Allah dan sunah Nabi Nya
Wahai manusia sesungguhnya tidak ada Nabi selepas aku dan tiada lagi umat selepas kamu maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah s.w.t. Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu,berpuasa pada bulan Ramadan dan mengeluarkan zakat harta mu dengan penuh kerelaan,kerjakanlah haji kerumah suci Tuhan mu (kaabah) dan dengan itu kamu bakal menghuni syurga Tuhan mu.
Tuhan kamu adalah Esa datuk kamu pula satu kamu semua berasal daripada Adam dan Adam berasal dari tanah orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang paling bertakwa kepada Allah s.w.t. tiada kelebihan bagi bangsa Arab atau bangsa lain kecuali dengan takwa.
Allah s.w.t. telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga simati oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada ahli waris penerima pusaka,sesungguhnya laknat Allah keatas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan kepada anaknya yang sebenar juga akan menerima laknat para malaikat dan seluruh manusia.
Kemudian kamu semua bakal ditanya tentang diriku maka apakah yang bakal kamu perkatakan ?kami menjawab "kami bersaksi bahawasanya tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalah mu".
Lantas Banginda s.a.w.mengangkat tangannya kelangit seraya menurunkannya kepada arah orang ramai lalu berkata sebanyak tiga kali (yang bermaksud) YA ALLAH SAKSIKANLAH