Catatan Popular

Ahad, 31 Januari 2010

WASIAT TERAKHIR

SABDA RASULULLAH S.A.W YANG BERMAKSUD



Wahai manusia sila dengar apa yang aku perkatakan ini,aku tidak tahu apakah akan dapat lagi aku bersama kamu lagi selepas ini,ditempat ini ,selepas tahun ini selamanya.

Sesungguhnya darah ,kamu harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara (diharamkan untuk sesiapapun daripada mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ini,bulan ini dan bandar ini (Mekah dan sekitarnya).

Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya,ingatlah segala amalan zaman jahiliah telah berada dibawah tapak kaki ku (telah dihapuskan).

Tuntutan hutang darah pada zaman jahiliah (sebelum Islam ) telah diampunkan,tuntutan darah pertama telah aku batalkan ialah darah Ibn Rabi'ah bin Al-Harith yang disusukan oleh Bani Saad telah dibunuh oleh Huzail

Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhan.

Wahai manusia Takutlah Allah s.w.t. dalam urusan berkaitan dengan wanita sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah dari Allah s.w.t. dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah,wajib keatas mereka keatas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri dari melakukan perbuatan buruk,jika mereka melakukannya maka kamu berhak untuk menghukum merekatetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan jika isteri-isteri kamu setia dan jujur wajib bagi kamu menjaga makan dan pakai mereka dengan baik.


Semua orang Muslim adalah besaudara oleh itu tidak halal bagi seorang Muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran dari tuannya.

Janganlah kamu menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain,aku telah tinggalkan kepada kamu panduan jika kamu berpegang kepadanya dan ajarannya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya itulah kitab Allah dan sunah Nabi Nya
Wahai manusia sesungguhnya tidak ada Nabi selepas aku dan tiada lagi umat selepas kamu maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah s.w.t. Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu,berpuasa pada bulan Ramadan dan mengeluarkan zakat harta mu dengan penuh kerelaan,kerjakanlah haji kerumah suci Tuhan mu (kaabah) dan dengan itu kamu bakal menghuni syurga Tuhan mu.
Tuhan kamu adalah Esa datuk kamu pula satu kamu semua berasal daripada Adam dan Adam berasal dari tanah orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang paling bertakwa kepada Allah s.w.t. tiada kelebihan bagi bangsa Arab atau bangsa lain kecuali dengan takwa.
Allah s.w.t. telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga simati oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada ahli waris penerima pusaka,sesungguhnya laknat Allah keatas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan kepada anaknya yang sebenar juga akan menerima laknat para malaikat dan seluruh manusia.
Kemudian kamu semua bakal ditanya tentang diriku maka apakah yang bakal kamu perkatakan ?kami menjawab "kami bersaksi bahawasanya tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalah mu".
Lantas Banginda s.a.w.mengangkat tangannya kelangit seraya menurunkannya kepada arah orang ramai lalu berkata sebanyak tiga kali (yang bermaksud) YA ALLAH SAKSIKANLAH

Selasa, 26 Januari 2010

SATU CERITA DILEBUH RAYA



Ini kesah disatu petang 25.01.2010 kira -kira pukul 6.30 petang aku baru sahaja menghantar santan diR&R Tapah,apa bila aku masuk ke lebuh raya aku terlihat seorang wanita sedang belari mengejar sebuah bas yang bergerak laju meninggalkan dia nasib baiklah ketika itu ada sebuah kereta polis berhenti dan membawa wanita tersebut lalu mengejar bas yang meninggalkan dia dilebuh raya,bayangkan lah jika kereta polis tersebut tidak ada pada ketika itu susah jugaklah untuk wanita itu meminta tolong.

Dalam hal ini siapakah yang harus dipersalahkan wanita itu atau pemandu bas?,bagi aku kedua duanya bersalah, salahnya wanita tersebut kerana tidak menepati masa yang telah ditetapkan untuk berehat dan pemandu bas pula tidak memeriksa terlebih dahulu penumpang yang belum masuk dalam bas,apa apa pun ia akan menjadi satu pengajaran bagi wanita tersebut agar lebih berhati hati.

Ini pula kesah aku pada petang yang sama diTol Bidor,hendak dijadikan cerita yang menyebabkan muka aku pucat sekejap he he apa bila sampai keTol Bidor aku lihat JPJ sedang membuat sekatan jalan raya,aku pada ketika itu tiada membawa IC,LESEN serta ROD TAX motor ,terkedu sekejap aku,tetapi Alhamdulillah mereka tidak menahan aku dan pengajaran bagi aku pada hari ini jangan sekali kali terlupa membawa segala perkara yang penting apa bila kita kelur dari rumah.

Sabtu, 23 Januari 2010

PERBINCANGAN AHLI KARIAH SURAU AL AKHLASIAH

Malam 23 haribulan,perbincangan aktiviti surau dijalankan,Pengerusi surau sedang menyampaikan kata kata aluan kepada jemaah yang hadir,dan aku ingatkan dengan cara Tuan Pengerusi menyampaikan ucapan segala kekecohan dalam mesyuarat bangang sudah selesai dan tiada siapa lagi yang akan menimbulkan lagi cerita cerita yang menghangatkan suasana yang aman damai.

