Catatan Popular

Sabtu, 27 Februari 2010

KEKEJAMAN ALA YAHUDI

Zaman sudah berubah jangan kita ingat hanya Yahudi sahaja yang zalim kerana meyiksa dan membunuh rakyat Plasten dengan kejam diMalaysia kini pun sudah ada orang-orang yang membunuh dan melakukan kekejaman sama seperti Yahudi.
Ini lah yang tejadi pada seorang kanak-kanak kecil apa bila dipijak dan ditendang dihadapan orang dipadang bola,dan kepada ibu sikecil jangan ditangisi permergian dia kerana selalunya masyarakat kita memang begini kita sering melindungi orang yang kita sayang walau apa pun orang kita sayang itu lakukan dan jika perkara sebegini berlaku janganlah hendak menyesal kerana nasi sudah menjadi bubur bertaubat lah kepada Allah dan memohon ampun denganNya.

Selasa, 23 Februari 2010

JANJI ALLAH DAN JANJI MANUSIA



Aku menerima lagi komen dari kakak BULAN HIJAU mengenai perkampungan yang ingin dimajukan oleh kerajaan,beliau berkata perkampungan itu telah lama dirancang untuk dibangunkan sehingga Perak jatuh kepada pembangkang,dan berjaya dirampas semula dengan rakusnya oleh kerajaan tetapi masalah penduduknya tetap sama.
Apa yang diperkatakan oleh kakak bulan hijau itu ada benarnya perkampungan tersebut telah lama diteroka semenjak Matan Adun yang lama Datuk Azman Mahlan lagi pemasalahan seperti gearan tanah,elektrik,air dan jalan,tetapi kakak Bulan Hijau ini belum pernah atau tak ambik tahu atau tak tahu perkembangan perkampungan ini sekarang untu pengetahuan kakak Bulan Hijau bahawa perkampungan tersebut telah dibuat jalan tar dan air telah pun masuk.
Mungkin apa yang dijanjikan oleh kerajaan terhadap perkampungan ini agak lambat tetapi sekurang-kurangnya kerajaan telah mengambil satu pengajaran kejatuhan sementara Perak kepada pembangkang bahawa rakyat tidak lagi seperti dahulu yang senag-senang ditipu dengan janji manis apa bila musim mengundi tiba.
Janji tetap janji jangan hanya pandai membuat janji tetapi tidak ditepati ini adalah perbuatan orang-orang munafik,kepada kakak Bulan Hijau kita tunggu sahaja apa yng berlaku seterusnya terhadap perkampungan ini dan jika kerajaan gagal menkota apa yang dikata maka kita tunggu Pilihan Raya akan datang dan jika pembankang menang boleh ke pembangkang membangunkan perkampungan tersebut,dan bagi saya hanya janji Allah yang lebih betul dan tepat.

Isnin, 22 Februari 2010

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DICENDERIANG

Tetamu-temau Diraja turut hadir pada malam tersebut (gambar diatas ni aku ambil dari kawan aku yang mempunyai kemera berharga RM3000.00)mana la nak lawan dengan gambar yang aku ambil dibawah)
Oleh kerana kemera aku hanya berharga RM500 ini saja gambar yang dapat aku ambil dari jarak yang amat jauh dari pentas VIP








Penyambut-penyambut tetamu


























Cantik motor Polis tarfik yang baru





















Pentujukan Bunga api....cantik memang cantik duitnya pun cantik jugak











SELAMAT TAHUN BARU CINA 2010












Sabtu, 20 Februari 2010

AIR DENGAN MINYAK DAN AIR DENGAN SANTAN

Satu unsur yang sama bercampur dengan satu unsur yang berbeza,apa yang saya ingin tulis disini adalah percampuran yang boleh digunakan dan tidak boleh digunakan lansung,inilah yang akan berlaku jika Umno dengan Pas bergabung didalam arena politik.
Aku terangkan bagai mana Air dengan minyak dahulu,orang tua-tua berkata air dan minyak tidak boleh bercampur itu memang benar kerana jika air bercampur dengan minyak maka air tersebut terpaksa dibuang ini lah jika UMNO dan PAS bergabung didalam idologi politik yang berbeza,jika bergabung ia tak akan membawa apa-apa perubahan kerana masing-masing mempunyai pendapat dan cara.
Air dengan santan walaupun bercampur santan masih boleh digunakan,ini lah apa yang ingin aku terangkan bahawa jika UMNO dan PAS mempunyai idologi politik yang berbeza tetapi kedua-dua parti boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai perpaduan melayu yang semakin lama semakin berpeca,walaupun faedahnya sedikit tetapi berguna untuk semua bangsa MELAYU...

