Catatan Popular

Isnin, 27 April 2009

LAGI GAMBAR BIDOR HALF MARATHON











BIDOR HALF MARATHON 2009


Gaya seorang pro..ini pakcik sayed dia lah yang banyak banyak mengajar aku tentang blog

Garisan permulaan dan penamat BIDOR HALF MARATHON 2009






Hadiah hadiah yang disediakan










Tetamu tetamu VIP






Meja pendaftaran







Para peserta menerima medal dan sijil penyertaan








Kedai penaja









Peserta Bidor half marathon 2009










Khamis, 23 April 2009

MEMBAIK PULIH DAN MENAIK TARAF MASJID AL MUTTADIN BIDOR

Pembinaan membaikpulih dan menaik taraf masjid Al muttadin Bidor sedang dijalankan,dan dijangka siap pada tahun hadapan.
Orang ramai menunaikan solat jumaat disurau Kg Petalin Baru Surau Dato Kamaruddin Kg Cegar dan Masjid Taman Seri Bidor.
Semakin besar lah Masjid ini tapi ia penuh pada hari jumaat dan hari raya sahaja,dunia diakhir zaman masjid semakin cantik dan besar tetapi sdikit yang bersembahyang didalamnya.
Budak budak muda sekarang sudah tidak berminat kemasjid atau kesurau mereka lebih suka melepak ditepi padang dan jalan.















Ahad, 19 April 2009

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT 2


Pakcik pakcik dari kg poh

Dato Nizar menyampaikan ucapan yang bersemangat Beliau berkata bahawa kemenangan nya diBukit Gantang adalah satau isyarat kepada kerajaan BN bawa rakyat mahukan kembali hak mereka.


Belaiu Mengucapkan terima kasih kepada semua penggundi kerana telah menggundi beliau.


Beliau berkata bahawa rakyat sekarang tidak mahu politik yang membezakan kaum dan kerajaan yang mengamalkan rasuah.


Beliau berkata bahawa kehidupan rakyat dibukit gantang belum ada kemudahan air elektrik dan jalan yang sempurna,belaiu berjanji akan mengembalikan hak rakyat.
Hairan ye apa yang pemimpin BN buat.





Exco paling popular ceramah nya memang ditunggungu tunggu sehinggakan Beliau bercakap cina pun orang melayu turut bersorak begitu hebat aura exco ini,sanggup belajar Al Quran untuk menarik perhatian orang orang melayu yang beragama islam.



Tetapi harus dingatkan jangan hanya mengambil sebahagian ayat AlQuraan sahaja dan diharap beliau akan belajar sehinga 30 juzuk Al Quraan dan tidak menggunakan ayat ayat tertentu untuk kepentingan diri ,dan sebagai seorang Islam kita juga wajib mengetahui ayat ayat Al Quraan jangan main sorak je kalau satu ayat yang dibaca oleh Exco ini salah maka kita juga yang akan mendapat bahagian nya.



Walau apa pun Shabas diucapkan kepada beliau kerana sanggup belajar dan mendalami Al Quraan,orang orang kita bila lagi nak belajar jangan ashik nak bersorak jer,ingat lah Al Quraan itu adalah perkataan perkataan dari Allah sudahkah kita semua memahami ayat ayat suci itu.




Dato Nizar bersama Exco dari selangor,kenapa pemimpin BN susah datang apa bila dijemput oleh rakyat,hina sangatkah kami bila sudah kalah baru lah teringat dekat rakyat barulah nak nak tengok jalan yang sudah lama berlubang disana sini.





Macam kenal jer akcik yang bersongkok dan berbaju batik dalam gambar,bukankah dia didalam akhbar sinar tempoh hari.







Dato Nizar berangkat pulang






MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Kemenagan...tapi adakah persahabatan ini akan kekal...kita tunggu sahaja apa yang terjadi
Parti Perikatan Rakyat Meraikan kemenangan Y.B Dato Seri Ir.Nizar bin jamaludin.....bila nak datang kg petalin dato?jengok jengok la kami disini...lihat dengan mata hati.

Makcik-makcik dan kakak ni selalu beli santan dekat kedai aku ha ha bersemangat mereka..tak pela yang penting ada makan sudah






Anak Karpal Singh...Kenapa mereka sanggup datang kesebuah pekan yang kecil seperti Bidor ini dan kenapa Pemimpin BN tidak mencontohi mereka,dan kenapa hanya semasa mengundi sahaja baru menunjukan diri,lihat dengan mata hati sekarang ini rakyat sudah pandai menilai...lihatlah dengan mata hati.

















Pemimpin pemipin yang hadir







Azni toke ayam diPasar Bidor sekarang ini dia dah pencen jual ayam senang lah nak dengar ceramah








Ha ha bersemangat pakcik ni tapi apa yang dia dapat.....









Diantara tetamu yang hadir pada malam itu,kushuk pak imam sorang ni dengar ceramah










Satu majlis makan malam bersama Pakatan Rakyar di DewanRumah Berhala Bidor ,kaum melayu dan cina didalam satu Dewan bersatu hati mendengar ceramah dari pemimpin yang dijemput.