Tak kusangka ada satu suara sumbang yang membuat aku menjadi kurang ajar,tak kusangka suara sumbang itu membangkitkan kembali mengenai mesyuarat bangang dan bengap yang telah dibatalkan,aku yang sudah lama menyimpan segala kata kata yang kurang ajar telah meluahkan segala apa yang telah tersimpan didalam hati aku.

Pelik betul aku apalah yang hendak direbutkan sangat surau yang sudah kurang jemaah nya,banyak sangatkah pendapatan surau sampai ada lagi rasa tak puas hati,sudah lah jemaahnya semakin lama semakin kurang ada yang jarang jarang datang sembahyang ada hati ingin memegang jawatan dalam surau dan ada pula yang memepertikaikan hanya AJK surau sahaja yang boleh membincang mengenai segala aktiviti surau sedangkan AJK yang hadir dua tiga orang sahaja.
Memang malam 23hb adalah malam yang menjadikan aku sedar bahawa semakin kita meningkat dewasa semakin banyak tanggung jawab yang harus dipikul kepada Agama kepada masyarakat dan kepada negara tak perlulah kita memegang satu satu jawatan kerana Allah lah yang menilai setiap apa yang kita perbuat.



Tetapi yang menghairankan aku ada para jemaah yang amat suka sembang belakang-belakang tidak hadir pada malam tersebut,sedangkan merekalah yang pada satu masa beriya riya untuk melantik jawatan kuasa baru,dan ada yang macam lalang ditiup angin,entah lah macam macam lagi macam manalah hendak mengimarahkan surau sedangkan orang yang didalam surau sendiri hendak merobohkan surau tersebut.

Kalau hendak dikenangkan telah ramai orang yang memberi sedekah jariah berupa wang ringgit dan tenaga ada yang sanggup mencuci dinding surau ,membersihkan halaman surau tampa meminta apa apa imbuhan berupa wang atau pun jawatan kerana pada fikiran mereka mereka adalah hamba Allah dan sudah menjadi kewajibpan bagi mereka membersih rumah Allah takan hendak suruh Allah yang cuci fikir fikirkan lah.


“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) Dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah Engkau menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Segala Ibadat dan bawaanmu kepadaNya”“Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah Segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik Yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang Yang tidak melakukan syirik) tentang apa Yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).”Surah Az Zumar ayat 2 & 3


Suatu kata yang hanya diri mengetahui, menagap perlu ditanya atau dipersoalkan? Selain itu, keikhlasan yang dari hati akan tampak melalui tampilan wajah mahupun perbuatan.Sebagai contoh keikhlasan yang dapat dipersembahkan seperti seseorang yang memberi sesuatu atau membantu dalam sesuatu hal, orang yang membantu itu tidak akan menyebut apa yang telah diberi atau dibantunya. Apabalia bersedeqah atau menderma, tidak menyebut-nyebut akan apa yang dah diberinya.Namun realiti kini, letaknya keikhlasan sudah jauh dari kehendak yang digariskan dalam Al Quran. Kerana dalam tika memberi, mereka tanpa sedar mengungkapkan “saya ikhlas tolong awak” apakah hal ini wajar diluahkan.
Sewajarnya tidak,biarlah dirinya yang ikhlas dan Maha Pencipta sahaja yang tahu.Sebagaimana orang yang mederma atau bersedeqah yang ana bawakan ceritanya tadi, sebolehnya tangan kanan yang memberi, tangan yang satu lagi tidak mengetahui. Ini tidak, apabila nak mederma beratus, beribu atau lebih dari itu, dengan megahnya mewar-warkan satu negara. Untuk apa semua itu?Memang pelik kalau diperhati dan difikiri, dah menderma, mempamerkan pula ke serata.
Jadi, tangan kanan memberi tangan kiri pun mengetahui..di aman kita letakkan keikhlasan yang Allah sarankan dalam ayat 2 dan 3 Surah Az Zumar ini?Antara lain, kalau sesuatu yang dilaksanakan dengan ikhlas, insya`allah segalanya akan dipermudahkan. Selain itu, apabila ikhlas dalam melaksanakan sesuatu, dengan izin ALLAH segala yang dilaksanakan akan mendapat keberkatan dan keredhaanNYA ddi samping mendapat balasan pahala.Beserta niat utama kerana ALLAH, tentu kita akan membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh semampunya.
Pernah tak kalau nak berbuat yang tidak baik, diniatkan kerana ALLAH dan ikhlas?... jawapannya ada pada diri anda! Jawapan bagi aku, TIDAK.Apabila nak buat kejahatan, seseorang takkan niatkan kerana ALLAH. kerana perkara dah jahat dan ALLAH tak redha, maka outomatik hati ini tidak akan terungkap kerana ALLAH. percaya atau tidak, tanya kembali diri anda.
Selain niat kerana ALLAH, ikhlas, ALLAH menyarankan hambanya sentiasa beribadat dalam keadaan yang bersih dan sempurna. Maksudnya di sini, sesuatu kerja yang diniatkan kerana ALLAH dan ikhlas maka akan dikira ibadah. Ibadah juga terbahagi kepada dua iaitu ibadah umum dan ibadah khusus.
Berkisah tentang ibadah umum dan ibadah khusus ini, ana teringat sewaktu ustazah yang mengajar Pendidikan Islam saat di awal sekolah menengah ( tingkatan 1). Ustazah mengatakan “ibadah khusus adalah ibadah yang diperintahkan dan wajib setiap yang beragama Islam melaksanakannya” keterangan ringkasnya ialah Fardhu Ain. Segala yang ALLAH suruh laksanakan itu adalah ibadah khusus.Kata ustazah, “ibadah umum itu adalah sesuatu yang kita kerjakan yang baik, kerana ALLAH dan ikhlas” tak kira apa kerja yang kita lakukan, segalanya ibadah.
Tapi bukan yang tak baik ya. Yang baik sahaja.“Moga ALLAH mengampuni, dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa-dosa orang yang telah mengajar kebaikan padaku, dosa jiran-jiranku, dosa sahabat-sahabatku, dosa saudara-saudara seAqidahku, dosa muslimin dan muslimat yang di dunia mahupun akhirat, redhailah setiap perjalanan kehidupanku, kehidupan pejuang-pejuang AgamaMU ya ALLAH. Rahmati dan berkatilah kami. Tetapkanlah iman dan Aqidah kami. Aminn Ya Rabbal `alamin.”Betapa kita banyak berbuat dosa tanpa sedar...Sahabat, teman, rakan dan taulanSedarkanlah aku saat aku alpaSentakkanlah aku tika aku khilafJagakanlah aku waktu aku lenaPimpinlah aku ke arah yang ALLAH redhaBersamalah kita berjuangMenegakkan yang Ma`rufMenghapus yang mungkarMoga aku, kita kan seiringanDalam membela kebenaranWalau taruhannya nyawaIngatlah janji-janji ALLAHItulah sebenar-benar janji yang akan dikota.
















































































































