Catatan Popular

Ahad, 13 September 2009

KEGEMBIRAAN SEORANG IBU

Ini lah kakak aku kegembiraanya melihat anaknya menerima diploma terbayang diwajahnya.

Khamis, 10 September 2009

SEPULUH MALAM TERAKHIR RAMADZAN

Selamat sejahtera buat teman teman yang sudi melawat blog aku ini.Alhamdulilah sudah hampir kita kemalam yang sentiasa ditunggu-tunggu apa bila datangnya bulan Ramadzan tetapi alangkah sayangnya apa bila surau dan masjid semakin kurang jemaahnya apa bila makin hampirnya datangnya malam tersebut,alangkah ruginya kita jika kita tidak merebut peluang yang datang setahun hanya sekali dalam kehidupan kita.


Masa kecil dahulu aku sering tertanya tanya apa kelebihan sepuluh malam terakhir itu,ada yang mengatakan pada malam tersebut air akan menjadi keras ,pokok akan tunduk kebumi,tetapi setelah 40 tahun aku hidup di muka bumi ini belum pernah aku lihat perkara perkara tersebut,ya bukan mudah untuk berjumpa perkara-perkara yang aneh pada malam tersebut kerana itu semua rahsia Allah s.w.t.


Tetapi bukan perkara yang aneh yang dicari tapi Allah memerintah kita melipat ganda kan amalan dan pada malam tersebut Allah telah berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya kami telah menurunkan Al Quraan pada malam Lailatur Qadar dan tahukah kamu apakah malam Lailatur Qadar itu?malam Lailatur Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turunya para malikat dan malaikat Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengatur segala urusan.pada malam malam itu penuh dengan kesejahteraan sehinggalah terbit fajar.( Surah Al Qdar ayat 1-5).





Selasa, 8 September 2009

ZIKIR SELEPAS SOLAT TERAWIH


PENGISIAN

Sebuk menguruskan anak anak disiang hari mencari ilmu dimalam hari semoga mendapat apa yang dicari.

PELAPIS PELAPIS IMAM DAN BILAL SURAU AL IKHLASIAH


Ini lah adik adik yang rajin datang kesurau semoga mereka akan terus kesurau dan akan menjadi pelapis pelapis mengantikan mereka mereka yang telah tiada dan yang sudah tua.

TASKIRAH RAMADZAN DISURAU AL IKHLASIAH KG PETALIN BARU HULU

C

Malam 19 ramadzan Taskirah Ramadzan telah disampaikan oleh Ustaz Fauzi,ceramahnya berkisar mengenai sepuluh mlam terakhir berpuasa dan mengajak kita kembali kepada Al Quraan dan hadis.

Beliau berkata bahawa sesiapa yang berpuasa dan beramal didalam sepuluh malam terakhir dengan lebih kuat dan mengerjakan amalan amalan wajib dan sunat dengan lebih banyak maka ia akan menyelamatkan kita daripada api neraka,beliau juga berkata bahawa sepuluh malam terakhir bukan bermakna kita akan berjumpa dengan benda-benda yang pelik pelik,tetapi Allah memberi ganjaran jika kita melakukan amalan pada malam tersebut.
Beliau juga mengajak kita kembali kepada Al Quraan dan memahami maksud ayat Al Quraan tersebut kerana didalam Al quraan adalah panduan hidup kita di dunia ini.





Jumaat, 4 September 2009

TIGA BERSAUDARA LAHIR PADA TAHUN YANG SAMA BULAN YANG BERBEZA

Ini lah tiga bersaudara lahir pada bulan yang berbeza dan pada tahun yang sama,semoga mereka membesar dengan sehat dan sempurna AMIN........................................................... Nama nya Nurul Iman badan nya agak bulat dan comel pendiam dan mahu kepada sesiapa sahaja
Nama nya Nur Fatihah tidak mahu kepada orang jika baru dilhatnya agak pemalu dan amat aktif

Nama nya Mohd Shahmi Iskandar seorang yang aktif,sikapnya tidak mahu mennghisap susu didalam botol dan lebih suka minim susu dalam cawan suka mendengar lagu wonder pet.


AKU DAN MALAM


Jam dikomputer aku menunjukan angka 12.57 pagi cuaca agak panas malam ini susah aku melelapkan mata mak aku sudah lama lena dibuai mimpi,kucing aku pun tidur disisinya hai mengapa susah rasanya aku tidur malam ini adakah Allah menyuruh aku beribadat kepadaNya begitu ruginya aku kerana Allah memberi aku peluang untuk mendekati diriNya tapi aku masih lagi malas.
Kehidupan ini amat singkat malam ini esok atau lusa aku akan kembali kepadaNya,rasa takut juga apa bila memikirkan cukupkah bekalan dan amalan untuk aku untuk mengadap kepada Nya kelak.
Kata orang tidur yang sedikit pada malam hari dan beribadat kepadanya pada malam hari akan memberi ketenangan kepada kita.
Kita diMalaysia ini amat bertuah kerana tiada siapa-siapa yang menganggu kita untuk beribadat kita mempunyai banyak masjid masjid yang besar-besar dan mempunyai nama yang cukup gah dimata dunia tetapi kosong tampa orang,begitulah dunia diakhir zaman.
Kadang kala aku terfikir juga cukupkah amalan kepada mereka yang memakai jubah yang labuh serban yang tebal sembahyang tak tinggal tetapi mempunyai perasaan riak bangga diri konon nnya mereka sahaja yang betul seolah olah telah nampak dimata mereka syurga yang mereka diami diakhirat kelak.
1.20pagi kata orang diwaktu waktu begini amat sesuai untuk menunaikan solat tahjud...yang sebenarnya banyak keistimewaan didalam sembahyang tahjud ini,hanya kita sendiri yang dapat merasakanya...Selamat malam dan selamat beribadat kepada semua sahabat sahabat yang melawat blog aku ini,sesungguh nya malam itu amat indah jika kita mengisikan nya dengan amalan.

AKU DAN MAKAMAH DUNIA


Belum terlambat rasa nya aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang sudi membaca dan melawat didalam blog aku ini...........

Dua bulan yang lepas aku telah disaman kerana membawa motor tampa cukai jalan dan pada hari ini

aku telah pergi kemakamah Tapah untuk membayar saman,ramai juga pada hari ini yang datang untuk membayar saman.

Bila difikirkan amat senang sekali apa bila berurusan dengan makamah buat salah yang kurang berat kita cuma dikenakan denda, jika ringan kita cuma diberi amaran dan jika teramat berat dipenjara ataupun hukuman mati,begitulah kehidupan kita didunia tetapi masih ramai yang berani melakukan kesalahan walaupun tahu apa akibatnya jika melakukan setiap kesalahan.

Itu hukuman didunia, kita masih berani melanggarnya bagai mana pula dengan hukuman Allah yang lebih berat hukumannya,marilah kita fikirkan sendiri dan muhasabah diri semoga Allah melipat gandakan pahala kita pada bulan Ramadzan yang mulia ini,janganlah kita sangka jika kita melakukan kebaikan dan sentiasa beramal kita akan ditempatkan didalam syurga kerana yang menilai setiap amalan kita adalah Allah,jika kita masih ada perasaan riak dan ujub didalam setiap amalan kita maka Allah tidak akan menerima amalan dan kebaikan kita itu.