Jumaat, 19 Februari 2010

MAKAMAH,DATO SERI ANWAR,MOHD SAIFUL DAN UTUSAN MALAYSIA

Apa nak jadi ni..satu kes yang meleret-leret dan kadang kala jika difikirkan kes ini seolah-olah satu permainan politik kenapa perlu banyak sangat hakim dan makamah yang digunakan,kenapa tak diteruskan sahaja hingga kes ini selesai dengan baik dan yang menghairan kenapa Amerika dan Austarlia perlu campur tangan didalam kes ini adakah sekatan ekonomi akan terjadi jika Dato Seri Anwar didapati bersalah,jika diikut dari segi logik akal kenapa Dato Seri Anuar perlu meminta bantun dari negara luar zalim sangatkah kehakiman di negara ini atau hakim-hakim dinegara ini perlu belajar semula mengenai undng-undang dan adakah undang-undang negara luar lebih baik berbanding dinegara ini.
Jika dilihat didalam akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan setiap inci sudut dan ruang kes ini dan isu-isu lain akhbar utusan sering dicop sebagai akhbar UMNO dan sering dituduh membuat fitnah ini adalah kerana Utusan malaysia sentiasa menyiarkan berita-berita yang memburuk-burukkan pembangkang.
Walau apapun sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan Negara ini berharapa kepada semua pihak supaya bersatu hati menentang setiap campur tangan Negara luar terhadap Malaysia diatas dasar peribadi seseorang.

ANWAR DAN AMERIKA

Dato Seri Anwar Ibrahim dan Amerika tidak dapat dipisahkan walau dari sudut apa pun baik dari segi politik dan masalah peribadi beliau,kenapa beliau begitu bergantung dengan orang luar dan kenapa belau begitu tertekan adakah beliau memang melakukan perbuatan keji tersebut?.
Apa yang bagus pada Amerika itu..bagi saya Amerika tak ubah seperti DAJAL pembohong besar cakap berbelit-belit seperti ular,kes Israel bunuh dan sembelih warga Plasten pun tak dapat nak kawal ada hati nak mencampuri urusan negara orang.
Negara yang dikuasai secara kekerasan seperti Agafnistan dan Iraq menujukan bahawa Amerika memang ada agenda tertentu dengan bertopengkan keadilan sedunia,mereka ini memang pandai bermuka-muka musang berbulu ayam munafik dan hipokrit itulah perangai Amerika dan mereka akan menolong sesiapa sahaja yang inginkan bantuan asalkan mereka dapat apa yang mereka hendak.
Baru-baru ini 50 pengubal undang-undang meminta Austarlia meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan terhadap Dato Anwar,siapa mereka ini adil sangatkah kehakiman diNegara mereka hingga mereka mencampuri urusan kehakiman negara lain,rakyat sendiripun ada yang terpinggir dan melarat.
Begitulah sikap Amerika,dan mereka terlalu mengambil berat kes Dato Anwar adakah mereka ada agenda tertentu?.....tak siapa yang tahu dan apa bila rakyat mula merasa was-was dan kurang senang dengan campur tangan ini maka tanda-tanda PKR akan rebah akan menjadi kenyataan.

Khamis, 18 Februari 2010

ISU PERKAMPUNGAN MELAYU SIRI 2

Memohon semoga Allah,memberkati dan membantu pernacangan membina semuah perkampungan yang harmoni.





Ucapan Ketua Kg Simpang Tiga Cikgu Mansor,dalam ucapan beliau didalam majlis tersebut,beliau dberharap semoga masalah penduduk Kg dapat diselesaikan dengan cepat kerana sudah terlalu lama permasalahan penduduk Kg ini tampa jalan penyelesaian dan beliau berharap semoga Dato Samsudin dapat menyelesaian masalah mereka yang begitu mengharap permohonan geran akan dapat diselesaikan dengan segera.