SULTAN JOHOR MANGKAT



Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Setiap yang hidup pasti merasai mati semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Banginda dan ditempatkan disisi orang-orang yang soleh.

Rabu, 20 Januari 2010

MELAYU AKAN PUPUS 50 TAHUN LAGI

Saya amat tetarik satu artikel dalam mastika keluaran bualan Febuari yang bertajuk melayu akan pupus 50 tahun lagi,pandangan tersebut diluahkan oleh Cikgu Azmi pengerusi TERAS ( PERTUBUHAN PENGUPAYAAN MELAYU) dia berkata bahawa apa nasib bangsa melayu yang pernah dijulang tinggi oleh masyarakat dunia suatu ketika dulu?MELAYU AKAN PUPUS TEGASNYA,apakah akan terjadi kepada bangsa melayu sesudah mengecapi kemerdekaan 52 tahun dan gejala-gejala sosial yang semakin teruk menular adalah antara contoh penyumbang spesies kepupusan bangsa melayu dan dia menjangkakan bangsa melayu akan pupus 50 tahun lagi.

Beliau berkata secara zahirnya orang melayu itu masih ujud,tetapi kepupusan bangsa melayu itu adalah disebabkan bangsa melayu sudah tidak ada keyakinan untuk ujud sendiri,adat resamnya tidak dihayati, menjadi pemeran dan menjadi produk pelancongan.

Satu lagi contoh yang menyebabkan melayu akan pupus adalah tulisan jawi tidak dipopular semula kepada bangsanya maka tulisan jawi akan pupus dengan sendirinya,melayu bukan pupus secara fizikal tetapi pada wataknya,sifatnya,bangsanya maka dengan sendiri bangsa melayu itu kan pupus.

Kesedaran dan perubahan perlu ada pada setiap bangsa melayu itu sendiri,orang melayu perlu menghayati erti kemerdekaan selama 53 tahun yang dikecapi oleh orang melayu.kita perlu memahami dan menjiwai arti kemerdekaan walaupun tak sempurna kemerdekaan kita dan andai kat kita tidak berubah 50 tahun mendatang adalah fasa yang menentukan hidup dan mati orang melayu.

Orang melayu sedang teraba raba,sesungguh pun setiap orang melayu itu sedar dimana yang tidak kena kepimpinan atau sikap orang melayu itu sendiri,walaupun bangsa melayu itu sendiri banyak peluang dan bantuan pelbagai agensi seperti MARA,UDA,RISDA,FELDA dan pelbagai lagi agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang membantu orang melayu tetapi masyarakat melayu tetap tidak mahu berubah yang makin nampak gahnya adalah intitusi itu pula.

Dibahagian kepimpinan pula perlu ada politik yang jujur tidak kira disebelah pihak mana pun kerana kejujuran politik itu dapat memperhalusi segala dasar kepimpinan dan disalurkan dengan baik dan diceranakan oleh orang melayu,malangnya ia tidak berlaku lalu dalam organasasi itu ujud kronisme,nepotisme,favouritisme dan kekalutan,perebutan jawatan dan akhirnya penerimaan bantuan pasif (orang-orang melayu) tidak memperolehi manafaatnya dengan berkesan.

