Catatan Popular

Rabu, 30 Jun 2010

OH MASJID KU

Inilah dia masjid di bidor yang masih belum siap siap lagi,para jemaahnya sembahyang jumaat dan hari raya disurau surau.BILA NAK SIAP AKU PUN TAK tahu





Isnin, 28 Jun 2010

MAJLIS PERKAHWINAN PADA BULAN ENAM







Bulan enam sudah sampai kepenghujungnya banyak cerita menarik yang berlaku dikampung aku diKampung Petalin Baru Bidor Perak salah satunya adalah tiga majlis perkahwinan didalam bulan yang sama,meriah sekali suasa ketika itu seolah olah majlis perkawinan tiga hari tiga malam.



Inilah kehidupan dikampung aku walaupun sudah berakhirnya suasana gotong royong apabila satu satu majlis perkahwinan diadakan dan digantikan dengan catering tetapi suasananya tetap meriah dan dengan adanya catering juga dapat menjana pendapatan bagi ibu ibu atau adik adaik yang tidak berkerja atau mencari duit poket di hujung minggu sebagai contoh emak aku walaupun sudah berusia 70 tahun lebih tetapi beliau masih lagi mampu membuat kerja kerja memasak untuk Zaki Catering.
SEMOGA PASANGAN KETIGA TIGA PENGANTIN BARU AKAN BERKEKALAN KEAKHIR HAYAT MEREKA AMIN.
Do’a Cinta Pengantin
Ya Allah,Limpahkanlah rasa cinta kepada kami,Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al QubroYang Kau jadikan mata air kasih sayangAli bin Abi Thalib dan Fatimah Az ZahraYang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah,Cukupkanlah permohonan kami dengan ridlo-MuJadikanlah kami Suami & Istri yang saling mencintai di kala dekat,Saling menjaga kehormatan dikala jauh,Saling menghibur dikala duka,Saling mengingatkan dikala bahagia,Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah,Sempurnakanlah kebahagiaan kamiDengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-MuDan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Amin Allahumma Amiin……

Sabtu, 26 Jun 2010

TOKE BESAR DAN TOKE KECIL

Disini aku ingin berkongsi dengan kawan kawan satu cerita orang kita apa bila telah kaya maka besarlah kepala mereka,ini lah berlaku kepada aku apa bila membuat satu kesilapan yang kecil mengakibatkan seorang yang terasa dirinya bagus terus terduduk apa bila aku melepaskan kemarahan.
Bukannya ku ingin bersikap sombong dan bongkak tetapi aku cuma ingin mengingatkan kepada beliau bahawa hanya Allah sahaja yang layak memakai sikap sombong dang bongkak itu.
Beliau yang aku maksudkan ini adalah seorang toke kedai makan dihighway utara selatan berhampiran dengan tapah,beliau ini memang mempunyai sikap tidak puas hati kepada perkerjanya atau anak-anaknya.
Sikap beliau yang sering rasa tidak puas hati menyebabkan beliau sering bertukar perkerja disamping itu juga beliau sering membesarkan perkara yang remeh temeh yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara yang cukup mudah tetapi oleh kerana sikap egonya setebal 1001 inci maka terjadilah perkara yang seperti terjadi kepada aku dan mungkin beliau belum kenal dengan lebih dekat siapa aku maka beliau cuba menggunakan dasar tekanan yang sering dilakukan kepada perkerja-perkerjanya tetapi beliau silap kerana cuba menekan aku diatas satu kesalahan yang amat kecil dan boleh diselesaikan dengan mudah.
Begitulah sikap sombong dang bongkak seorang toke highway ,masakan nya taklah sesedap mana tetapi oleh kerana mereka rasa diri mereka terasa hebat maka iblis pun memainkan peranan untu menipu diri mereka sendiri.
Oleh kerana merasa tidak puas hati dengan mereka maka aku tidak mahu lagi menghantar santan kepada mereka dan bukannya aku menolak rezeki tetapi cara mereka itu seolah olah ingin memberitahu bahawa beliau tidak mahu mengambil santan lagi dengan aku,aku sedar diatas peristiwa tersebut dan menganggap apa yang berlaku ada hikmahnya dan mungkin Allah ingin menyuruh aku menyedarkan beliau dari dibuai mimpi kesombongan.
Amat berbeza sekali dengan mereka yang berniaga ditepi-tepi jalan lama kedai kedai mereka tidaklah sehebat didalam highway tetapi mereka tidaklah sengkuh toke toke didalam highway,mereklebih bertolak asur dan bersederhana itulah perbezaan diantara toke besar dan toke kecil.