Apa yang agaknya dibisikan oleh wakil kepada wakil rakyat bahagian Tapah



Ucapan dari Encik Samsudin Pengerusi Perkampungan Melayu



PERMOHONAN GERAN DITANAH DIKG MELAYIU BIDOR

Orang Kg.Melayu Bidor bergambar beramai-ramai bersama Dato Samsudin

Jamuan

Dato Samsudin sedang memberi ucapan dan penerangan kepada penduduk Kg. mengenai permasalahan mereka dan beliau akan berusaha menyelesaikan masalah penduduk Kg dengan secepat mungkin.bukan nak kata lah masalah Kg Melayu ni sudah lama berlarutan semenjak zaman Dato Azman Mahlan dan sekarang Kg tersebut sudah dimasukan air dan jalan,semoga impian penduduk Kg tersebut untuk mendapat geran dan kemudahan asas akan tercapai.





Penduduk Kampung yang menghadiri perjumpaan bersama Dato Samsudin lebih 50 orang yang menghadiri perjumpaan bersama Dato Samsudin dan wakil dari Jabatan Tanah dan dari TNB semoga apa yang dilaung laungkan oleh kerajaan akan menjadi kenyataan.


















Rumah-rumah yang sedang dibina,ada yang sudah siap ada yang separuh siap ada yang lansung tak siap-siap dan banyak rumah-rumah yang terbengkalai, mungkin tak cukup modal,diharap ujudnya satu perkampungan yang cantik dan tersusun diperkampungan ini.
















Rabu, 17 Februari 2010

PROGRAM PLKN DAN PENDUDUK KG

KETUA KG BARU SEDANG MEMBERI UCAPAN
ORANG KG YANG HADIR


PERKERJA KESIHATAN


AHLI PLKN








NIK AZIZ DAN LIM GUAN ENG

Lim Guan Eng ingin membatalkan perarakan dan Tok Guru Nik Aziz menyokong tindakan Lim Guan Eng,betul atau tiadak kenyataan kedua-dua pemimpin ini belum dapat dipastikan kerana mereka akan menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang ditulis didalam Utusan Malaysia yang mereka dakwa pembohong besar.
Walau apapun kenyataan dan dakwaaan kedua-dua pemimpin ini rakyat akan terus mengikuti dan meneliti setiap kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut jika benar perkara yang dinyatakan maka mereka harus meminta maaf kepada rakyat yang beragama Islam dan jadilah pemimpin yang benar-benar mengikut kehendak rakyat dan jangan salahkan orang lain jika Parti Rakyat akan hancur.
Kita harus meneliti dan menilai diri kita sendiri sebelum kita menilai orang lain,sebagai contoh ramai yang membantah tindakan Menteri Besar menganjurkan rumah terbuka sempena tahun Baru Cina dan beliau dikatakan mengelabah dan cuba menarik sokongan kaum Cina,dan kenapa Lim Guan Eng ingin membatalkan perarakan Maulidur Rasul Adakah beliau sudah mendapat sokongan yang penuh dari rakyat yang beragama Islam diNegara ini.

PEMBANGKANG DITAWAN FIRAUN KECIL?

Kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru didalam Utusan Malaysia bahawa pembangkang ditawan Firaun kecil daripada PKR,didalam kenyataan beliau bahawa mereka sedang merancang untuk memisahkan negara daripada kerangka perlembangaan yang ada sekarang,dan ini amat membimbangkan dan diantara kejayaan agenda mereka ialah pengenalan middle Malaysia dan pembatalan perarakan Maulidur Rasul diPulau Pinang.
Tapi apa yang nak dihairankan kerana ada sesetengah dari orang kita yang menyokong angenda tersebut maka kita juga harus dipersalahkah kan didalam hal ini.
Sesetengah dari kita hanya marahkan Barisan Nasional dan mereka tidak menghiraukan apa musibah yang akan menimpa kita jika kita terus berdiam diri dan terus membiarkan diri kita diperkotak katikan oleh orang yang cuba memecah belahkan kita.
Walau apa pun agenda mereka,mereka akan terus ditentang oleh orang-orang yang sayangkan Negara ini.

Ahad, 14 Februari 2010

IBUBAPA DERHAKA?