Andai kejujuran politik diterima dan diprektikkan maka sesuatu yang baik akan berlaku,dia juga mengingatkan kata kata pahlawan lagenda Hang Tuah "TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"itu membawa mesej penting untuk orang melayu iaitu melayu akan hilang dan perkataan hilang mengambarkan bahawa melayu akan hilang andai tidak berusaha untuk mengekalkan nya

Ahad, 17 Januari 2010

MENGIMARAHKAN SURAU

Teringat kata kata seorang imam disurau yang diberi nama surau Al Iklasiah,kata kata nya memang bernas dan boleh dipakai nasihatnya,tetapi jika orang yang memang sentiasa berada didalam surau itu sendiri tidak mahu mengimarahkan dahulu surau tersebut tiada guna nya.
Selepas sahaja bersembahyang mereka duduk bersembang bercerita hal politik dan isu semasa,dan ini akan memperlihatkan satu contoh yang tidak baik untuk jenerasi muda.
surau harus melakukan anjakan paradigma dan minda serta membuka ruang perbincangan untuk menjadikan surau sebagai sebahagian daripada pusat latihan dan tarbiah remaja serta belia.
Mereka harus memahami keperluan untuk mewujudkan ruang yang lebih terbuka khususnya dalam menyediakan pengisian untuk anak-anak muda disurau,maka sudah pasti keterbukaan ini memerlukan lebih ramai lagi ahli jawatankuasa surau di lantik dari kalangan pemuda dan remaja bagi memudahkan penyaluran idea dan maklumat.
pengisian ilmu yang sesuai dengan belia dan remaja, dicadangkan dilaksanakan pengisian mingguan secara ringkas tetapi berterusan di Ini selaras dengan melalui slot Latihan Dalam Kumpulan, tayangan multimedia mahupun ceramah interaktif.

Itulah yang lebih penting dari kita merebut jawatan yang akan memecah belahkan masyarakat,jangan melakukan sesuatu perkara kerana ingin menunjuk nunjuk,kerana Allah amat mengetahui apa yang kamu perbuat.

Sabtu, 16 Januari 2010

GERHANA MATAHARI






Inilah gambar gerhana matahari yang aku ambl pada 15 januari,gambarnya tidaklah sehebat gambar dari lensa kemera seorang pro.tapi nampak lah bayangan bulan menutup matahari,oleh kerana awan mendung menghalang aku tidak dapat melihat sepenuhnya.

Pada hari tersebut solat sunat gerhana matahari diadakan disurau-surau,dan aku teringat semasa kata kata Ustaz Ayob semasa dia membaca khutbah dia mengingatkan bahawa dunia ini sudah semakin tua dan sebagai seorang manusia kita harus bersiap sedia.

Tetapi manusia masih tamak dan masih ada rasa tidak puas hati biar dari segi apa pun bahkan surau yang jemaahnya semakin hari semakin kurangpun hendak rebut.


Pada pukul 5 petang keadaan menjadi seperti biasa

Khamis, 14 Januari 2010

SIRI TERAKHIR MESYUARAT AGUNG BANGANG.

Ini adalah siri terakhir mesyuarat agung bangang,sesudah beberapa hari berlalu keadaan menjadi tenang semula walaupun begitu ada juga cerita-cerita yang berbau rasa tidak puas hati dan sering tertanya tanya bila akan diadakan semula mesyuarat Agung.
Inilah manusia jika sudah dikaburi dengan sikap ingin berkuasa perasaan rasa tidak puas hati masih ada didalam hati.
Setelah beberapa hari berlalu tidak nampak kelibat seseorang yang membantah mesyuarat tersebut, beliau hilang entah kemana dan yang menghairankan sebelum mesyuarat tersebut beliau sentiasa ada disurau mungkin beliau malu atau mencari adea untuk bangun semula,ini kot cara politik Islam yang diperjuangkan nya.
ENTAHLAH........

CERITA SATU RIBU MASALAH

Bermulanya masalah masalah yang timbul dalam kg aku apa bila parti pembangkang menang di negeri Perak,maka bermulalah perebutan kuasa untuk menjadi ketua diantara siLabu Sayong dengan SiLabu Air.

Maka berkempen lah mereka untuk merebut jawatan yang penting tersebut,siLabu Air berkempen dengan bersungguh sungguh banyak menefestonya diedar diseluruh ceruk kampung,dan apa bila semasa mengundi untuk memilih ketua maka keputusannya berpihak kepada siLabu Air,maka gembira lah sLlabu Air dengan keputusan tersebut.
Selepas kemenangan siLabu air maka telah berlakunya perang dingin dan suam kuku diantara siLabu Air dengan siLabu Sayong.

Walau pun kalah didalam pemilihan ketua siLabu Sayong tidak lah cepat melatah kerana sebagai seorang Imam dia harus menjaga peribadinya supaya tidak dicop sebagai gila kuasa dia menjalankan kerjanya seperti biasa.
SiLabu Air pula menjalankan kan tugasnya sebagai seorang ketua dengan penuh dedikasi dan berhikmah,hari-hari datang kesurau menjadi Imam,sembahyang terawih tak pernah miss,gotong royong dan bermacam macam lagi perkara yang bagus bagus dijalankanya didalam kg dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat.

Tetapi Allah yang menentukan setiap sesuatu entah macam mana Negeri Perak jatuh semula kedalam tangan kerajaan maka peralihan kuasa berlaku maka kecewa lah siLabu Air maka bermulah bermacam macam alasan apa bila dia mula jarang kesurau,dan disini telah terlihat keperibadian beliau didalam setiap perkara yang dilakukan selama ini.
Walaupun setelah peralihan kuasa perang dingin diantara SiLabu Sayong dan siLabu Air tetap berlaku ada sahaja rasa tidak puas hati dikalangan mereka dan sehinggalah apa bila mesyuarat agong bangang berlansung maka berlakulah perselisihan faham yang amat bangang didalam satu mesyuarat hanya untuk melantik ketua yang baru.