Jumaat, 25 Jun 2010

SURAU DAN JAWATAN

Apa sudah jadi ni jawatan direbut kerja tak mahu buat,begini lah nasib surau dikampung aku pada dua tiga bulan yang lepas mesyuarat Agung bangang terpaksa dibatalkan akibat dari sikap sesetengah dari saudara-saudara bangang aku yang tergila-gilakan jawatan.
Apabila mesyuarat Agung yang kedua diadakan Pengerusi lama memberi laluan kepada saudara aku yang tegila-gilakan sangat jawatan pengerusi surau dan telah melantik lapan belas orang ahli jawatan kuasa yang baru.
Maka selesailah sudah perbalahan dan perebutan kuasa disurau Al Ikhlasiah maka aku yang tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut akibat tertidur telah datang makan jamuan yang disediakan pada petang hari tersebut.
Pada hari ini 25.06.2010 kesah baru telah muncul,aku telah diminta mengutip derma untuk satu majlis yang akan diadakan disurau tersebut dan yang menghairankan aku apakah tujuan lapan belas ahli jawatan kuasa surau yang telah dilantik apakah dan mengapakah mereka dilantik jika tidak mahu melakukan kerja untuk surau bukannya aku mahu berkira dengan amal kebajikan yang selalu aku lakukan tetapi sedikit rasa kecewa dengan sikap sesetengah dari kita yang sering lepas tangan apa bila sesuatu tanggung jawab yang telah diberikan kepada kita.
Adakah kita tahu apa itu tanggung jawab sebagai AJK surau.
Pertama, mengikhlaskan niat kerana Allah SWT. Apabila menjadi AJK betulkan niat, dan kehadiran ke surau sama ada untuk solat berjamaah atau mengimarahkan aktivitinya diniatkan kerana Allah, bukan datang kerana AJK.
Orang yang datang dengan sebab dia AJK saja, nanti kalau dia tidak lagi AJK, dia tidak akan datang lagi. AJK atau tidak, surau tetap kita datang dan kunjungi.
Kedua, menambahkan ilmu. Sama ada ilmu yang berkait tentang ibadah khusus seperti solat, al-Quran, ataupun yang berkait tentang pentadbiran. Ini termasuklah ilmu menjadi setiausaha, bendahari dan sebagainya yang mesti dipelajari dari semasa ke semasa.
Apabila AJK biasa boleh membaca al-Quran dengan baik, mengetahui peraturan solat, maka ia boleh menjadi imam tanpa menanti-nanti kehadiran ustaz yang diketahui banyak program dan jemputan di sana sini.
Ketiga, memberi contoh yang baik. AJK surau adalah daie iaitu pendakwah, dan mereka mesti lebih baik daripada jamaah yang lain dan mereka yang tidak hadir ke surau. Adab adab pergaulan dengan masyarakat mesti dijaga dengan baik supaya tidak menimbulkan fitnah.
Contoh paling dekat ialah, AJK surau adalah orang yang kerap dipanggil kenduri. Jadi mereka yang hadir kena mengetahui adab ketika berkunjung ke rumah orang, sama soal menjaga mata, makan, percakapan dan sebagainya.
Keempat, semua AJK hendaklah bersatu hati dalam melaksanakan program. Berlapang dada dengan cadangan dan teguran kawan-kawan, dan membantu syukbah atau biro lain apabila aktiviti diadakan.
Bersatu hati juga dengan maksud sedia mengambil berat tentang masalah sesama AJK dan jamaah, bukan menyusahkannya lagi. Ziarahi dan berbincang dengan cara yang terbaik, bukannya bertengkar dan bermasam muka apabila tidak sependapat.
Berlainan pendapat adalah warna warni dalam kehidupan, tetapi apabila keputusan diambil secara muafakat hendaklah diterima secara redha walaupun tidak menyebelahi kita.
Kelima, kreativiti AJK untuk merancakkan aktiviti surau. Matlamat kita ialah agar umat Islam di sekeliling surau hadir mengimarahkan surau. Jadi kreativiti perlu untuk menarik perhatian mereka sama ada kanak-kanak, remaja lelaki dan perempuan, para belia beliawanis dan orang dewasa.
Selain itu kreativiti pihak yang memegang kewangan seperti bendahari dan syukbah ekonomi untuk menjadi tabung surau – yang tiada kutipan tabung solat jumaat, bagaimana hendak merancakkan tabung agar aktiviti mudah berlangsung.
Ingat lah semua Ajk surau Al Ikhlasiah yang tercinta bahawa akan dipersoalkan kelak segala tanggung jawab yang telah diberikan.