Kita selalu membicarakan kederhakan anak terhadap orang tuanya tapi jarang sekali kita bincangkan kederhakaan ibubapa terhadap anak-anaknya,jika diamati banyak tnggungjawab ibubapa terhadap anak-anaknya yang diabaikan.
Hakikatnya ibubpa itulah yang menderhakai anaknya,anak-anak mungkin gagal mengikut cakap kita tetapi mereka tidak mungkin gagl mengikut sikap kita jesteru cara mendidik anak-anak melaui sikap buln cakap.
Sudah banyak berlaku kes-kes ibubapa menderhakai anak-anak seprti rogol,bunuh dan mendera jika begini sikap kita terhadap anak-anak tidak hairanlah jika ada anak-anak yang meletakan ibubapa dirumah orang-orang tua atau membiarkan mereka bersendirian.
Baru-baru ini bayi dibakar, begitu kejam sekali siapakah mereka ini yang sanggup membunuh anak sendiri dan ada yang sanggup menjadikan anak sebagai pemuas nafsu.
Amaran untuk ibubapa....
  • Ibn Umar berkata bahawa Rasullullah bersabda yang bermaksud siapa yang mengabaikan anaknya dan mencelanya didunia ini,maka Allah akan membongkar cacat celanya pada hari kiamat dihadapan para saksi sebagai blasan yang setimpal.

BALIK KAMPUNG






















Sabtu, 13 Februari 2010

MALAM TAHUN BARU CINA







Beginilah suasana malam pada Tahun Baru Cina dan adakah suasana begini akan kekal selama-lamanya,harap-harap begitulah negara yang aman membolehkan rakyat menyambut perayaan masing-masing .



KILINIK KESIHATAN KECIL KG POH

Klnik kesihatan kecil Kg Poh yang hampir siap

Jumaat, 12 Februari 2010

KAPAL SELAM OH KAPAL SELAM

Tak habis lagi kes enjin jet yang hilang timbul pula isu kapal selam yang tidak boleh menyelam,apa hal pula kapal selam tersbut tidak boleh menyelam adakah kita telah membeli kapal selam lama yang harganya boleh membuatkan seluruh rakyat Malaysia tiada yang miskin.
Kapal selam pertama Malaysia yang canggih yang dilengkapi oleh sehingga 18 torpedo boleh melancarkan anti kapal selam merupakan kapal selam termoden dan tercanggih didunia buat masa ini,dan bisalah benda baharu tiada yang sempurna tetapi jangan lah baru beli sudah ada kerosakan kita bukan membeli barang lama atau pun bahasa kasarnya besi buruk,tidakkah kita memeriksa terlebih dahulu sebelum dibawa pulang.
Isu injin jet,rahsia pertahanan negara dijual dinegara luar dan isu kapal selam yang tidak boleh tenggelam,isu isu ini yang tak sepatutnya berlaku disebuah negara yang makin maju dan inginkan pertahanan yang moden.
Didalam kekalutan politik negara yang sudah semakin huru-hara isu-isu sebegini sering sahaja menjadi modal untuk menghentam sesama sendiri dan rakyat yang menjadi mangsa setiap pergaduhan ahli politik,sekarang timbul pula isu perarakan Maulidur Rasul dibatalkan inilah isu isu yang akan terus ditekan kepada rakyat dan boleh menimbulkan kemarahan rakyat,adakh ini menguntungkan ahli politik atau rakyat?.
Didalam zaman Dr Mahatir yang dikataka kuku besi rakyat masih boleh melakukan apa sahaja jika tidak menyalahi undang-undang,apabila beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri maka timbul pula perkara-perkara yang mengharu birukan Negara dan kini ada yang sudah ada yang cuba bermain dengan api.
Apa apa pun dingatkan kepada semua ahli politik jangan sekali-kali memperbodoh-bodohkan rakyat dan menaikan kemarahan rakyat kerana kuasa ahli politik terletak ditangan rakyat,dan jangan sekali-kali menggunakan kuasa dan wang untuk kepentingan diri.

POLITIK YANG KACAU

Shah Alam 12.02.2010 kira-kira 1000 orang ahli UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abd Khalid Ibrahim menerima semula cek yang bernilai RM5.46 juta bagi membayar cukai tertunnggak milik yayasan basmi kemiskinan(YBK).
( petikan dari utusan Malaysia)
Pelik ye kenapa Menteri Besar Selangor tidak mahu menerima wang tersebut?,sehinggakan ahli UMNO dan NGO sanggup membut memorandum mendesak Menteri Besar Selangor menerima semula cek yang bernilai RM5.46 juta,adakah beliu was-was dari mana datangnya wang tersebut ataupun beliau ada agenda-agenda nya tersendiri.