Jumaat, 17 April 2009

PUDU RAYA OH PUDURAYA

Hari Rabu lepas aku menghantar anak saudara aku yang belajar di UITM Shah Alam,dia membuat kad matriknya selepas hilang setelah dipukau di perhentian Pudu Raya semasa ingin pulang ke kag pada hari sabtu yang lepas,ini lah gejala yang berlaku sekarang kita tidak kenal dan tahu apa niat orang kepada kita,apa yang penting kita harus berhati hati setiap orang yang cuba bercakap atau ingin bertanya sesuatu.
Kes jenayah seperti ragut pukau pecah rumah dan lain lain lagi jenayah yang ada sekarang mnunjukan orang kita semakin malas berkerja dan kerja pun semakin kurang,pendatang asing semakin ramai maka jalan yang mudah untuk mencari wang adalah dengan melakukan jenayah.




Selasa, 14 April 2009

RASA TAK PUAS HATI KAUM INDIA

Pemiliahan ahli majlis tertinggi telah berakhir mukin secara zahirnya semua orang berpuas hati namun apa yang pasti telah ada cakap cakap belakang yang mengatakan bahawa pemilihan ahli majlis tertinggi telah mengenepikan satu parti politik yang telah bergabung dan berjuang bersama sama.
Bilangan mereka didalam majlis tertinggi amat sedikit kenapa harus begitu bukankah kita sekarang ini ingin mengambil satu langkah untuk adil dan saksama didalam semua kaum.
Apa yang pasti apabila mahu mengundi maka berteriak teriak lah kita supaya kita bersatu didalam kehidupan berbilang kaum tapi apabila telah berjaya kaum ini seolah olah diketepikan apakah kita masih adil dan releven.
Lihat lah satu parti pembangkang sekarang yang telah membina satu parti yang didalamnya semua kaum menyertainya.
Kita harus sedar bahawa kita ini hidup didalam satu negara yang berbilang bangsa dan agama dan jangan hanya apa bila kita memrlukan mereka barulah kita mencari mereka dan apabila kita telah mencapai apa yang dihajati kita megenepikan mereka.
Jangan salahkan mereka apa bila mereka mula menentang kita kerana kita yang tidak melihat dengan mata hati.

Rabu, 8 April 2009

TAHNIAH KEPADA PARTI PAS DAN KEADIALAN

Tahniah kepada parti pas dan keadilam kerana telah memenangi dua kerusi di dua buah bukit.
kepada BN jangan putusasa teruskan usaha untuk merebut kembali kepercayaan rakyat kepada parti yang telah terlalu lama memerintah sehingga terlupa melihat kebawah.
Buat pertama kali SPR dipuji oleh parti pembangkang kerana mereka telah memenagi pilihanraya tiada isu pengundi hantu masing-masing tersenyum penuh rasa kepuasan.
Tetapi masih ada yang menyimpan satu perasaan tidak puas hati apabila ada yang telah hilang deposit,apa yang menghairankan kenapa mereka begitu berani untuk bertanding kerana peluang mereka untuk menang amat lah tipis hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Setiap kekalahan dalam pilihan raya maka bedah siasat dilakukan mengapa dan kenapa,masih tidak nampak lagikah kenapa dan kenapa BN kalah pada pilhanraraya yang lalu,berhati hatilah sekarang ini kita telah sampai kezaman manusia telah pandai berfikir ingat jenerasi muda sekarang telah disogok oleh bermacam macam infomasi mereka telah pandai menilai setiap peribadi seorang pemimpin dan setiap pemimpin jangan hanya pandai bercakap sahaja ingatlah ini negara yang memegang demokrasi para pemimpin harus berfikir bagai mana untuk memerintah dengan secara telus.

Selasa, 7 April 2009

KEMENANGAN DATO SERI NIZAR

BN tidak dapat masih tidak dapat menawan hati rakyat Perak sepenuhnya walaupun telah berjaya menguasai Perak,kenapa ini berlaku?,dahulu perak merupakan kubu kuat BN tetapi kini hati rakyat telah berubah,berubah kerana sikap pemimpin didalam BN itu sendiri.
Sebagai pemimpin yamg inginkan kuasa dan pemimpin yang memimpin kerana rakyat adalah dua perkara yang berbeza,buka mata buka telinga dan lihat ini rakyat dizaman setelah lima puluh lima tahun merdeka bukannya rakyat pada tahun 1957,rakyat sekarang sudah pandai berfikir sudah pandai menilai mutu kempimpinan seseorang pemimpin.
Lihat lah dan ingatlah bahawa rakyat sebenarnya sudah jemu dan muak dengan setiap janji manis para pemimpin apa yang berlaku adalah satu tanda dan peringatan bahawa para pemimpin haruslah diHADARIKAN diri mereka,janganlah terlalu leka dengan kuasa ingatlah kerajaan ISLAM di Eropah boleh jatuh oleh kerana sikap dan cara pemimpin yang mementingkan diri sendiri.

Isnin, 6 April 2009

TANIAH KEPADA PERDANA MENTERI YANG BARU

Taniah kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang ke6,dan ada beberapa perkara yang beliau segerakan seperrti membebaskan tahanan ISA,menarik balik sekatan terhadap harakah dan beberapa lagi perkara.
Apa yang diharapkan Beliau akan berkerja seperti Tun Razak dimana belaiu menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri dengan cemerlang sekali UMNO pada masa pemerintahan beliau amat sukar diganggu gugat oleh parti pembangkang,peribadinya yang amat disenangi oleh semua kaum.
Diharap dato Seri Najib akan dapat mencontohi cara kepimpinan bapanya,buka mata,buka telinga dan buka minda dan belajar dari kesilapan.
Cuba renungi diri tugas seorang pemipin bukan hanya untuk mengumpul kekayaan tetapi satu amanah dari Rakyat.