Isnin, 21 Jun 2010

BIDOR AKU TETAP DISINI

Sudah hampir separuh umurku disini,pejam celik umur ku sudah mencecah 42 tahun...sudah tua rupanya aku ini.
Walaupun aku pernah merantau selama enam tahun diShah Alam tetapi hati aku tetap diBidor dan kini aku disini menjadi penunggu setia di tanah kelahiran ku ini.
Bidor setapak demi setapak aku melihat kemajuan bertali arus memasuki kedalam bumi mu ini walaupun sudah ramai yang telah keluar untuk merantau mencari rezeki namun itu tidak mengahalang untuk kamu dari terus maju,walaupun sudah hilang sedikit demi sedikit kerja sama diantara satu sama lain namun kemerihannya tetap ada terutama apa bila ada majlis perkahwinan atau kenduri kendara.
Disini buminya mungkin diberkati oleh Allah kerana ramai yang dapat mencari rezeki disini dan ini yang membezakan antara kita dan Israel,disini penduduknya sama sama berkongsi rezeki dibumi Allah,sebagai contoh diKg aku diKg Petalin Baru mungkin telah ramai orang luar yang menetap disini Bangladesh,Nepal,Indonesia dan berbagai bagai lagi bangsa yang lain tetapi mereka tetap menghormati cara hidup kita.
Disini ramai penduduknya yang telah berjaya dalam hidup ada yang menjadi perniaga.cikguberkerja dengan orang dan bermacam -macam lagi perkerjaan yang boleh menjamin masa depan yang lebih sempurna dan aku akan terus disini untuk meneruskan kehidupan yang diwariskan oleh datuk dan ibu bapa aku dan jika tidak ada orang-orang muda seperti aku ini untuk mewarisi tanah tumpah yang tercinta ini siapa kah yang akan menghantar setiap jenazah ketanah perkuburan dan aku tidak mahu tanah ini terlepas ketangan orang asing.
Mungkin ada diantara kita yang mempunyai rasa tidak puas hati diantara satu sama lain oleh kerana satu-satu sebab yang kita rasa apa lah yang hendak direbutkan sangat sehingga kita bermasam muka diantara satu sama lain sehingga ada yang rasa jauh hati dan merajuk tidak mahu lagi pulang kesini,dan aku rasa orang-orang seperti ini tertipu dengan perasaan sendiri dan ini adalah satu sifat yang keji kerana dia menyangka sikapnya itu betul.Untuk mengubati sikap Merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan.
Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa.,Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak.

Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang menyakiti hati kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita.
Oleh itu sebagai seorang manusia kita tidak akan dapat lari dari menerima setiap perubahan yang mendatang ...seperti aku ini aku akan terus disini melihat setiap perubahan dan ujian yang datang kepada aku dan aku berdoa semoga aku akan berubah seiring dengan kemajuan di Bidor.
BIDOR AKU AKAN TETAP BERSAMA MU DAN AKU AKAN BERSEMADI DIBUMI MU INI

Ahad, 20 Jun 2010

PERKAHWINAN ANAK SULUNG ABANG MAIL

arahan.......seorang ayah yang baru menerima menantu berbaju merah
pengantin diarak masuk oleh anak kecil
















Ahad, 13 Jun 2010

MAJLIS PERKAHWINAN HATTA

makan beradap dirumah pengantin perempuan





























MAKANAN UNTUK JAMUAN INI DISEDIAKAN OLEH ZAKI CATERING BIDOR PERAK
























Jumaat, 4 Jun 2010

MEMBLOG KEMBALI

Selamat sejatera kawan kawan di Blogspot,sudah lama aku tak menulis dalam blog ini..apa kabar semua diharap semuanya didalam keadaan sehat dan gembira ..aku sebenar nya melepak dalam Face book macam macam perkara ada disitu dari yang baik sehinggalah yang kurang baik.
Ini lah kehidupan dunia tampa sempadan didalam face book kita dapat berjumpa dengan kawan kawan yang sudah lama terputus hubungan,bertukar pendapat dan berpolitik.
Ada keburukan dan kebaikan dalam face book tapi gunakan lah untuk kebaikan.