Khamis, 11 Februari 2010

AJARAN SESAT

Dunia sudah semakin hampir kepada penghujungnya,ini kerana sudah banyak dajal kecil yang muncul didunia ini,didalam metro hari ini tersiar satu berita tertangkapnya seorang lelaki yang kononnya boleh melihat Nabi Adam dan mendakwa 20 bilion pembantu telah diberi oleh Allah dan Nabi Muhammad telah memberi 550 trilion pembantu dan beliau hanya mampu ,menerima 20 trilion sahaja,pembantu...kira hebat lah lelaki tersebut kerana mempunyai pembantu yang banyak.
Kenapa ajaran sesat semakin banyak sekarang dan kenapa orang yang mengikuti ajaran tersebut boleh terpengaruh dengan segala bentuk ajaran yang terang terang salah.
Apa sebenarnya yang kita cari didunia ini ,mungkin mereka-mereka yang terpengaruh dengan ajaran tersebut ingin mencari ilmu mengenal Allah tetapi telah berjumpa dengan guru yang menyesatkan.
Kita ini ibarat layang -layang dan iman ibarat talinya Allah ibarat sipemegang dan angin kencang adalah godaan dunia jika tali layang-layang putus maka melayang layang kesana kemari ditiup angin kencang maka robek lah layang-lanyang danhacur berkecai.
Itulah ibarat kita dengan Allah jika terputus iman dengan Allah maka kita akan diperkuda oleh syaitan maka dineraka lah tempat orang-orang yang sesat bersemadi.
Apa bila kita dikuasai oleh syaitan maka kita akan menjadi hamba syaitan dan kita sepatutnya kita menjadi hamba Allah.

Rabu, 10 Februari 2010

MOHD SAIFUL DIANCAM BUNUH

Macam macam hal orang kita ni,sudahlah berani membunuh ibubapa adik beradik dan sekarang sanggup mengugut untuk membunuh kerana seseorang ,aku nak tanyalah kepada orang yang mengugut Mohd Saiful itu, jika terjadi sesuatu perkara yang tidak baik terhadap Mohd Saiful maka dialah akan dipersalahkan walaupun bukan beliau yang melakukan.
Aku bukannya ingin menunjuk pandai, walaupun kita ini terlampau fanatik terhadap seseorang janganlah sampai merosakkan diri sendiri.
Kita ini mempunyai otak yang bagus berbanding dari otak haiwan dan janganlah kita salah gunakan otak kita itu,alangkah ruginya kita jika menggunakan otak kita pada jalan yang salah kerana ia akan membinasakan diri kita sendiri.
Negara kita ada undang-undang walaupun ada sesetenggah kita tidak mempercayai sistem kehakiman diMalaysia ini namun kita masih mempunyai sistem kehakiman YANG MAHA ADIL maka tak perlulah kita mengikut kata hati.
Didalam Negara yang pesat membangun masih ada lagi manusia yang masih tidak mahu menggunakan akal yang amat sempurna pemberian dari ALLAH