Kenapa beliau bertindak demikian, adakah dia ingin memalukan pengerusi surau yakni siLabu Sayong adakah beliau ingin menunjuk bahawa dirinya lebih pandai dihadapan masyarakat kg tidakah dia tahu bahawa ada dikalangan yang hadir kemesyuarat tersebebut adalah mereka-mereka yang terpelajar,tetapi motif yang sebenar beliau adalah untuk menjadi pengerusi surau dan jika beliau mendiamkan diri kemungkinan beliau telah menjadi pengerusi sekarang kerana penyokong penyokong beliau lebih ramai.

INGATLAH.....bahawa untuk menjadi seorang ketua yang amanah haruslah mencontohi Rasulullah s.a.w yang dapat menyatukan masyarakat dan bukan memecah belahkan,PENYATUAN dan perpaduan adalah tunjang kekuatan sesebuah negara, bak pepatah ‘Bersatu teguh bercerai roboh,

Orang yang paling layak untuk menjadi ketua adalah orang yang tidak mencalonkan dirinya, dalam erti kata lain, yang tidak berkehendakkan jawatan tersebut. Kerana dia tahu amanah dan tanggungjawab seorang ketua, bukan untuk dibangga-bangga dan mendapat nama. Seorang ketua itu dilantik, bukan melantik dirinya sendiri. Dia dipilih, bukan merasakan bahawa dirinya ‘akan dipilih’.

Sebaik-baik pemimpin kalian adalah yang kalian mencintai mereka dan mereka mencintai kalian, kalian MENDOAKAN mereka dan mereka MENDOAKAN kalian. Dan seburuk-buruk pemimpin kalian adalah yang kalian membenci mereka dan mereka membenci kalian, kalian melaknat mereka dan mereka melaknat kalian.” (HR. Muslim no. 1855 dan Ahmad no. 24027)


AMANAH perlu ditanam. PENGARUH perlu dicipta. Kerana setiap dari kita adalah khalifah yang akan membawa kemakmuran kepada bumi ini dengan menyebarkan ajaran-ajaranNya. Jika tanpa dua kekuatan ini, Islam tidak akan tersebar. Dikhuatiri akan makin menjauh pula. Pimpinlah dengan adil. Setiap dari kita adalah pemimpin, dan kita pasti akan ditanya tentang kepimpinan kita. Setidak-tidaknya kepimpinan kita pada diri sendiri dan umat manusia!
Arahlah dengan bijaksana.
Sayanglah dengan seikhlasnya.
Kembangkanlah semajunya.
Bawalah kejayaan di dunia dan di sana.
“Ya Allah siapapun memimpin umatku dengan mempersulit, maka persulitlah dia. Dan siapa yang memimpin dengan kasih sayang/kelembutan, maka sayangilah dia.” (HR. Muslim no. 1828)

Rabu, 13 Januari 2010

GAMBAR GAMBAR MENARIK

He he nanti kalau dapat jadi menteri beso balik belum tentu ada peluang bergambar macam ni
Apa lah agaknya yang sedang dibincangkan tu
Tetamu VIP
Pengacra majlis orang kg aku

Jangan menang sorak kg tergadai sudahlah Dato

Sebahagian tetamu yang hadir,tapi aku tak nampak seorang imam yang sangat aku kenali dengan nama Din IKan,dan kebanyakan yang hadir adalah orang luar
























.
















PASAR OH PASAR


Beginilah keadaan sampah dipasar Bidor sehingga terpasa di kaut oleh jentolak
Barulah lapang sikit apa bila separuh sampah telah diangkut,apa nak buat sudah banyak sangat taman dibidor ini maka semakin banyak lah sampah,tetapi jika kita berkerjasama masalah ini dapat diatasi.

MESYUARAT AGONG BANGANG SIRI DUA

Selamat datang kesiri dua mesyuarat Agung bangang ....., ingin saya ceritakan disini apa yang berlaku selepas mesyuarat bangang tersebut,
Saya adalah seorang yang suka bertanya,dan apa bila saya bertanya kepada beberapa orang yang mempunyai kedudukan yang kuat didalam surau dan masjid mereka berkata tidak perlulah kita mengikut protokol mesyuarat kerana ini adalah satu mesyuarat kampung dan tidak releven sangatlah kita terlampau mengikut tata cara sebenar mesyuarat kerana yang hadir hanya orang oarang yang memang datang kesurau.
Kadang kala kita ini terlampau ingin menonjolkan diri dan tampa kita sedari kita telah memalukan diri kita sendiri,apalah sangat dengan jawatan surau yang ingin direbutkan,tetapi apalah yang hendak dihairankan manusia ini memang tidak pernah rasa puas hati dengan apa yang berlaku disekeliling mereka.
Hendak dijadikan cerita,ada seorang pakcik yang amat menyokong dengan pertanyaan orang yang membuatkan mesyuarat Agung bangang dibatalkan,dan aku tanya dia balik kenapa soalan tersebut tidak diajukan sebelum mesyuarat tersebut dan aku mengingatkat pada pakcik itu bahawa pengerusi surau tersebut dan sipembatal mesyuarat adalah dari satu kapal yang sama dan pakcik tersebut adalah peyokong kuat kerajaan dan tidak mustahil pada satu masa nanti pakcik tersebut akan membenci sipembatal mesyuarat kerana membawa penceramah-penceramah yang tidak disukainya berceramah disurau.
Hubb al-Jah atau Hubb ar-riyasah (cinta kekuasaan-gila kuasa) adalah salah satu syahwat yang sering menimpa manusia. Bagi orang yang terkena penyakit ini, kekuasaan, jabatan dan segala yang mengiringinya berupa populariti dan keglamouran adalah merupakan tujuan hidupnya.Imam al-Ghazali menggariskan sepuluh sifat-sifat hati yang terkeji, sifat-sifat mazmumah. Antaranya ialah: Bakhil, Hasad Dengki, Riya'(menunjuk-nunjuk) , Takabbur-sombong, hubb al-Mal(gila harta) dan hubb al-Jah(gila/ cinta pangkat-kedudukan
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان وَلَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنَ الإِيمَانِ حَبَّةُ خَرْدَلٍBarangsiapa yang melihat di kalangan kamu kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangan-nya, jika tidak mampu dengan lidahnya, dan jika tidak mampu dengan hati-nya, itulah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi keimanan selepas itu, walaupun sebesar biji bayam.