Utusan Malaysia Online - Politik

Utusan Malaysia Online - Politik

Selasa, 9 Februari 2010

TIDAK FAHAM POLITIK ATAU TIDAK DAPAT MENERIMA KENYATAAN

Apa yang aku ingin tulis disini bukannya ingin memanaskan lagi keadaan tetapi ingin menjawab komen dari seorang kakak yang benderanya berbulan hijau,mungkin kerana kakak ni seorang yang penting didalam parti bulan hijaunya maka dia melihat aku sebagai budak hingusan dalam arena politik sekarang.
Dalam politik yang makin kalut ini ada segelintir dari mereka yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa PARTI RAKYAT yang sebenarnya bukan membela nasib rakyat tetapi hanya ingin meluahkan rasa tidak puas hati dikalangan mereka dan oleh sebab itu ada sebahagian ahli parti mula rasa tercabar apabila prinsip mereka yang dilaung-laungkan selama hari ini dipertikaikan oleh orang lain.
Didalam Parti Rakyat mungkin ada segelintir diantara mereka yang betul-betul ingin memperjuangkan nasib rakyat ada yang hanya ingin berkuasa.
Dalam politik memang ada segelintir yang serupa macam kakak bulan hijau yang aku sebutkan tadi tidak berfikiran terbuka terlampau jumud dengan perinsip politiknya dan hanya membiarkan kepincangan didalam parti politik yang disertainya dan membiarkan dirinya diketuk oleh sekutu-sekutu yang hanya ingin menjadikan parti yang disertainya hanya sebagi sebagai batu loncatan oleh sekutunya,mana taknya dahulu ada seorang Adun yang pada satu masa dahulu amat menetang mengenai negara Islam diMalaysia tetapi apa bila bergabung mereka sebuk mencari ayat-ayat Al Quraan untuk dijadikan bahan politiknya.
Faham atau tidaknya aku didalam politik diMalaysia ini adalah terletak pada orang yang macam kakak bulan hijau tesebut,yang sentiasa rasa berpuas hati apa yang pucuk pimpinan parti yang disertainya memberi arahan dan menutup mata setiap apa yang berlaku,dan terus mencari setiap kesalahan pihak lawan.
Untuk kakak bulan hijau nasihat saya supaya kakak bukak mata dan minda selamat berjaya dalam perjuangan.
ALLAH HU AKHBAR

YA TUHAN KURASA,KUDENGAR KULIHAT PADA MU

Kala sumber cahaya memancarkan sinarnya...
di ufuk
Ketika mata terbuka kedua kelopaknya...
dari lelapnya tidur
Berdengung dalam pendengaran...
suara kehidupan
Berdengung duka,raung petaka...
manusia-manusia
Dikala tumbuh...
rekah kembang diatas dahan
pembuka masuknya cahaya..
tumbuhlah buah ranum yang segar

Ketika kupu-kupu berterbangan..
lincah menari keliling ranting
terus keliling..
lapangan dan dusun dan setiap kembang

Dikala biri-biri lepas dari ikatan...
mencari rumput sambil belari riang
Debu mengepul sambil diserakkan
hamparan emas ditenun diatas lapangan
baginya air mata...ufuk
...permadani..

Nafas kembang...hembusan semerbak wangi
ketika mata menatap gununginggi
tinggi,enggan kemewahan dunia
telanjang...zuhud saling menjawab hembusan angin
...sahaja
diulang di mulut angkasa...gema
Tidak kenal diam tidak pula reda
ketika hati riang menari
...ria gembira
menggema,gema perasaan

Linangan air mata,berderai dalam kelopak
terhadap hal ehwal...
seksa dan nyata yang mempesona
ketika malam menuangkan apinya
atas tepi-tepi mendung yang halus
pelahan-lahan
Dengan suara parau terbenam
...bercampur tari

Burung-Burung dengan sayap berkembang
...pengiring mempelai
Angin yang lembut dalam ufuk
...perlahan
Dan ketika malam mempesona kejadian
memeluk tidur sedikit demi sedikit

bermalam kejadian dan fikiran
Semua,semua menerangkan wujudMu
satu persatu,macam demi macam
sesuatu...sesuatu





MENEGAKKAN KEBENARAN& BERANI KERANA BENAR

Setelah beberapa lama memerintah Pulau Pinang kini Parti Rakyat yang dibangga-banggakan oleh sebilangan rakyat Malaysia kini mengalami masalah dalaman.
DAP telah menunjukan siapa mereka yang sebenarnya,oleh kerana ingin berkuasa kita orang-orang melayu menutup mata setiap gelagat dan perbuatan mereka (DAP) sehinggalah ada seorang yang bangun dan berdiri menetang setiap apa yang DAP lakukan beliau adalah Ahli Parlimen Kulim En Zulkifili Nordin dari Parti Keadilan rakyat.
Shabas dan tahniah aku ucapkan kepada beliau kerana bangun dan bersuara dan berkata Parti Rakyat tak memerlukan DAP.
Kenyataan beliau yang lantang dan berani didalam soal jawab tv3 hari isnin pukul 10.malam membuatkan kita terbuka mata bahawa kita sebenarnya sedang berkawan dengan seekor harimau yang sedang lapar,yang sebenarnya dari dahulu kita dipermain mainkan tetapi kita sebagai seorang melayu memang kita mempunyai sifat yang suka bertolak ansur dan mengikut sahaja siapa yang berkuasa dan ini lah kita.
Menurut beliau perbezaan perbezaan ideologi mula dikesan ia dikesan selepas keputusan pilihanraya yang ke12 pada 2008,bagi rakyat yang mahukan perubahan amat gembira dengn kemenagan Parti rayat pada pilihan raya 2008 tetapi kegembiraan itu hanya sementara kerana apa yang dilaung- laungkn oleh ketiga-tiga Parti rakyat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang adil, saksama dan demokratik dan bersatu padu tingal kenangan kerana bukan rakyat yang tidak bersatu padu tetapi ahli politiknya yang berpecah belah.
Setelah melihat senario yang amat membimbangkan ini eloklah matan menteri besar Perak Datuk Seri Nizar harus mencontohi prinsip yang dipegang oleh En.Zulkifli Nordin jangan mengikut sahaja telunjuk DAP,Datuk harus bersikap tegas dalam apa juga hal jangan hanya ingin berkuasa DATUK HANYA MENGIKUT SAHAJA APA KEHENDAK DAP.
Ingat bahawa bahawa kita merancang Allah pun merancang dan rancangan Allah yang lebih betul(kata kata ini aku ambil dari seorang sahabat),kenapa PERAK jatuh ketangan Barisan Nasional semula ini adalah disebabkan jika ada salah satu parti yang mereka rasa mereka lah yang terbaik dan parti lain tidak boleh bergerak tampa usaha mereka.
Kata-kata Zulkifli Nordin bahawa Parti rakyat tidak memerlukan lansung DAP dan PR perlu bertegas dalam menerus pimpinan agenda dan keadaan menjadi lebih kritikal apabila PKR mula bersuara mengenai kempimpinan DAP.
Bukan semua wakil-wakil rakyat didalam DAP yang tidak bagus ada juga yang mnempunyai cara kepimpinan yang bagus,oleh sebab ada segelintir yang cuba menjadi seperti helang maka DAP kini bakal menerima tentangan yang hebat dari kawan-kawannya sendiri.
Shabas En.Zulkifli Nordin semoga perjuangan anda diberkati Allah,kalau beliau yang menjadi Menteri Besar Perak mahu panas punggung Adun DAP.

Ahad, 7 Februari 2010

KELETAH MOHD SHAMI

Mohd Shami menaiki kereta untuk pulang ke Kuala Lumpur
Berginilah telatahnya apa bila sudah pandai berjalan














Sabtu, 6 Februari 2010

MEMANG MACAM SETAN

Sungguh malang nasib seorang gadis yang dirogol oleh tiga orang yang telah dikuasai oleh nafsu,sudah lah diperkosa aksi rogol pula dirakam,tetapi peristiwa tersebut berlaku oktober tahun lalu dan kenapa setelah lima bulan berlalu gadis tersebut tidak membuat lapuran polis bahawa dia dirogol dan kenapa aksinya dirogol tersebar ditalifon bimbit beliau masih belum mahu membuat lapuran polis.
Apa yang peliknya keluarga gadis tersebut juga tidak mahu membuat lapuran polis kononnya malu,nasib baik mak bapak gadis ini sahaja yang mempunyai sikap yang begitu kalaulah satu Malaysia mempunyai mak bapak yang sebegini maka gelak besarlah semua perogol-perogol dan bermaharaja lela lah mereka.
Ada kemungkinan salah seorang perogol mempunyai pertalian yang rapat dengan keluarga gadis tersebut,untuk mengelak maruah mereka tercemar maka mereka terpaksa mendiamkan diri.
Orang yang tidak tahu apa itu undang-undang mereka akan membiarkan maruah mereka tercemar dan mereka sanggup mendiamkan diri dari membuat sesuatu.
Walau apa pun jika kita tidak mempunyai keimanan yang kuat dan tidak mengikut hukum Islam dan menjauhkan diri dari Al-Quraan dan Hadis maka kes kes sebegini akan trus berulang dan berulang.

Jumaat, 5 Februari 2010

MASJID JAMEK BIDOR

Bahagian hadapan Masjid yang dalam proses pebinaan semula Bahagian belangkang sudah didirikan bangunan baru