Selasa, 12 Januari 2010

MESYUARAT AGONG SURAU YANG PALING BANGANG SEKALI DALAM SEJARAH

Pada malam 11.Januari 2010 bersamaan dengan 25 Muharam 1431 telah berlaku satu mesyuarat agung surau yang paling bangang sekali dalam sejarah hidup aku,betapa bodoh dan bangang nya apa bila seorang yang terpelajar dan mempunyai kedudukan yang kuat dan penting ditempat kerjanya bertanya soalan yang paling tak masuk akal,satu mesyuarat surau yang hadir hanya orang oarang tua yang sudah pencen cuba diubah menjadi satu mesyuarat didalam satu organasasi atau syarikat yang besar,oleh kerana isu yang remeh itu mesyuarat terpaksa dibatalkan.
Apa yang menghairankan pertanyaan dan soalan yang diajukan oleh beliau hanyalah sekadar surat jemputan yang tidak mengikut perlembagaan mesyuarat,alangkah bodohnya beliau kerana pertanyaan beliau semasa mesyurat telah bermula kenapa beliau tidak membantah semasa mesyuarat belum dijalankan,pelik pelik apakah agenda sebenar beliau tak sangka pula aku seorang yang dikatakan memperjuangkan Islam ada mempunyai sifat yang sungguh busuk baunya.
Apakah yang ingin beliau betulkan dalam masyarakat di kg aku,tidak dapat aku pastikan ada kah beliau tidak berpuas hati dengan pengerusi surau dan ingin memperbaiki sistem surau ,tak tahu lah,setahu aku setiap sumbangan untuk melakukan setiap aktiviti surau dikutip apa bila aktiviti ingin dijalankan.
Tak sangka pula aku didalam parti yang memperjuangkan Islam ada juga segelintir tidak tahu apa itu Islam,bagi aku sikap beliau amat memualkan kerana beliau ingin membawa cara koprat dalam masyarakat yang ingin bersikap lebih terbuka dan sempoi dan tidak mahu memberatkan kepala dengan hal remeh temeh.
Perlu dingatkan kepada beliau jika ingin mahu menjadi pemimpin beliau harus belajar menjadi pemimpin yang benar-benar boleh memimpin,tidak memecah belahkan masyarakat
Kita bercakaran kerana perbezaan ideologi politik dalam isu yang remeh temeh dan isu-isu sampingan yang tiada kena mengena dengan isu dasar dan persoalan pokok, mati hidupnya kita sebagai bangsa dan umat yang mempunyai satu agama umat Islam seharusnya janganlah dipecahbelahkan lagi dengan isu-isu ini, sedangkan mereka telah cukup mempunyai masalah dalam isu kesepaduannya, bukan hanya di dalam masyarakat negara kita, malah umat Islam seluruh dunia sedang menghadapi krisis kepimpinan, ekonomi, politik, sosial dan isu-isu globalisasi yang amat mencabar dan akan menghakiskan nilai-nilai moral kerohaniannya
.Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:
Dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik - Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu). [al-Rum 30:31-32]

Ini lah orang orang tua yang datang kemesyuarat bangang pada malam tersebut,orang orang tua yang selalu datang kesurau,memanglah surau tersebut ada tiga buah penghawa dingin tapi penghawa dingin itu sumbangan dari UMNO dan beberapa orang dari penduduk kampung,apa lah sangat yang hendak direbutkan dengan jawatan/

LEPAS NI ADA YANG MERAJUK TAK MAHU DATANG KESURAU KERANA TIDAK ADA JAWATAN PELIK BETUL LA........

Gaya seorang pengurusi yang menang sebelum bertanding,orang tuduh dia menyalah guna kuasa surau, ye ker ustaz .....




















Isnin, 11 Januari 2010

BANYAK LAGI GAMBAR

Usrtaz AyubSelera betul pakcik ni...Pacik Shah.... aku tanya dia tak ngantuk ke dia cakap tak kerana semangat yang jituIni ahli keluaraga tiga murid yang terkorban dititi gantung kampar , keluarga mangsa menuntut ganti rugi dari kerajaan sebanyak satu juta sebagai ganti rugi,apa apa pun kalau dah melompat lompat macam monyet apa pun boleh roboh,saman je jangan tak saman





















Sabtu, 9 Januari 2010

SURAU PULA JADI SASARAN

Kes gereja dibakar melarat pula kepada surau dibaling batu dan air kencing,jika tidak ditangani perkara ini dengan segera ia akan merebak ketempat lain pula.
Kepada mereka yang melakukan perkara yang bodoh itu berfikirlah sebelum melakukan sesuatu perkara yang boleh menyusahkan semua orang.
Ingatlah bahawa Allah akan menghitung setiap perbuatan kita walau sebesar zarah sekali pun.

Jumaat, 8 Januari 2010

BAKAR GEREJA

Disini saya megutuk sekeras kerasnya tindakan segelintir dari kita yang kononnya memperjuang kan Islam dan mengaku sebagai seorang Islam yang tulin,tetapi melakukan perkara yang menyerupai orang orang yahudi.
Apa kah hak kita untuk menghukum kepada mereka yang ingin menggunakan perkataan Allah,inikah cara Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammd s.a.w ingat kita ini bukan seperti kaum yahudi dan nasrani dimana mereka ini memang amat memusuhi Islam.
Wahai orang -orang Islam diMalaysia ini Islam ini satu agama perpaduan banyak cara lagi untuk menelesaikan perkara yang amat tegang ini,kenapa perlu dibakar gereja- gereja tersebut adakah dengan membakar gereja akan dapat menyelesaikan masalah.
Bagai mana agama lain ingin menghormati kita,kita sebenarnya hanya pandai bergaduh sahaja sedangkan kita sendiri pun belum tentu Islamnya kenapa saya berkata begitu ini adalah kerana adakah kita penuh menunaikan sembahyang lima waktu sehari sepanjang umur kita.
Adakah kita sedar bahawa perbuatan membakar gereja boleh membangkit kan fitnah dan kebencian dikalangan kita ingat lah bahawa kita telah termakan dengan tipu daya orang orang yahudi dan ini boleh menyebabkan agama lain akan ragu-ragu dengan agama Islam.
Ingat lah bahawa Allah mengetahui apa yang terjadi Islam itu untuk semua umat manusia sebagai seorang Islam tunjuk kan lah contoh yang terbaik bagi seoranrang Islam.
Perkataan Allah adalah bagi mereka yang mempercayai keujudan Allah dan mengaku Nabi Muhammad adalah sebagai utusan yang terakhir bagi mereka yang mengaku Islam adalah satu agama yang menegak kan kebenaran oleh itu sebagai seorang Islam yang sejati kita haruslah bersikap bertenang,perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik.
Kes ini adalah satu ujian dari Allah dan sekurang kurang nya kita sedar bahawa Islam kini boleh diperkotak katik kan oleh agama lain,marilah sama sama kita berjuang mengembalikan maruah agama tetapi jangan lah kita melakukan dengan cara yang salah.
Tanam kan dalam diri kita bahawa Allah itu tuhan yang satu tidak beranak dan tidak diperanakan,dan nama Allah itu adalah hak mutlak Allah itu sendiri dan kita sebagai orang Islam harus teguh berdiri didalam kalimah Allah itu jangan kita terpesong dengan tipu daya orang orang kafir yang cuba mengelirukan kita.
Janganlah kita menjadi seperti mereka kerana mereka sentiasa akan cuba mengelirukan kita dan itulah muslihat jahat mereka.
Al Quran di surah Al Baqarah:2, “sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut cara kehidupan mereka; namun katakan (kepada mereka) bahawa cukuplah petunjuk ALLAH (al Quran) sebagai petunjuk kami (umat Islam). Tetapi jika kamu masih mahu mengikuti cara mereka setelah datang kepada kamu Al Quran, maka perbuatlah, namun Aku (ALLAH) tidak akan membantu dan membimbing kamu (iaitu ALLAH akan berlepas tangan denagn kita umat Islam).

Khamis, 7 Januari 2010

ALAM PERSEKOLAHAN

Mira anak toke aku bersiap untuk kesekolahDapat uniform baru Aktiviti Kawan baru SATU MALAYSIATok melihat cucunya Boringnya bila nak balik ni!!!!!



Selasa, 5 Januari 2010

WARGA TUA DIKG PETALIN

Hari ini seorang lagi warga tua diKg Petalin meninggal dunia,orang Kg mengelarkan Pak Mat Tukang kerana dahulu dia membuat rumah,usia nya mencecah 90 tahun,sakitnya sudah lama hinga hanya boleh terbaring sahaja,ini lah dinama ketetapan setiap manusia ada yang usia baru mencecah 20,30,40 telah diambil nyawa mereka ada yang berumur 100 tahun tapi masih sehat.
Maka sedikit demi sedikit warga tua pergi meninggalkan kita,sebagai penganti warga tua ini apa kah sumbangan kita terhadap kg dan masyarakat.
Surau semakin lama semakin kurang jemaahnya kerana warga muda muda menunggu hari tua untuk kesurau dan warga tua semakin hari semakin uzur untuk kesurau.
Walau apa pun kita tetap akan pergi mengadap Ilahi oleh itu bersiap sedialah dari sekarang.

'DEMI MASA' manusia selalu terlupa
1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam
Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....
Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.
Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... .
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "
Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun
Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa...
Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat
TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''
MARILAH KITA SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI SENDIRI….TEPUK DADA, TANYA DIRI SENDIRI…

Ahad, 3 Januari 2010

PENGHIJRAHAN BUAT SEGULUNG IJAZAH

Hari ini anak saudara aku Nurliana akan melanjutkan pelajaran keUitm arau setelah belajar selama setahun setengah belajar Uitm diSabah,seronok betul dia dapat kembali kesemenanjung dekat dengan keluarga.
Tidak kiralah dimana kita belajar yang penting ia haruslah membuahkan hasil dan apa bila telah berjaya jangan pula lupa siapa kita,hidup ini hanya sementara walau setinggi mana kita belajar walau setinggi mana pangkat kita jasa orang tua jangan dilupa.

Sabtu, 2 Januari 2010

ISU PENGUNAAN PERKATAAN ALLAH OLEH PENGANUT KERISTIAN

Sekarang ini timbul satu isu yang amat sensitif bagi umat islam apa bila makamah membenarkan penganut kristian menggunakan perkataan Allah dalam satu buku terbitan mereka,kita diMalaysia mememang amat peka apa bila satu satu hal yang membabitkan dengan agama tak kiralah apa agama sekalipun.
Bagi saya perkataan Allah adalah satu nama untuk menunjukan kita ini bertuhan dan perkataan Allah hanya untuk orang orang islam mengenali dan membesarkan Tuhan yang satu,dan bagi orang orang kristian apa motif mereka untuk mengunakan perkataan Allah itu sungguh mencurigakan.
Tetapi jika kita mempertikaikan mereka menggunakan perkataan Allah mereka boleh juga mempertkaikan kenapa kita mempercayai Nabi Isa kerana banginda Nabi mereka,memang berat isu ini apa bila difikirkan.
Walau apa pun tujuan mereka menggunakan perkataan Allah itu kita sebagai umat Islam harus berhati hati supaya tidak terpesong akidah kerana sudah ramai umat Islam yang menjauhkan diri dari Islam jangan kerana hanya kerana nama kita berjung bermati matian sedangkan Islam dan Iman kita entah kemana.
Lihat sahaja sekarang cara hidup kita lebih teruk dari mereka kita semakin hanyut menjauhkan diri dari Islam sedang kan Islam itu cara hidup.
Kita disini sebuk dengan hanya sepotong ayat sedangkan saudara-saudara kita yang seagama sedang disembelih dan dihina,perkara itulah yang kita perlu ambil beratkan,dan bagi saya agama Islam itulah yang perlu dijaga sepenuh penuhnya jangan apa bila ada satu satu isu sensetif mengenai agama barulah kita terjerit jerit sedangkan kehidupan kita semakin hampir dengan cara hidup mereka.
Sebenarnaya Allah itu amat luas maknanya dan bagi mereka yang belajar ilmu mengenal diri sahaja yang tahu segala rahsia siapa Allah itu jangan lah kita hanya terjerit jerit dijalanan sedangkan kita tidak mengenal sapa Allah itu, Al Quraan ditinggalkan,hadis nabi disisihkan adakah kita juga layak menggunakan perkataan Allah itu?..fikir fikirkan lah.
Sedarlah dan insaf lah bahawa kita ini sedang dinjak dan dipijak jika kita masih tidak sedar maka kita akan terus di hina dan di perkotak katik kan jangan kerana nama sahaja baru kita hendak memperjuangkan Islam sampai bila pun kita tak akan menang.

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS Al-Baqarah: 255)“Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurusi (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur” (QS. 2:255).
Mari kita melihat sejarah semasa zaman Nabi Nabi sebelum Nabi Muhamaad apa nama yang diberi kepada Allah bagi kita sekarang.

Jumaat, 1 Januari 2010

GOTONG ROYONG DI KG PETALIN

Biasanya apa bila aku menulis dalam blog ini mesti disertakan dengan gambar,tetapi oleh kerana kesebukan dengan kerja aku tidak dapat mengambil gambar gotong royong yang diada kan pada hari ini pada pukul 8pagi.
Selain dari gotong royong pameran kesehatan,penubuhan pasukan rela dan combi,tapi bagi aku tak payaah lah kerana skim kejiranan pun hampir berkubur,bukan aku nak melemah dan menentang sesuatu kebaikan yang ingin dilakukan dalam kampung tetapi ada sesetengah kita yang hanya pandai bercakap sahaja dan akhirnya pasukan rela dan combi berkubur dan senyap begitu sahaja.
Sebagaim contoh skim kejiranan,oleh kerana ada yang tidak puas hati sekarang pertubuhan itu senyap begitu sahaja.

SAMBUTAN TAHUN BARU RAKAN RAKAN KU

Hari ini 01.01.2010 maka telah berakhirlah malam untuk meraikan hati yang ditunggu tunggu pada setiap tahun,bermacam macam cara mereka untuk meraikan malam yang gemilang tersebutada yang sangup balik kekampung pada malam tahun baru adayang hanya bersembang sembang kosong dikedai kopi dan bermacam macam lagi.
Walau bagai mana cara pun kita menyambutnya hari akan berlalu pergi sehingga kita lupa akan segala kehidupan pada tahun 2009.